::artikal 1 : Ustaz.. saya suka Islam ::
::artikal 2 : Email daripada Meng ::
“macam mana mak Ifti sekarang, dia sihat?” tanyaku.
”dia sihat..” balas Ifti.
”mak Ifti dah tau ke, Ifti minat Islam?”
”Dia tahu, Ifti beritahu pada dia.., mak sebenarnya faham Islam. Dia pesan kat Ifti, kalau sudah menjadi orang Islam, mesti pakai tudung dan jaga agama Islam,” terang Ifti padaku.
...sambungnya agi... ”mak kata, kalau sudah ada anak nanti, anak tu kena pakai tudung. Bila balik ke Beijing, jangan hantar anak ke sekolah biasa, nanti orang pandang rendah. Mak Ifti tak nak lukakan hati anak. Mak pesan supaya kumpulkan duit, hantar anak ke sekolah International di China agar anak tak dipandang rendah” ..
”baguslah macam tu Ifti..” aku mencelah.
“ustaz, Ifti akan kumpulkan duit untuk sekolahkan anak nanti di International school. Ifti akan cuba usaha..!” kata Ifti dengan penuh semangat.
Hampir 16 minit aku berbual dengan Ifti, yang kini berada di Beijing. Terasa panas telinga kiriku. Katanya, Insyallah bulan Ogos nanti akan sambung pengajiannya dalam bidang Pengajian Melayu & agama Islam di Amerika.
Aku cukup kagum dengan Ifti, barangkali aku masih jauh menandinginya. Hatinya makin terikat dengan Islam, teronta-ronta ingin menikmati kemanisan Islam.
”Ustaz, Ifti masih ada kepercayaan Islam dan Ifti nak belajar banyak lagi tentang Islam.”
”di sini (Beijing), memang ada orang Islam, tapi Ifti lebih sukakan suasana islam di Malaysia. Di sini ada restoran halal, tapi ada jual arak. Sebab nak tarik pelanggan bukan Islam. Ifti rasa ini tidak betul, mana boleh restoran Islam jual arak, ustaz. ” luah Ifti..
”betul tu Ifti, di dalam Al-Quran & Rasulullah pun ada bagi tahu, sesiapa yang terlibat dengan arak, tak kira minum atau tidak, dia dikira berdosa juga.” jelas aku.
”kalau di sini, perempuan pakai tudung dengan cara yang tidak betul, ustaz. Dia pakai tudung nampak telinga. ” terang Ifti perlahan-lahan dengan nada yang agak kecewa.
”bagus juga Ifti ni, dah banyak tau tentang islam ni” bisik aku. Aku tersenyum di sebalik hanphoneku. Hatiku syukur pada Allah kerana masih istiqomahkan Ifti untuk kenali Islam. Allah masih lagi membuka ruang & peluang pada hatnya untuk hayati Islam.
Aku pernah mendoakan dalam solat hajatku, agar Allah Istiqomahkan Ifti untuk memeluk Islam. Walaupun di mana pun dia berada. Walaupun aku tidak dapat berhubung dengannya. Aku serahkan segalanya pada Allah. Kerana hati manusia adalah milikNya. Dia yang memberikan hidayah & Dia juga yang membalikkan hati manusia.
”Ya Allah, syukran ya Allah..”
Posted by
ibnu Yusof
1 comments:
salam...
ust, ifti ni budak China yang duLu ker.?
Post a Comment