"Meng, kenapa nak masuk Islam ye..? "
"Ustaz.. saya minat untuk masuk Islam sebab Islam memelihara wanita. Di dalam Islam banyak perkara yang diperintahkan untuk melindungi wanita dan saya tertarik dengan suasana orang
"kenapa?"
"ustaz, saya ni tidak mempunyai agama. Saya lihat kebanyakannya di
"Boleh, tak da masalah. Nanti saya susun silibus untuk Meng ok?"
"terima Kasih Ustaz.."
"untuk pengetahuan Meng, nak kenal Islam ini, jangan lihat pada umat Islam sekarang. Sebab sekarang ini, ramai umat islam hanya Islam pada nama tetapi mereka tidak amal apa yang ada dalam islam. Orang yang tidak beramal dengan islam ini, hatinya kekosongan dan akhirnya diisi dengan sesuatu yang tidak sepatutnya. Kesannya lihat kepada apa yang berlaku sekarang. Mereka menjadi rosak dan tidak ada pegangan. Emm.. faham ke Meng?"
"Tentang perkara tu, saya dah tau dan saya faham.."
"Meng, saya bagi kamu Al-Quran terjemahan Mandarin pada Husna esok. Jadi, Husna akan sampaikan pada kamu esok. kita mula belajar minggu depan, ok?"
"ok ustaz. Terima kasih"
Saya ketengahkan beberapa persoalan yang ditanya oleh Meng. Jawapan yang saya kemukakan ada yang datang daripada saya sendiri dan ada yang telah dibincangkan dengan beberapa orang ustaz.
Persoalan 1: ustaz, ustaz selalu sebut kalau kita buat baik dan masuk Islam, Allah akan sayang pada kita. Saya tak fahamlah, macam mana nak rasa Allah ini sayang pada saya.? Kalau mak sayang saya, saya dapat rasa mak sayang pada saya. Kalau ayah sayang saya, saya dapat rasa ayah sayang pada saya. Kalau boyfriend sayang saya, saya dapat rasai dia sayang saya.
Jawapan 1: Sebab apa Meng dapat merasai Ibu, Ayah dan orang lain sayang pada Meng? sebab Meng rapat dengan mereka
Tapi Allah ini lain, Allah kenal dan sayang pada kita, cuma kita aje yang tak rasai Allah sayang pada kita. Allah ni macam-macam dia bagi pada kita. Bagi kami orang Islam, kami yakini bahawa setiap apa yang ada di Bumi ini adalah ciptaan Allah. Allah kurniakan udara yang ada oksigen untuk kita bernafas.. Allah bagi tangan untuk kita melakukan kerja.. nikmat ini semua manusia dapat merasainya. Inilah sifat Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Berkuasa.
Jadi apabila Meng sudah masuk Islam, Meng akan lebih kenali siapa itu Allah. Yakinlah Meng akan dapat rasai Allah itu sayang pada Meng..
Persoalan 2 : ustaz, kenapa manusia itu kena diuji? tak boleh ke kalau manusia itu tak diuji? kenapa selalunya kalau saya nak sesuatu yang saya hajati dan inginkan, tapi saya tak dapat. Tak boleh ke kalau Allah bagi sahaja apa yang saya nak?
Jawapan 2: setiap apa yang Allah uji pada manusia pastinya ada sebab. Meng selalu tidak dapat apa yang diinginkan sebab Allah nak beri sesuatu yang lebih baik pada Meng. Mungkin apa yang Meng inginkan itu sebenarnya tidak sesuai dengan Meng dan ada yang lebih sesuai dengan Meng. Kadang kala juga ujian itu untuk mendidik manusia supaya sabar dan mendidik manusia menjadi orang yang lebih baik.
contohnya Meng tengok gelas ini.. cantik tak? cantik
haa macam tu juga manusia, ayat Al-Quran sebut adakah kita ini akan menjadi orang yang beriman kalau masih tak diuji. Nak jadi manusia yang berkualiti dan tahan lasak, maka manusia itu perlu diuji. macam kereta lah. nak tau kereta tu tahan lasak ke tidak ia akan di uji dulu kekuatannya. Bila diuji, barulah dapat tau kat mana kelemahan kereta tu. bila dah tau kelemahan, maka kelemahan itu akan dibaiki agar kereta yang dihasilkan benar-benar berkualiti dan bagus. Tul tak?
Tak semua yang kita hajati itu dan yang kita inginkan.. akan membawa kebaikan dan kadang-kadang perkara yang kurang kita senangi itu.. membawa ketenangan dan manfaat yang besar.
……………………………………….
Satu pertemuan di Akademi Pengajian Islam, Meng datang bersama Husna, meminta penjelasan & berbincangan tentang Hari raya Korban atau Haji. Kerana tajuk tersebut merupakan salah satu topik kajiannya tentang masyarakat melayu. Sehari sebelum pertemuan itu, saya telah membuat persediaan untuk menjawab persoalan berkenaan Hari Raya Korban supaya penjelasan saya nanti tidak menimbulkan kekeliruan. Sebab agak rumit untuk menerangkan kepada Meng, yang baru ingin merasai nikmat cahaya Islam. Dan saya telah meminjamkan terjemahan Kitab Feqah Imam As-Syafie sebelum pertemuan ini.
Cuma satu perkara yang menjadi pengalaman baru bagi saya dalam pertemuan ini, saya telah diberi peluang oleh Allah untuk mengajar Meng, menyebut kalimah syahadah.
“ustaz, boleh tolong tuliskan kalimah?”
“kalimah? Kalimah apa”
“ermm kalimah syahadah”
“hah..” saya agak terkejut.
Meng menghulurkan bukunya untuk saya menulis kalimah syahadah. Saya menulis sekali dengan maknanya.
“ustaz, macam mana nak menyebutnya”
“Meng tak tahu ke..? ” Tanya saya mengusik.
“Tahu sikit-sikit sahaja”
“ok, Asyhadu… alla…. ilaha illa Allah… Wa asyhadu… anna muhammadu….. Rasullullah….” saya mengajarnya satu persatu. Meng mengikuti, dengan pelat cinanya. Tiba-tiba hati saya terasa berdebar-debar, seolah-olah tergoncang apabila lafaz kalimah ini saya tuturkan. Bukan perasaan berdebar ini kerana terasa takut, tapi kerana terasa begitu gembira dan terasa besarnya kalimah ini. Sukar digambarkan persaan saya ketika itu.
Secara rasminya, Meng belum lagi memeluk Islam. Namun bagi saya, Meng adalah seorang muslimah walaupun dia tidak isytiharkan diri untuk masuk Islam, tetapi hanya minta digajarkannya untuk menyebut kalimah syahadah.
………………………………………………………………………………………………
Beberapa minggu selepas Meng kembali ke
“salam ustaz,
Meng belum masuk islam. sekarang ibu marah Meng sangat.tapi Meng akan
nanti hari raya Meng merancang ke
sebenarnya Meng mahu cakap terima kasih juta-jutaan kepada ustaz dulu mengajar saya banyak.
Meng masih ingat kita duduk di kantin, ustaz menggunakan cawan sbg contoh untuk memberitahu Meng bahawa Tuhan lagi sayang kita, Dia akan memberi banyak ujian dan kesusuahan kita seperti mengukir cawan supaya kita dapat disempurnakan.
Semua ini, Meng akan ingat selama-lamanya dan juga sudah memberi semangat kepada Meng untuk menghadapi masalah.
Terima kasih ustaz.
keep in touch
Meng
………………………………………………………………………………………………
7 comments:
rasa nak ngs bc artikel ni..maybe rase gembira sgt...bgtaula perkembgn terbaru pasl meng ni yer...
kisah Meng ni berlaku thun awal 2008.. semasa Sukan Komanwel baru2 ni, Meng menjadi peterjemah bagi pasukan Malaysia.
sebenarnya sya dh lost contact dengan dia. dia tak respon email. ada maklumat yg saya dapat, Meng sekarang masih tak masuk Islam lagi. mgkin sbb suasana di Beijing terlalu berbeza dengan malaysia..
cuma doa moga2 Allah masih menjaganya & masih membuka ruang hatinya untuk Islam.
wassalam..
salam. artikel ini buat saya baca sampai habis. ada feel lain sikit.
hmm, sedang saya cari-cari bahan, I come accross this website. Your name was there so I think I let you know.
Kalau dah tau, takpelah..
http://globalvoicesonline.org/2009/01/26/indonesia-chinese-new-year-celebration/
wassalam akhi..
syukran atas makluman. ana baru tau. ana dah buka dah laman web tu.
Aslmkm akhi
Kalau tak silap ana, akhi cakap Meng dah mengucap syahadah, maka dari segi syariahnya dia dah muslim, insya-Allah. Cuma protokol keduniaan yang menyusahkan Meng serta halangan keluarganya mungkin...tapi paling kurang insya-Allah dia akan mati sebagai Islam kalau ucapan syahadahnya sempurna pada pertimbangan Allah ta'ala malah akhi yang mempersaksikannya.
"Barang siapa mengucapkan La ila ha illa Allah akan masuk syurga" Al-hadis.
Tahniah akhi.
tahniah Yusri.
Islam yang indah itu perlu dikhabarkan buat semua yang tidak tahu terutamanya kepada sesiapa yang ingin tahu. Namun, tugas kita hanya menyebarkan keindahannya. Segalanya milik Allah..
Semoga dia akan kembali kepada fitrah islam :)
Salam. Nak sesgt berkenalan dgn Meng tu. Mm. Mcm mana ye? Banyak benda nak dikongsikan bersama
Post a Comment