SISTEM PENDIDIKAN ISLAM NEGARA LEMAH

Terima kasih kepada sahabat nurul dan nemo, saya lihat kamu berdua sangat perihatin dengan kemelut Islam di Malaysia ini.

Orang yahudi dan nasrani pernah mengatakan bahawa, mereka tidak akan memenangi sebarang peperangan jika berhadapan dengan tentera Islam/umat Islam secara kekuatan ketenteraan. Tetapi dengan kekuatan serangan kepada pemikiran, ia akan melalaikan hati, menggoyangkan aqidah, dan merosakkan akhlak umat Islam, terutamanya mereka akan rosakkan muslimat-muslimat Islam.

Rosaknya muslimat Islam, sebagai satu petanda lemahnya kekuatan muslimin. Ini kerana, merekalah yang melahirkan pejuang Islam dan tentera yang taat pada perintah Allah. Namun apabila mereka dirosakkan, tiadalah orang yang mentarbiah generasi Islam akan datang. Dengan cara ini, umat Islam akan lemah dan akan tunduk dengan serangan pemikiran ini.

Samalah dengan keadaan Malaysia sekarang ini,terbukti secara jelas umat Islam di Malaysia telah ramai yang kecundang dan tak kurang juga yang hilang identiti Islam. Islam hanya pada nama, tidak pada amalannya.

Yahudi pernah berkata, "kami telah merancang 10 perancangan untuk hancurkan umat Islam. Yang akan melaksanakan perancangan ini bukanlah di antara kami, tetapi umat Islam sendiri yang akan melaksanakannya."

Maksudnya di sini, umat Islam sendiri yang akan membawa ideologi perancangan Yahudi dan mendokong perancangan tersebut serta di aplikasikan atau diserapkan di dalam dunia Islam, khususnya di Malaysia. Kita dapat lihat bahawa semua ini telah menjadi realiti di Malaysia.

Sistem pendidikan negara kita telah diresapi oleh ideologi ini tanpa disedari umum. Ketika saya sekolah rendah dahulu, Pendidikan Islam hanyalah berkisar tentang perkara-perkara cabang dalam Islam. Tentang Akidah Islamiyyah hanyalah diajar di dalam PAFA semasa darjah 5 dan 6. Murid-murid hanya menghafalnya tentang Iman, Islam dan lain-lain supaya lulus dalam PAFA. Tetapi kurang ada ustaz ataupun ustazah, yang memberi penerangan dengan jelas tentang bab ini. Mereka ajar untuk penuhi silibus tetapi jarang mengajar untuk mendidik anak didik meraka agar faham dan dapat amalkan apa yang diajar.

Begitu juga perkara yang menyentuh tentang fardhu ain, hanyalah di ajar di kelas Fardhu Ain pada waktu petang.. Namun bukan semua yang mengikuti kelas ini. Maka ramailah murid yang ketinggalan atau jahil tentang fardhu ain. Saya masih teringat ketika di tahun Enam di Sekolah Kebangsaan Marang, ada seorang pelajar perempuan menangis kerana tidak tahu untuk mandi wajib, padahal telah ada diterangkan di dalam PAFA.

Sahabat-sanabat pembaca sekalian, ramainya pelajar sekarang ini yang tidak tahu bacaan-bacaan dalam solat, bahkan ada yang tidak melakukan solat kerana tidak tahu untuk menunaikannya. Ketika saya di tingkatan 5 di dalam satu program motivasi kecemerlangan pelajar di peringkat daerah Marang, , saya terkejut kerana ramai di kalangan sahabat saya yang tidak tahu untuk membaca doa qunut. Biar betul diaorang, samapai doa qunut pun tak tahu.

Saya berpandangan, kerosakan akhlak remaja kita kini berpunca daripada sistem pendidikan Islam pada akar umbi yang lemah, yang tidak boleh memberi penyelesaian kepada permasalahan dalam masyarakat. Saya kira, slilibus sistem pendidikan Islam Negara samaada di peringkat rendah dan menengah perlu dinilai semula. Amat disarankan agar silibus tersebut adalah realistik dengan keadaan semasa dan meningkatkan lagi pemahaman pelajar terhadap Islam . bukan setakat fahami, malah memgamalkannya di dalam hidup seharian. Adalah lebih indah jika sistem pendidikan Islam iini pemangkin kepada penyelesaian gejala kerosakan remaja pada zaman ini dan yang kan datang.

Wassalam.

JOM BERDAKWAH.

BUKAN URAT, TAPI AURAT

Salam perkongsian buat semua sahabat pembaca. Selalunya menjadi kekeliruan di kalangan masyarakat kita yang ingin meniti suruhan Islam antara istilah Urat dan Aurat. Akibat kekeliruan ini, lahirlah orang yang memakai tudung berbaju ketat, seluar ketat dan sebagainya. Aurat itu bermaksud jijik, hodoh dan sesuatu yang aib apabila didedahkannya. Menjadi suatu keaiban bagi seseorang muslim apabila mendedahkan kepada khalayak umum dan mendapat kemurkaan Allah.

Allah menyuruh kita semua menjaga dan menutupnya kerana ada hikmahnya. Tiada sesuatu perkara yang Allah perintahkan kepada hambaNya adalah merupakan perkara yang sia-sia. Semua ada sebab dan hikmahnya untuk menjaga martabat manusia yang dikurniakan akal serta sebaik-baik kejadian.

Kita tidak menafikan ada dikalangan masyarakat kita sebenarnya ingin memenuhi cara hidup mengikut apa yang Allah pinta. Ada yang memakai baju kurung bertudung nipis sampai menampakkan telinga, leher dan sebagainya. Ada yang bertudung elok berbaju ketat. Ada yang memakai baju lengan pendek bersarung lengan sampai ke siku. Ada yang memakai baju labih berseluar ketat.

Semuanya kita lihat masing-masing ada inisiatif untuk memenuhi tuntutan Islam, Ini merupakan suatu perkembangan positif. Cuma mereka melakukannya mengikut tafsiran sendiri. Ada yang buat ikut-ikut sahaja. Kalau Pakai labuh-labuh, nanti orang kata alim sangat. Ada yang dengar sekali sahaja ceramah terus amal dan ubah atas dasar kesedaran. Sebenarnya tidak memahami sepenuhnya dan tidak merujuk balik ustaz-ustaz lain.

Pelbagai ragam masyarakat kita untuk mendekati Islam. Ramai yang jahil ilmu. Beramal tanpa memahaminya. Tak salah cuma perlu diperbetulkan. Dah eloklah ingin berubah, cuma perlu banyak bertanya pada yang arif. Kita puji kesungguhan masyarakat kita. Di kesempatan ini, saya sertakan pandangan Yusuf al-Qardawi tentang pemakaian dalam Islam.

Yusuf al-Qardawi (Fatawa Mu’asirah, 1:436 - 437) mengariskan 4 syarat menutup aurat yang wajib dipatuhi sama ada kaum lelaki atau wanita iaitu;

  1. Menutup seluruh tubuhnya kecuali bahagian badan / anggota yang dikecualikan syarak.

Umpamanya bagi kaum wanita iaitu had muka dan kedua tangan hingga pergelangannya sahaja diharuskan untuk didedahkan. Manakala aurat lelaki secara umumnya antara pusat dan lutut.

  1. Pakaian itu menutup warna kulit dan sifat anggota yang ditutupnya.

Pakaian tidak terlalu nipis sehingga menampakkan tubuh badan di sebaliknya. Nabi telah memberitahu bahawa antara ahli neraka itu ialah wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, lenggang- lenggok, mereka ini tidak masuk syurga, dan tidak dapat menghidu bau syurga.

Maksud berpakaian tetapi telanjang ialah pakaian yang tidak boleh dikatakan menutup badan kerana terlalu nipis dan menampakkan tubuh badan.

Sekumpulan wanita dari bani Tamim telah datang berjumpa Siti Aisyah dan mereka berpakaian terlalu nipis. Siti Aisyah pun berkata : "Jika kamu wanita yang beriman, ini bukanlah pakaian wanita beriman”.
Pengantin perempuan telah masuk berjumpa Aisyah dan di atas kepalanya tudung yang nipis, Aisyah berkata: "Tidak beriman dengan surah An-Nur wanita yang berpakaian seperti ini."
  1. Pakaian itu tidak ketat dan sendat sehingga memperlihatkan bentuk anggota atau badan aurat yang ditutup.
Pakaian yang tidak ketat dari menimbulkan fitnah. Walaupun ia tidak nipis. Pakaian sekarang ini adalah merupakan ketamadunan Arab iaitu tidak nipis tetapi ketat hingga menampakkan batang tubuh pemakainya. la menimbulkan fitnah dan mengiurkan sesiapa yang melihatnya.

Pakaian jenis ini juga adalah ditegah dan haram. laitu sebagaimana yang katakan dibuat dalam keadaan bersumbat, pakaian Yahudi sedunia yang menggerakkan manusia seperti darah di sebalik perkara-perkara di atas.

  1. Berpakaian sesuai dengan jantina masing-masing dengan maksud diharamkan wanita menyerupai lelaki dan lelaki menyerupai wanita.
Pakaian yang tidak menyerupai lelaki. Sudah diketahui urnum pakaian lelaki dan pakaian wanita. Apabila sesuatu pakaian itu sudah menjadi adat pakaian tertentu hanya untuk lelaki, wanita tidak boleh memakainya kerana haram hukumnya, di marta Allah telah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.
Kerana semua ini berlawanan dengan fitrah Allah menjadikan lelaki dan wanita dan membezakan mereka dengan anggota yang berlainan serta tugas yang berlainan di dalam kehidupan. Perbezaan ini bukanlah sia-sia, ia ada hikmah di sebaliknya.


Hadis riwayat Aishah r.a bahawa Asma’ Abu Bakar telah masuk menemui Rasulullah s.a.w dengan memakai pakaian yang nipis, lalu Rasulullah s.a.w menegurnya, baginda bersabda:
“Ya Asma’, seseorang wanita apabila meningkat ke umur haid tidak layak dilihat daripadanya kecuali ini.”Lantas diisyaratkan kepada muka dan dua tapak tangannya.

KITA DAN DUNIA DAKWAH

Sering ada orang yang mempersoalkan tentang keberkesanan dakwah. Tak kurang juga yang mempersoalkan persatuan-persatuan Islam di dalam kampus @ luar kampus tentang apa aktiviti yang dibuat untuk menggerakkan dan merancakkan lagi gerakan serta agenda dakwah. Ada juga yang mengatakan bahawa persatuan Islam di kampus hanyalah persatuan politik, yang hanya muncul menjadi juara ketika di dalam pilihanraya kampus. Ada sahaja suara-suara sinis menuduh persatuan Islam hanya beretorik semata-mata, cakap bergunung-gunug, kerja satu pun tak buat. Adakalanya betul dan adakalanya pun sangat tepat apa yang diperkatakan. What ever laa..


Persoalan, tuduhan, tomahan dan sindirin sebeginilah yang menimbulkan pelbagai reaksi, ada yang melenting, ada yang geram, terhantuk lalu terbangun, ada yang hanya senyum sahaja dan macam-macam lagi perangai. Kalau yang melenting, dia akan cuba sedaya upaya menafikannya. Kalau yang geram, terus sahaja mencari siapa yang berkata lalu disoalnya macam-macam. Kalau terhantuk lalu terbangun, dia akan tersedar daripada lamunan perancangannya, lalu cuba memperbaikinya lagi. Kalau yang hanya tersenyum, dia akan kelihatan tenang dan menerima semuanya dengan hati yang redho. Dia faham, semua itu adalah satu muhasabah bagi meningkatkan lagi kualiti.

Ingat sahabat pembaca sekalian, dakwah ini adalah pusaka Rasullullah s.a.w yang mesti kita teruskan. Jangan berputus asa memperbaiki diri. Dengar dan terimalah kritikan, kadang-kadang semua itu adalah guideline kita dalam penerusan perjuangan Islam.

HANYA PADA NAMA.

Datangnya Islam adalah sebagai pelengkap kesempurnaan kehidupan seorang manusia. Islam boleh diibaratkan ‘software’ yang paling sesuai bagi menggerakkan kehidupan manusia. Tanpa Islam, manusia bagaikan mayat hidup tanpa tujuan. Manusia akan menjadi rosak lantaran diresapi atau dijangkiti ‘virus’ dunia hasil suntikan syaitan laknatullah.

Allah s.w.t itu Pencipta manusia. Dia juga yang menjadikan alam sekitarnya, haiwan, tumbuh-tumbuhan, daratan, lautan, bumi, bintang dan langit. Semuanya bagi kemudahan manusia. Jadi, Allah itu Maha Mengetahui apa yang baik, yang boleh memberi manfaat kepada manusia dan Dia juga Maha Memahami apa yang buruk, yang boleh memudharatkan manusia. Allah mengutuskan para nabi dan Rasul sebagai mentor untuk memudahkan manusia memahami kehidupan yang sebenar yang digariskan oleh Allah. Agar manusia keluar dari kesesatan dan kegelapan ke arah jalan yang betul. Al-Quran itu dan kitab-kitab lain diturunkan sebagai buku panduan manusia. Di dalamnya penuh dengan ilmu untuk mentadbir bumi dan alam serta peraturan-peraturan kehidupan yang mesti diikuti, dan jika diingkari manusia itu akan mengalami kerosakan.

Ibaratnya, seorang pereka robot. Dia yang menciptakan robotnya, maka dia mengetahui di manakah kelebihan dan kelemahan robot tersebut. Bagi memastikan robotnya itu digunakan dengan baik, lalu dibuat satu buku panduan. Yang mana buku tersebut mengandungi cara-cara pemasangan komponen yang betul, peraturan-peraturan pengendaliannya yang tepat serta batasan menggunakannya. Disertakan juga program-program atau software yang sesuai untuk menggerakkan robot tersebut. Jika disalahgunakannya atau tersilap memprogramkannya, maka robot itu akan rosak dan gagal berfungsi.

Begitulah juga manusia, yang memerlukan Islam sebagai cara kehidupan. Jika mengambil selain daripada Islam sebagai cara hidup, mereka akan rosak akhlaknya, pemikirannya serta kehidupannya. Kerana mereka telah tergelincir daripada fitrah kehidupan manusia.

Inilah yang melanda ummat Islam kini. Islam hanyalah terletak pada sesuatu perkara sahaja. Islam umpama pakaian, jika diperlukan, maka Ia akan diambil. Jika tidak, mereka akan menanggalkannya bahkan dibuang jauh-jauh. Begitu jua dengan Al-Quran. Hanyalah sebuah buku hiasan di rak-rak. Hanya berguna jika berlaku kematian dan majlis tertentu sahaja. Al-Quran juga umpama wajib bagi kanak-kanak untuk membacanya sampai tamat 30 juzuk dan harus atau tidak perlu bagi yang dewasa membacanya. Kalau ditanya, “kenapa ko tak baca al-Quran?. Jawabnya mudah, “ aku dah tamat laa”.

Inilah senario masyarakat Islam di Malaysia ini. Makin hari, makin jauh daripada budaya dan ajaran Islam yang suci. Islam hanya tinggal pada nama, bukan pada amali. Semakin hari semakin terhakis sikit demi sedikit daripada diri. Budaya hiburan melampau pula menjadi tempat di hati. Bagaimanalah hidup hendak diberkati. Jika Islam hanya diingat tika hendak mati.

Buat diri yang alpa.

BUDAYA TUDUNG JARANG DI AKADEMI PENGAJIAN ISLAM

Sakit hati rasanya tetapi sakit lagi mata memandang. Ramai siswi di Akademi Pengajian Islam (API) sekarang ini mula mengambil remeh soal menutup aurat. Senario yang berlaku secara jelas di kalangan siswi API adalah pemakaian tudung yang dilihat semakin longgar cara pemakaiannnya.

Aduhai siswi-siswiku sekalian, tahukah kamu? Sedarkah kamu? Kamu memakai tudung yang jarang dan nipis itu telah melanggar syarat menutup aurat yang sempurna? Banyak hadith yang menceritakan larangan dan balasan akibat memakai pakaian dan tudung yang jarang dan nipis. Ada yang memakai tudung labuh pun, tetapi masih lagi nipis dan jarang sehingga menampakkan leher.

Bukan marah ingin kuluahkan tetapi nasihat sebagai peringatan buat siswi-siswi ku sekalian. Ingat kamulah pewaris sri kandi Islam. Kamulah contoh teladan masyarakat. Kerana kamu npelajari Islam dengan lebih dekat. Pakailah pakaian kerana sebagai satu ibadat, bukan memakai pakaian sebagai untuk menonjolkan kecantikan semata dan ingin dipuji.

Peringatan buat diri yang lupa.

DAKWAH NON-MUSLIM - MASALAH DAN STRATEGI

Oleh : Ir Dr Muhamad Faud Yeoh BSc(Hons), BA Syariah, MPhil, PhD.

1.0 Pengenalan


Dakwah Islamiah kepada masyarakat bukan Islam di Malaysia adalah suatu amal yang penting untuk dilaksanakan oleh pendakwah. Menyampaikan risalah Islam kepada manusia sejagat merupakan tanggungjawab setiap Muslim baik saudara baru mahupun di sebaliknya seperti yang ditunjukkan oleh sunnah baginda Rasulullah s.a.w. Baginda diutuskan untuk alam sejagat sebagai suatu rahmat dan menyampaikan mesej Islam kepada masyarakat bukan Islam adalah bertepatan dengan tuntutun menyebarkan rahmat Allah itu. Ia juga berperanan menyumbang kepada keharmonian negara dalam jangka panjang di samping mewujudkan masyarakat bersatupadu yang mampu mempertahankan negara kita.

2.0 Masalah Dakwah Non-Muslim

Peristiwa pengislaman bangsa Monggol yang pernah menakluki empayar Islam dalam tahun-tahun 600H boleh dijadikan renungan bagi semua yang berminat dalam dakwah kepada non-Muslim. Bangsa Monggol yang bengis dan kejam telah memusnahkan sebahagian besar tamaddun Islam serta membunuh beratus ribu orang Islam telah berjaya diIslamkan oleh pendakwah Islam. Dakwah kepada non-Muslim tidak pernah menghadapi cabaran yang begitu besar selepas zaman Rasulullah s.a.w. seperti yang dihadapi semasa penaklukan Monggol itu.

Abul Hasan Ali Nadwi dalam bukunya "Islam and the World" (ms102) telah mencatatkan peristiwa ini dengan katanya mengenai kedudukan orang Islam ketika itu: "They were powerless. Now, when all seemed lost, the spiritual power of Islam brought itself to the fore to accomplish a wonderful miracle of conquest. A few unknown and sincere uslim preachers and courtiers commenced the workd of the propagation of Islam among the ruling circles of the Tartars and its magic did the rest. The conquerors of the Muslims became the captives of Islam."

Tanggungjawab dan tugas dakwah kepada Non-Muslim bukanlah suatu usaha yang baru tetapi iainya mempunyai sejarah yang lama. Masalahyang dihadapi dalam usaha ini boleh dilihat dari segi makro dan dari segi mikronya.

2.1 Masalah Makro

Masalah makro adalah masalah yang disebabkan oleh kedudukan umat secara umum yang menjadi penghalang dan penyebab negatif dalam dakwah kepada non-Muslim.

2.1.1. Prejudis

Islam sebaga satu cara hidup yang mempunyai nilai=nilai yang tinggi tidak begitu difahami dan kurang dapat disaksikan oleh masyarakat bukan Islam amnya baik di Malaysia mahupun di Barat. Media umumnya dan media Barat khususnya amat prejudis dan sering memberikan gambaran buruk dan negatif terhadap dikaitkan secara sedar atau tidak dengan Islam. Ungkapan 'fundamentalist,' extremist', 'terrorist,' dan 'conservative' atau kolot sering dikaitkan dengan Islam. Umat Islam digambarkan sebagai mundur dan jahil dan Islam dipamerkan sebagai ketinggalan zaman dan tidak relevan.

Gambaran negatif oleh media Barat begini merupakan penerusan dari semangat peperang salib dan juga usaha pergerakan zionis yang terus memerangi Islam dan umat Islam. Dakwah kepada non-Muslim menerima padah dari angkara media yang tidak saksama ini.

2.1.2. Keadaan Ummah

Umat Islam umumnya pada hari ini berada dalam keadaan yang mundur dan lemah dalam pandangan mata dunia. Kebanyakan negara Islam digolongkan dalam "dunia ketiga" yang merupakan gelaran bagi negara yang mundur. Negara Islam amat bergantung kepada negara Barat dalam banyak perkara seperti kemajuan sains dan teknologi, kekuatan ketenteraan, dan sebagainya. Masyarakat non-Muslim tidak dapat melihat keagongan dan kebaikan Islam sebagai suatu cara hidup. Hakikat "khaira ummah" seperti yang dijanjikan oleh al-Quran tidak dapat dizahirkan. Dakwah Islamiah tidak mendapat galakan dari keadaan umat Islam hari ini.

2.1.3. Masyarakat dan Negara Islam

Contoh suatu masyarakat dan negara yang menjalankan Islam sebagai satu cara hidup tidak dilihat oleh non-Muslim pada hari ini. Apa yang diutarakan oleh Islam dalam pelaksanaan sistem politik, ekonomi, sosial dan kekeluargaan tinggal konsep sahaja kepada mereka. Penyelesaian yang dijanjikan oleh Islam belum dilihat dan masih teori yang belum diuji. Persoalan begini malah membingungkan setengah orang Islam sendiri, apatah lagi non-Muslim umumnya.

2.2 Masalah Mikro

Masalah mikro pula adalah masalah yang disebabkan oleh kedudukan atau waqi' individu Muslim yang menjadi penghalang dan penyebab negatif dalam dakwah kepada non-Muslim.

2.2.1 Kejahilan

Kejahilan dalam umat yang wujud dalam individu Muslim serta berbagai permasalahan yang disebabkan oleh kejahilan itu merupakan penghalang utama dalam dakwah kepada non-Muslim. Kejahilan berlaku dalam kehidupan seharian seorang Muslim kerana tidak mempunyai ilmu dan kefahaman Islam ayng basic. Seseorang yang menunaikan haji umpamanya akan melihat penzahiran kejahilan yang amat malang ini. Kita boleh mengambil iktibar dari keadaan umat Islam di beberapa tempat seperti di Kosova, Albania, Rusia mahupun Kemboja dan seumpamanya di mana umat Islam hanya tinggal nama dan jahil dalam amalan Islam. Individu muslim yang tidak beramal dengan Islam dari segi ibadat dam muamalatnya, dari segi aqidah dan akhlaqnya akan menjadi penghalang kepada dakwah umumnya dan dakwah kepada non-Muslim khususnya.

2.2.2. Kesedaran Dakwah

Individu Muslim yang tidak memainkan peranan dakwah tidak dapat membantu usaha dakwah kepada non-muslim. Ramai Muslim tidak menyedari bahawa tanggungjawab menyampaikan Islam walaupun sepotong ayat adalah tanggungjawab setiap individu Muslim. Ianya merupakan tugas utama para Rasul dan gelaran 'rasul' atau 'messenger' itu memberikan gambaran jelas terhadap peranan utama utusan Allah dari Adam as sehingga muhammad saw. Mengikut contoh baginda Rasulullah saw dengan sebaiknya adalah contoh baginda saw sebagai saw sebagai penyampai risalah ilahi yang merupakan penyampaian rahmat ke seluruh alam - rahmatan lil-alamin.

2.2.3 Penyelarasan dan Kerjasama

Usaha dakwah yang serous perlukan penyelarasan dan kerjasama dari pihak yang berkuasa. Sokongan moral dan material merupakan penggalak kepada usaha dakwah seperti yang telah sekian lama dilaksanakan oleh diayah Nasrani di seluruh dunia sejak zaman penjajahan lagi.

Penyelarasan boleh mengurangkan pertindihan kerja dan memastikan kesamaan dalam menangani isu-isu yang berkaitan. Keutamaan atau aulawiyah dalam menjalankan usaha dakah kepada non-Muslim boleh ditentukan dan disepakati dan perselisihan terutamanya dalam perkara-perkara furu' yang berkaitan dengan fiqah boleh dihindarkan.


Baca lagi, sila KLIK DI SINI

Respon Isu UM : Gejala Maksiat

Isu ini hakikatnya adalah isu remaja Islam kita di Malaysia. Kita boleh katakan ini merupakan wabak penyakit yang melanda dunia remaja Islam kita.. wabak ini berjangkit berleluasa kerana kumannya selalu di suburkan dengan keadaan negara kita ini yang beriklimkan hiburan melampau, kejahilan tntg Islam walaupun banyak sumbernya, ketidakpedulian kerajaan, kematerialan ust-ust @ gol. agama dll.

Kita sebenarnya, tak buat nahi mungkar, hanya buat amar ma'ruf shj.. secara teorinya memang banyak, kuliah sana-sini, tapi amat kurang yang turun untuk mencegah. Rasa malas, rasa tak mampu, rasa tak de ilmu, rasa tak de kuasa semuanya menghantui kita sehingga satu kerja nahi mgkar pun kita tak buat. Saya tak kata orang lain.. Kadang-kadang saya pun pernah rasa macam tuu.


Dalam tika tertentu, saya duk muhasabah diri.. kenapa kita semua jadi macam ni.. kita yang selalu dah ditarbiah, dibimbing, didotrin dan dimain-mainkan di telinga supaya membawa Islam, tapi kita begitu lemah untuk amar ma'ruf nahi mungkar.. kenapa?

Adakalanya kita selalu mengatakan kita cintakan Islam, kita sayangkan Islam, kita takbir beramai-ramai memuji kebesaran Allah, namun ramai kita hanya tahu berkata-kata, tapi menyisihkan diri dalam mengislahkan sahabat-sahabat remaja kita. Imam al-Gahazali pernah menyebut,ramai diantara kita lidahnya selalu menyebut, kami cintakan Allah. Tetapi pada hakikatnya semua itu hipokrik. padahal mereka itu di dalam hatinya jauh dari mengingati Allah.pada pandangan saya, kita sebenarnya kehilangan satu benda yang tersangat penting dalam diri kita iaitu TAQWA kepada ALLAH. Hilang atau kurangnya taqwa ini menjadi punca dan sebab kita kehilangan kekuatan dalaman kita.

Kita akui diri kita ini lemah, namun setakat manakah kebergantungan kita serta keyakinan kita pada Allah dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau isu. dalam hal ini, saya yakin dan percaya ramai di kalangan kita yang telah sedar dan mengakui kesilapan lalu.

Saya menyeru kepada sahabat-sahabat pembaca semua, ayuh kita bangun! Gerakkan semua tenaga kita, mengumpul kekuatan dan dekatkan lah diri kepada Allah. Kita sama-sama islah dan sebarkan dakwah Islam dan amar ma'ruf nahi mungkar.


JOM BERDAKWAH!!

wassalam.

SIKAP BARU UNTUK MALAYSIA BARU

Oleh : SaifulIslam.com

Kemenangan dan kekalahan di dalam Pilihanraya Umum ke-12 pada 8 Mac lalu adalah lembaran baru untuk Malaysia Baru. Kemenangan yang dicapai mengatasi teori-teori politik perdana yang mengisi wacana pra pilihanraya. Ia terlalu jauh dari jangkaan semua pihak. Hakikatnya, Allah SWT sudah pun memberitahu:

Dan mereka telah merancangkan (konspirasi), dan Kami pula merancangkan (balasannya), sedang mereka tidak menyedarinya.” (Al-Naml 27 : 50)

Saya yakin, rejim yang baru ditumbangkan itu tidak pernah sedar dan tidak pernah mengambil kira soal ‘perancangan Allah’. Mereka sangat yakin dengan segala keupayaan yang ada untuk meneruskan tradisi kemenangan yang sudah bagai tahu sebelum diberitahu. Kuasa majoriti besar, kuasa penguasaan media yang amat keterlaluan, kuasa wang, kuasa SPR dan segala-galanya, terungkap dalam keangkuhan hingga mereka lupa kepada Makar Allah terhadap makar mereka.

Mereka lupa siapa Allah terhadap KUASA.

“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi Kuasa pemerintahan kepada sesiapa Yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah Yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (Aal Imraan 3 : 26)

Setelah sekumpulan manusia membelakangkan tujuan Allah memberi kuasa, bahawa untuk mereka menegakkan keadilan dan memuliakan manusia dengan kemanusiaannya, Allah mencabut kuasa itu dan menyerahkannya kepada pasukan lain yang dengan sepenuh hati menyatakan kesediaannya untuk berlaku adil. Jika tidak Allah, siapakah yang mengubah hati pengundi hantu untuk mengundi Barisan Rakyat?

Siapakah yang membuang prejudis dari hati kaum non-Muslim untuk menyokong PAS?
Allah yang Maha Adil memuliakan keadilan, dan mengangkat manusia yang menjunjung keadilan, menghina dan menjatuhkan si zalim dan kezalimannya.
Itu sifir jatuh bangun setiap sudut kehidupan manusia sebagaimana yang tercatat di dalam rakaman sejarah.


baca lagi .. KLIK DI SINI

KEPUTUSAN PILIHANRAYA KE-12


Sila klik DI SINI