misterikah sebuah PERKAHWINAN itu?

"Ayuni, itu semua namanya perkahwinan..apa yang dikatakan sebuah perkahwinan tu ye..adakah kerana ianya satu kebetulan kita berkahwin, atau sebuah tuntutan, atau sebuah suruhan Nabi, atau kerana cinta, atau keperluan, atau...kerana jodoh dah sampai?"

Aku membiarkan persoalan itu tanpa berjawab oleh sahabatku. Emh apa yang dimaksudkan dengan sebuah perkahwinan sehinggakan ianye menjadi sangat misteri untuk aku mengetahui jawapan pada teka-teki ini. Kadang-kadang rasa macam dah jumpa, tapi, napa ianya tetap terhalang..Aku pasrah.

"Saya ingat cinta saya tu dah murni dah"

"Cinta murni??"..Aku dan sahabat yang lain terkejut dengan perkataan tu, seolah-olah pertama kali mendengarnya.

"Ye, cinta murni. Sekalipun dengan suami sendiri pun saya tak dapat nak merasakannya dari suami saya sendiri" kata-kata dari pensyarah muda itu yang aku dengar seolah-olah seperti sebuah satu perkataan baru yang aku tahu sejak 23 tahun aku hidup.

"Merasakan berdebar-debar apabila berjumpa, tangan berpeluh, teruja bila berjumpa"

Itu ke yang dikatakan cinta murni. Misterinya sebuah cinta.

Perkahwinan yang tanpa merasakan cinta, bolehkah ianya berkekalan. sekalipun ia dilandaskan dengan rasa kesetiaan, perlu apakah lagi untuk aku mencari maksud cinta.

"Adik nak jadi Siti Khadijah, dialah yang pertama, yang dirindui ,yang diingati..berpisah di dunia, di sana dia menanti kehadiran suami yang tercinta".. aku menyatakan harapan ku pada abangku, abang yang selalu mendengar, dan selalu memberikan pandangan yang kadang-kadang aku sendiri bersyukur punya abang sebaiknya. Syed Nurul, nama seorang abang yang sentiasa memimpin aku saat aku rapuh dan kesepian.

Misteri kah sebuah perkahwinan andai hanya keperluan yang dilihat, tapi tanggungjawab dipandang sepi. Aku banyak melihat perkahwinan yang ada kala satu perkara yang diluar jangkaanku apabila berlaku sebuah penceraian.

" Mak dan ayah ana dah 9 tahun bercerai. Masa tu ana berumur 14 tahun. Masa tu ana memberontak, rasa tak percaya. Yelahkan, masa tulah kita mencari identiti diri. Tapi ana berubah bila ana masuk MRSM. Masa tulah ana cuba untuk menerima pandangan orang, sikit-sikit cuba untuk mengambil mana yang betul. Masa tu lah ana belajar untuk redha. ye redha..Kalau kita mengungkit sikit pun, itu maknanya kita masih lagi tidak redha"

Seorang sahabatku menyatakan pandangan dia bila aku tidak berpuas hati dengan seseorang dan memanggilnya "Orang Jahat".. aku manusia, mana mungkin aku dapat terima dalam masa yang sekejapan cuma. Ya, aku punya kisah silam yang pahit mengenai cinta tapi, bila aku teliti, itulah masalah hati, penyakit hati. Muhasabhlah wahai hati-hati yang punya kerosakan, supaya ia cepat dirawati dan tidak berlarutan sehingga menjadi parah.

"Hati aku ni dah parah dah sangat Yuni, rasa dah tahap "Kanser Hati" dah. Aku perlukan masa untuk aku betulkan hati aku, Ya masa, aku sangat memerlukan masa dan bimbingan sahabat-sahabat supaya aku dapat terus mencari cintaNYA dalam masa aku merawat hati aku"

"Kanser Hati"??

"Apa yang dikatakan dengan Kanser hati"

Aku bertanya pada diri aku sendiri, Kanser hati??..apa itu??..parah ke??

Memang parah bagi yang kenal cinta makhluk lebih dari mengenal cintaNYA.

"Carilah cintaNYA, dan pasti DIA akan mencari cinta yang terbaik buatmu"

Ahhh, satu ayat yang bisa aku menangis terduduk dalam aku mengenal erti kehidupan. Carilah cinta Allah..

Aku tercari-cari maksud sebuah perkahwinan. Ramai yang ternanti-nanti sapakah gerangan orang yang akan dia temui sebagai peneman di kala kesunyian, sebagai rakan ketawa, sebagai sahabat di kala ingin kan belaian. Bak kata orang, "Soulmate".

Masih tercari-cari aku apa yang dikatakan dengan sebuah cinta dalam perkahwinan. Untuk apa perkahwinan itu andai bila satu tahap, ia akan menjadi satu beban pada yang jemu, menjadi satu kegusaran pada yang bosan, manjadi sebuah tekanan bila cinta itu pudar. Begitu cepat cinta itu mengkhayalkan, begitu cepat juga cinta itu menyeksa kita. Di mana letaknya manis sebuah perkahwinan andai setiap perana tidak dihayati dengan sebaiknya.

"Perkahwinan adalah sebuah ikatan yang bertunjangkan sebuah akidah yang mempertautkan dua pasangan untuk membina keluarga yang mawaddah wa rahmah. Sedihlah hati kecil ana andai suami yang ana layan, yang ana teman, yang ana anggap raja di hati terpaksa berpisah di padang masyar bila kami berada di sana. Di mana kah letaknya erti sebuah perkahwinan andai akhirat tidak menjadi tujuan kita"

Aku agak terusik dengan pemahaman seorang lelaki tentang erti sebuah perkahwinan yang ditafsirkan sebagai satu cara untuk mengawal nafsu. Bukan itu sahaja maksud sebuah perkahwinan. Kalau kerana itulah, pastinya wanita-wanita yang solehah tapi tidak mempunyai paras wajah yang cantik dipinggirkan hanya kerana kekurangan dari sudut fizikal. Aku sedih dengan pemahaman manusia yang sebegini.

"Bukan akak tak nak dik, tapi semua orang tak nak kat akak sebab akak ni gemuk, dah lah hitam" Aku terusik dengan ayat Kak Shikin apabila aku mengusik dia napa tak kahwin lagi. Kak Shikin sangat baik, solehah pulak tu, bakal jadi ustazah insya Allah pada tahun 2009. Tapi masih tidak berpunya.

Misterinya sebuah perkahwinan, ditunggu-tunggu oleh setiap yang bergelar manusia, ternanti-nanti untuk berkongsi kasih. Sombongkah aku apabila ditanya kan tentang perkahwinan aku hanya mengungkapkan belum bertemu jodoh sedangkah ramai yang bertanya. Sombongkah aku, bila setiap jawapan yang aku berikan hanyalah istikharah.

Aku tertarik dengan halusnya tatacara dalam islam, dalam mempertautkan hati-hati yang menyayangi dan ingin dikasihi. Aku baca sebuah artikel yang membuatkan aku terusik dengan adab manusia sekarang yang hanya mengambil mudah dengan garis panduan yang islam dah tetapkan.

"Apabila seorang lelaki yang terpandangkan seorang muslimah, seharusnya dia memulakan langkah dengan bertanya pada Tuan Besar iaitu Allah. Apabila Allah memberikan izinNYA, mulakanlah langkah kedua. Bukan dengan approach muslimah itu tetapi, approach lah ibu bapa yang telah membesarkan dia, yang akan menggantikan tangan untuk menjaga wanita yang telah berada di rumah mereka sejak sekian lama lagi. Bertanyalah pada ibu bapanya kerana ibu bapalah yang sentiasa merisaukan wanita itu, bapalah yang masih menaggung dosa di anak dan ibu yang masih ingin menjadi sahabat buat anaknya itu.

Andai kata, satu penerimaan bagi pihak kedua ibu bapanya untuk menerima lelaki tersebut, barulah hasrat itu dinyatakan kepada sang gadis untuk dia pula memulakan tugas bertanya pada yang hak, iaitu Allah dengan istikharah. Dan barulah proses pertunangan itu dijalankan, dan di saat bertunang itulah saat untuk kedua lelaki dan perempuan itu berkenal-kenalan dan mengetahui fikrah masing-masing. Tetapi itu pun dengan kehadiran ibu bapa atau mahram bukan dengan berdua-duaan. Setelah habis tempoh pertunangan, maka barulah perkahwinan dilangsungkan, perkahwinan yang akan merapatkan dua buah kampung yang jauh, mempertautkan dua keluarga yang tidak saling mengenal, dan mendekat dua hati yang jauh menjadi satu"

Aku terpaku, sungguh halus tatacaranya, tetapi kenapa ramai yang tidak memahaminya. Masih mencari-cari erti sebuah perkenalan, menyalah ertikan sebuah persahabatan dengan perhatian.

Ya Allah, hati ini ingin mencari seorang yang mengasihiku, yang menyintai ku kernaMU, yang merindui ku saat Kau menulis namaku sebagai isterinya. Ya Allah, aku ingin menjadi seperti wanita mulia, wanita pertama buat sang kekasih yang menanti untuk bersama menghadapMU, yang aku mencari redhanya untuk aku menggarap redhaMU ya Allah. Ya Allah, bisakah aku menemui seorang yang ikhlas di dunia, dan ikhlas untuk bersama di taman syurga..Ya Allah, cintakanlah aku padanya kerana MU, kasihkanlah aku pada dia keranaMU, dan rindukanlah aku padanya kerana dambaan kami padaMU.....

oleh UKP.

0 comments: