Showing posts with label saudara kita. Show all posts
Showing posts with label saudara kita. Show all posts

"SAYA SUKA PAS"

“Medan DAKWAH kita semakin LUAS” ?

Selalu saja kita mendengar ungkapan kata ini, “Medan DAKWAH kita semakin LUAS”, terutamanya selepas PRU 12. Dan, ana suka mendengarnya. Berbondong-bondong masyarakat non-muslim mengisi borang pendaftaran sebagai ahli Kelab Penyokong PAS. Tua, muda, remaja, keluarga dan pelbagai lapisan masyarakat non-muslim, mula menyatakan sokongan kepada parti Islam ini. Secara telus mereka mengatakan, SAYA SUKA PAS.


Baru-baru ini, sewaktu ana hadir ke Muktamar Pas. Sempat ana berbual dengan seorang india, sambil berjalan bersamanya menuju ke Stadium Malawati.

”uncle pernah datang muktamar Pas ke sebelum ni?”


”hmm tak, ni kali pertama saya datang.”. Jawab uncle Survil ringkas.

”dah isi borang kelab penyokong PAS?”

”sudah, saya ahli di Port Klang.”


Ketika dalam stadium..


”uncle tahun lepas jadi ahli penyokong PAS ye..?”tanya ana.


”tak, sudah tiga tahun saya menjadi ahli penokong PAS. Sebelum pilihanraya ke 12 lagi."

”ada daftar jadi ahli PKR?tanya ana.

”tak, saya tak suka itu PKR, dioarang tidak solid, macam UMNO, lompat sana, lompat sini.” terang uncle Survil serius.


”kenapa daftar ahli PAS? Ana tanya lagi.


”ooo PAS bagus. Parti orang sembahyang. Dioarang ada prinsip.” tersenyum uncle survil menjawabnya.


Ana pun tersenyum juga. Gembira mendengar jawapannya. Inilah kali pertama ana mendengar luahan secara terus dari ahli kelab penyokong PAS. Terasa semakin bangga menjadi orang Muslim.


Hakikatnya

Sememangnya medan dakwah kita ini LUAS. Dari dulu lagi sehinggalah sekarang. Ia sentiasa berkembang dan menunggu-nunggu orang mengambilnya. Cumanya, kita sahaja tidak mempedulikannya. Medan ini sudah tersedia lama disekeliling kita, cuma kita membutakan mata dan memandang ia adalah perkara yang remeh. Kita kurang mencuba untuk mengambilnya sebagai ruang & peluang yang baik untuk menyebarkan, menyampaikan dan mengembalikan masyarakat menghayati Islam.


Ruang & peluang dakwah ini sentiasa terbuka untuk sesiapa sahaja yang ingin memenuhinya dan mengisinya. Hanya orang yang fahami dan hayati, erti diri sebagai seorang muslim dan merasakan Islam sebagai Ad-Deen yang meyedari bahwa Dakwah itu adalah satu keperluan.


Dakwah Ini Adalah Satu Keperluan.

Dakwah itu satu kewajipan? Tidak dapat dinafikan bahawa tugasan dakwah itu adalah merupakan kewajipan yang mesti dibawa dan dilaksanakan oleh setiap muslim. Tidak kira dimana sahaja seorang muslim itu berada, tugas & tanggungjawab dakwah ini mesti dilakukannya . Banyak ayat al-quran & hadith yang menyentuh dan bertegas tentang kewajipan dakwah ini. Dakwah bukan hanya setakat kewajipan. Bahkan, dakwah itu adalah SATU KEPERLUAN.


Seluruh umat islam tahu akan kewajipan solat. Mereka tahu kewajipan membayar zakat. Mereka juga tahu kewajipan menutup aurat. Namun masih ramai yang tidak menunaikan solat, membayar zakat & menutup aurat. Kenapa? Ini kerana mereka tidak ataupun kurang memahami persoalan WHY dalam setiap perkara yang mereka lakukan. Mereka tidak tahu apa PERLUnya solat, zakat dan menutup aurat dalam kehidupan mereka.

Begitulah perumpamaan ringkas yang boleh dikaitkan dengan dakwah ini. Dakwah itu WAJIB. Namun berapa ramai yang merasakan bahawa mereka PERLU berdakwah. Apa PERLUnya mereka berdakwah. Fikirkanlah..

關於回教

回教統治麥地那的時代,揭開回教社群燦爛的序幕,而在正統哈里發領導的時代、在倭馬亞王朝和阿拔斯王朝,更是迅速興旺。回教後來在歐洲擴展和紮根,並對安達盧西亞輝煌的回教文明帶來貢獻。這項全球回教文明為整個回教社群與世界帶來助益與慈愛。

「伊斯蘭」(Islam)這一詞源自阿拉伯文「Salam」,意思是「安寧」,說明回教是一個可以為全人類和全世界帶來繁榮與安寧的宗教。回教主張全人類在上帝眼中都是相似的,其差異在於每個人信仰上帝的程度和虔誠性。

回教有五項基柱:

1. 證言
2. 祈禱
3. 天課
4. 齋戒
5. 朝覲

回教具有六項基本信仰綱領:

1. 信真主
2. 信天使
3. 信經典
4. 信先知
5. 信後世
6. 信前定

回教堅持回教社群須依據基本原則以成為完美的回教徒。回教徒應以可蘭經和聖訓,充作祈禱和生活指引,兩者都是回教法律的淵源。

Email daripada Meng (王笛)



Selepas saya mengemaskini artikel ”Ustaz.. saya suka Islam”, hati rasa terpanggil untuk menghubungi semula Meng. Jadi, baru-baru ini, pada 25 Jan 09 yang lalu, saya ada menghantar email kepada Meng. Bertanya khabar berita keadaaanya sekarang.

Kemudiannya pada 27 Jan, saya mendapat respon daripada Meng..

.....................................................

Email 1


Salam ustaz,

saya baik di sini. saya baru mendapat tawaran dari universiti wisconsin madison di amerika. Oleh itu, pada bulan Ogos tahun ini, saya akan pergi ke amerika untuk sambungkan pelajaran dalam bidang pengajian budaya di Asia-tenggara. Saya merancang pergi ke Mal
aysia pada bulan Disember tahun ini.

Memang seperti ustaz menulis dalam emel, halangan ifti memeluk Islam masih dari keluarga. Mereka sekarang tidak sokong saya pergi ke Malaysia lagi. Jadi saya meranc
ang pergi ke Amerika dulu (ikut nasihat mereka), mengumpulkan duit sendiri lalu pergi ke Malaysia. Walaupun setiap hari saya merasa pedih, tapi saya akan menunggu kedatangan hari itu nanti. Kalau saya sampai Malaysia, saya pasti akan berhubung dengan ustaz. hehe.

Ustaz sekarang sihat? di mana? masih bekerja di UM ke? terjumpa abang mohamad shuhaidi ke? saya rasa amat untung dapat berkenal dengan dia. Dia sangat kuat agama. Saya tengok dia tidak pernah ketinggalan solat. hehe. Dia minggu lepas bekerja di Akademi Pengajian Melayu di UM, tapi sekarang dia sudah pergi bekerja di sekolah menengah di Pahang..

k. Selamat tahun baru lembu!

Keep in touch

Ifti

...............................................

Nama sebenar Meng ialah Wang Di. Nama panggilannya di Akademi Pengajian Melayu ialah Azizah. Sebelum bertolak ke Beijing setahun yang lalu, dia minta dipanggil Ifti. Dia suka dengan nama Ifti.Katanya makna Ifti ialah pembukaan. Mungkin singkatan daripada Iftitah.



Syukur saya panjatkan, Ifti masih lagi kuat untuk memeluk Islam. Betapa hebatnya ujian Allah buat mereka yang hanya mahu merasai secebis nikmat kemanisan Islam. Dia terus nekad untuk teruskan niatnya untuk bersama Islam.

Saya membalas emailnya..

salam ifti.

Saya puji ifti, sebab masih lagi kuat keinginan untuk memeluk Islam.


Ifti, bumi yang Allah cipta ini amat luas.
Kemana sahaja kita pergi , kita masih berada di bumi Allah. Jika Ifti pergi ke America sekali pun, ifti masih berpeluang untuk memeluk Islam dan belajar tentang islam. Saya yakin & percaya bahawa kekuatan Ifti yang ingin menghayati islam serta untuk beramal dengan islam, Allah akan membuka lebih banyak lagi ruang dan peluang untuk ifti memeluk islam. Sebab Allah lagi Maha mengetahui apa yang ada dalam hati & memahami perasaan kita.

Apa yang penting, kita mesti sabar dan sentiasa mengingati Allah. Jika kita ingati Allah, allah akan lebih mengingati kita.

saya menjemput Ifti untuk datang ke blog saya :
http://chitchat85.blogspot.com/


saya masih lagi terbuka untuk ifti bertanyakan soalan jika ada masalah atau pertanyaan.

Insyallah.. Moga-moga Allah izinkan Ifti datang ke malaysia.

keep in touch.

Yusri

………………………………

Email 2



Ustaz!!
Ustaz tulis cerita saya!!!!!!!!!
Saya baca blog ustaz dan saya terharu sangat!!!! Ustaz masih ingat semua detail yang kita pernah bincang. hehe cuma gambar itu bukan saya!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!kenapa tak guna gambar saya?? hehe tak ada ke?? saya bagi ustaz ye!! kenapa bagi saya nama Meng?? hehe. boleh lah tulis nama ifti!! maksudnya permulaan!! ustaz kata saya sudah menjadi muslimah ya??boleh ke?? saya happy sangat kalau itu sudah boleh diterima.

saya sekarang ada satu soalan.
kalau saya tidak dapat berpuasa penuh, saya ada cara ganti kan..
tapi kalau ada satu hari saya tidak memakai tudung, boleh tak ada ca
ra ganti dosa ini??
ada situasi tertentu bagi saya tidak sesuai memakai tudung sebab saya dulu bukan muslim, dan saya kena jaga perasaan keluarga saya... ada cara ganti ke??

ifti


..........................................

Saya menjawab persoalannya..

salam ifti.

saya tak guna nama ifti, sbb saya bimbang klau ifti tak izinkan. tapi ifti dah izinkan, saya akan gunakan nama ifti dalam artikel. ifti bukan maksudnya permulaan, yg betulnya ialah Iftitah atau boleh juga guna Fathi.

ha ah ifti, kamu dah seorang muslim. sebab, sesiapa yang melafazkan kalimah syahadah dan ada keinginan mengamalkan islam , ia adalah muslim. saya sebenarnya cukup gembira apabila ifti melafazkan kalimah syahadah d akademi islam. kerana kamu telah menjadi seorang muslim. maafkan saya sebab tidak memaklumkan awal kepada ifti tentang ini. sebab saya bimbang kalau kamu tidak faham.

tentang memakai tudung ni. klau pada peringkat baru masuk Islam ni, kamu diberi kelonggaran untuk mengamalkan islam. amalkan secara perlahan-lahan setakat yang mampu dan mengikut suasana. Islam itu MUDAH

jika kamu rasa tak de halangan untuk pakai tudung, jadi pakailah tudung itu. tapi jika ada halangan, kamu diberi kemudahan sama ada untuk pakai atau tidak memakai tudung. apa2 pun, berdoalah kepada Allah, agar Allah ampunkan.

Ingatlah bahawa Allah itu maha melihat dan sangat memahami perasaan dan hati Kita. Allah amat mengetahui apa yang berlaku ke atas kita. ingat Ifti, bahawa Allah sentiasa bersama kita. Dia akan mendengar keluhan, rintihan dan percakapan kita. Allah amat menyayangi kita.

Ifti, jadilah wanita yang beriman dan sentiasa dekati Allah. Kami di sini akan sentiasa mengingati kamu dan doakan kamu agar terus kuat untuk beramal dengan islam.

keep in touch
Yusri.

........................................

Ustaz.. Saya suka Islam.. (Kemaskini)

Saya diperkenalkan dengan seorang mahasiswi cina dari Beijing, Meng namanya(bukan nama sebenar). Dia merupakan pelajar sementara di Akademi Pengajian Melayu (APM) Universiti Malaya atas program pertukaran pelajar antara China dan Malaysia selama 8 bulandi dalam bidang pengajian Melayu. Mengikut apa yang saya maklumi, Meng telah meluahkan niat hatinya untuk masuk Islam kepada Husna (mahasiswi Akademi Pengajian Islam), ketika Husna memasuki biliknya untuk membuat kutipan sumbangan program.


"Meng, kenapa nak masuk Islam ye..? "


"Ustaz.. saya minat untuk masuk Islam sebab Islam memelihara wanita. Di dalam Islam banyak perkara yang diperintahkan untuk melindungi wanita dan saya tertarik dengan suasana orang Malaysia. "

"kenapa?"


"ustaz, saya ni tidak mempunyai agama. Saya lihat kebanyakannya di China ramai yang beragama tidak ikhlas. Mereka beragama kerana inginkan pangkat dan ada kepentingan tersendiri. Apabila saya sampai di Malaysia dan tinggal bersama keluarga angkat saya di Melaka, saya rasa tertarik dengan orang melayu yang beragama Islam. Kalau boleh saya tak nak masuk dulu Islam, sebelum saya belajar dan fahami tentang Islam. Saya nak ada orang ajar saya untuk memahami Islam"

"Boleh, tak da masalah. Nanti saya susun silibus untuk Meng ok?"

"terima Kasih Ustaz.."

"untuk pengetahuan Meng, nak kenal Islam ini, jangan lihat pada umat Islam sekarang. Sebab sekarang ini, ramai umat islam hanya Islam pada nama tetapi mereka tidak amal apa yang ada dalam islam. Orang yang tidak beramal dengan islam ini, hatinya kekosongan dan akhirnya diisi dengan sesuatu yang tidak sepatutnya. Kesannya lihat kepada apa yang berlaku sekarang. Mereka menjadi rosak dan tidak ada pegangan. Emm.. faham ke Meng?"

"Tentang perkara tu, saya dah tau dan saya faham.."


"Meng, saya bagi kamu Al-Quran terjemahan Mandarin pada Husna esok. Jadi, Husna akan sampaikan pada kamu esok. kita mula belajar minggu depan, ok?"

"ok ustaz. Terima kasih"

Saya ketengahkan beberapa persoalan yang ditanya oleh Meng. Jawapan yang saya kemukakan ada yang datang daripada saya sendiri dan ada yang telah dibincangkan dengan beberapa orang ustaz.

Persoalan 1: ustaz, ustaz selalu sebut kalau kita buat baik dan masuk Islam, Allah akan sayang pada kita. Saya tak fahamlah, macam mana nak rasa Allah ini sayang pada saya.? Kalau mak sayang saya, saya dapat rasa mak sayang pada saya. Kalau ayah sayang saya, saya dapat rasa ayah sayang pada saya. Kalau boyfriend sayang saya, saya dapat rasai dia sayang saya.

Jawapan 1: Sebab apa Meng dapat merasai Ibu, Ayah dan orang lain sayang pada Meng? sebab Meng rapat dengan mereka kan? Dan Meng kenal mereka kan? Haa.. macam itu juga Allah.. nak rasa Allah sayang pada kita, kita terlebih dahulu kena kenal siapa Allah. Macam mana sifat-sifat Allah. Kalau tak kenal, macam mana nak rasa sayangnya Allah pada kita. Contohnya.. Meng jumpa seseorang yang tak dikenali, tentu Meng tak rasa orang itu sayang pada Meng, kerana Meng tak kenal pun dia dan dia pun tak kenal Meng.

Tapi Allah ini lain, Allah kenal dan sayang pada kita, cuma kita aje yang tak rasai Allah sayang pada kita. Allah ni macam-macam dia bagi pada kita. Bagi kami orang Islam, kami yakini bahawa setiap apa yang ada di Bumi ini adalah ciptaan Allah. Allah kurniakan udara yang ada oksigen untuk kita bernafas.. Allah bagi tangan untuk kita melakukan kerja.. nikmat ini semua manusia dapat merasainya. Inilah sifat Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Berkuasa.

Jadi apabila Meng sudah masuk Islam, Meng akan lebih kenali siapa itu Allah. Yakinlah Meng akan dapat rasai Allah itu sayang pada Meng..

Persoalan 2 : ustaz, kenapa manusia itu kena diuji? tak boleh ke kalau manusia itu tak diuji? kenapa selalunya kalau saya nak sesuatu yang saya hajati dan inginkan, tapi saya tak dapat. Tak boleh ke kalau Allah bagi sahaja apa yang saya nak?

Jawapan 2: setiap apa yang Allah uji pada manusia pastinya ada sebab. Meng selalu tidak dapat apa yang diinginkan sebab Allah nak beri sesuatu yang lebih baik pada Meng. Mungkin apa yang Meng inginkan itu sebenarnya tidak sesuai dengan Meng dan ada yang lebih sesuai dengan Meng. Kadang kala juga ujian itu untuk mendidik manusia supaya sabar dan mendidik manusia menjadi orang yang lebih baik.

contohnya Meng tengok gelas ini.. cantik tak? cantik kan? tau tak.. sebelum gelas ini menjadi cantik, ia telah dibakar berulang-ulang kali, diketuk-ketuk dan dibakar lagi dan bakar akhirnya selepas proses itu barulah ia menjadi cantik seperti ini.

haa macam tu juga manusia, ayat Al-Quran sebut adakah kita ini akan menjadi orang yang beriman kalau masih tak diuji. Nak jadi manusia yang berkualiti dan tahan lasak, maka manusia itu perlu diuji. macam kereta lah. nak tau kereta tu tahan lasak ke tidak ia akan di uji dulu kekuatannya. Bila diuji, barulah dapat tau kat mana kelemahan kereta tu. bila dah tau kelemahan, maka kelemahan itu akan dibaiki agar kereta yang dihasilkan benar-benar berkualiti dan bagus. Tul tak?

Tak semua yang kita hajati itu dan yang kita inginkan.. akan membawa kebaikan dan kadang-kadang perkara yang kurang kita senangi itu.. membawa ketenangan dan manfaat yang besar.


……………………………………….

Satu pertemuan di Akademi Pengajian Islam, Meng datang bersama Husna, meminta penjelasan & berbincangan tentang Hari raya Korban atau Haji. Kerana tajuk tersebut merupakan salah satu topik kajiannya tentang masyarakat melayu. Sehari sebelum pertemuan itu, saya telah membuat persediaan untuk menjawab persoalan berkenaan Hari Raya Korban supaya penjelasan saya nanti tidak menimbulkan kekeliruan. Sebab agak rumit untuk menerangkan kepada Meng, yang baru ingin merasai nikmat cahaya Islam. Dan saya telah meminjamkan terjemahan Kitab Feqah Imam As-Syafie sebelum pertemuan ini.

Cuma satu perkara yang menjadi pengalaman baru bagi saya dalam pertemuan ini, saya telah diberi peluang oleh Allah untuk mengajar Meng, menyebut kalimah syahadah.

“ustaz, boleh tolong tuliskan kalimah?”

“kalimah? Kalimah apa”

“ermm kalimah syahadah”

“hah..” saya agak terkejut.

Meng menghulurkan bukunya untuk saya menulis kalimah syahadah. Saya menulis sekali dengan maknanya.

“ustaz, macam mana nak menyebutnya”

“Meng tak tahu ke..? ” Tanya saya mengusik.

“Tahu sikit-sikit sahaja”

“ok, Asyhadu… alla…. ilaha illa Allah… Wa asyhadu… anna muhammadu….. Rasullullah….” saya mengajarnya satu persatu. Meng mengikuti, dengan pelat cinanya. Tiba-tiba hati saya terasa berdebar-debar, seolah-olah tergoncang apabila lafaz kalimah ini saya tuturkan. Bukan perasaan berdebar ini kerana terasa takut, tapi kerana terasa begitu gembira dan terasa besarnya kalimah ini. Sukar digambarkan persaan saya ketika itu.

Secara rasminya, Meng belum lagi memeluk Islam. Namun bagi saya, Meng adalah seorang muslimah walaupun dia tidak isytiharkan diri untuk masuk Islam, tetapi hanya minta digajarkannya untuk menyebut kalimah syahadah.

………………………………………………………………………………………………


Beberapa minggu selepas Meng kembali ke Beijing, saya telah menerima e-mailnya :

“salam ustaz,
Meng belum masuk islam. sekarang ibu marah Meng sangat.tapi Meng akan cuba perlahan-lahan.


nanti hari raya Meng merancang ke malaysia lagi. kita jumpa lagi ye.
sebenarnya Meng mahu cakap terima kasih juta-jutaan kepada ustaz dulu mengajar saya banyak.


Meng masih ingat kita duduk di kantin, ustaz menggunakan cawan sbg contoh untuk memberitahu Meng bahawa Tuhan lagi sayang kita, Dia akan memberi banyak ujian dan kesusuahan kita seperti mengukir cawan supaya kita dapat disempurnakan.

Semua ini, Meng akan ingat selama-lamanya dan juga sudah memberi semangat kepada Meng untuk menghadapi masalah.
Terima kasih ustaz.

keep in touch
Meng

………………………………………………………………………………………………

Solat penawar Siti Aisyah

Oleh ZUARIDA MOHYIN

DIMARAH, dipulau dan disisih ibu bapa, adik-beradik, anak-anak serta saudara mara adalah antara sebahagian cabaran yang dihadapi Siti Aisyah Abdullah, 48, sejurus rahsia pengislaman beliau terbongkar kira-kira lima tahun lalu. Menurut ibu tunggal dan guru di Tadika Twinkle Play House, Taman Sri Muda, Shah Alam ini, beliau berjaya merahsiakan pengislaman diri hanya selama dua tahun selepas memeluk Islam pada 2001 di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Shah Alam, Selangor.

"Semuanya terbongkar apabila salah seorang adik saya menyiasat kecurigaan mereka yang mendapati saya kerap ke Klang. Rupa-rupanya pemergian saya ke Masjid India, Klang untuk belajar agama Islam diketahui mereka akhirnya," katanya.

Walaupun sedih dan kecewa, Siti Aisyah tidak menyalahkan mereka kerana mereka tidak memahami agama Islam dalam erti kata yang sebenar.

Sebabnya, pemahaman mereka banyak dipengaruhi oleh persepsi media Barat yang sentiasa memaparkan keburukan Islam. Ditambah pula, ada segelintir umat Islam itu sendiri yang memberi contoh yang tidak betul.

"Akibatnya agama Islam itu dilabel dengan pelbagai persepsi yang negatif. Sebenarnya, Islam itu adalah agama yang terbaik dan menepati fitrah hidup manusia," ujarnya seraya memohon maaf jika apa yang disebutkan itu menyinggung individu atau kumpulan tertentu.


Bagaimanapun, Siti Aisyah bersyukur kerana ahli keluarga, terutamanya ibu sudah menerima pengislaman beliau. Itupun selepas diterangkan akan kebenaran Islam serta menunjukkan akhlak Muslim sebenar.

Menyedari kepentingan pemantapan ilmu agama, menyebabkan ibu kepada dua anak lelaki yang berusia 17 dan 22 tahun, tidak pernah melepaskan peluang mengikuti pelbagai kursus pemantapan akidah dan seminar bagi bergelar pendakwah atau daie anjuran mana-mana pejabat agama Islam dan persatuan bukan kerajaan (NGO) Islam.

Berkongsi kisah penghijrahan akidahnya, cerita Siti Aisyah, perkenalan dengan teman-teman yang beragama Islam di kilang tempatnya bekerja merupakan langkah awal mengenali agama Islam.

"Ia berlaku lebih 10 tahun. Masa itu saya sudah bercerai dan bekerja demi menampung perbelanjaan ibu dan anak-anak. Sepanjang lima tahun bekerja di sana, banyak yang saya ketahui tentang Islam seperti solat, puasa dan akhlak seorang Muslim.

"Selepas saya berkenalan dengan seorang lelaki dan kemudian diperkenalkan dengan sebuah keluarga angkat, ia menambahkan lagi kefahaman dan keyakinan saya kepada Islam. Pada masa itu, keluarga masih tidak mengetahui minat baru saya itu.

"Yang menambahkan keyakinan dan keimanan saya kepada Allah Yang Esa ialah apabila melihat aspek solat orang Islam. Umat Islam hanya menyembah pada Allah SWT," akui Siti Aisyah yang memiliki 10 tahun pengalaman sebagai guru tadika serta mengendalikan kelas tuisyen.

Ditanya apakah yang mencetuskan minat beliau dalam kerja-kerja pendakwahan, jelas Siti Aisyah, apabila mendapati banyak persoalan yang dikemukakan oleh ahli keluarga terdekat serta teman-teman berkaitan Islam contohnya pemakaian tudung, bermain nombor ekor dan banyak lagi, secara tidak langsung beliau terpanggil untuk menjelaskan kepada mereka secara berhikmah.

"Saya pernah ditanya oleh ibu kenapa perlu memakai tudung dan menutup aurat, sedangkan katanya ada juga wanita Islam tidak melaksanakannya. Mudah sahaja saya memahamkan ibu, apa yang saya lakukan ini adalah kehendak Allah dan mengikut landasan Islam yang sebenar," jelasnya.

Begitu juga dengan pelbagai perkara yang dilakukan umat Islam yang tidak mencerminkan akhlak dan kehidupan Muslim.

"Saya terangkan kepada mereka, perumpamaan paling mudah ialah lampu isyarat di jalan raya, ada yang patuh dan ada yang melanggarnya. Begitu jugalah dalam kehidupan manusia itu.

"Alhamdulillah, dari semasa ke semasa sungguhpun mereka belum memperoleh hidayah tetapi pemahaman daripada mereka sudah cukup memadai.

"Kini, acap kali tiba musim perayaan, ibu mahu persiapan juadah dilakukan oleh saya kerana tidak timbul lagi soal halal atau haram," kata Siti Aisyah.

Pengislamannya diketahui saudara mara lain apabila ayah meninggal dunia pada tahun 2003. Pada saat itu, beliau tidak melakukan ritual penganut Hindu apabila berlaku kematian.

Tambah Siti Aisyah, minatnya berdakwah timbul dengan harapan lebih ramai masyarakat yang mendapat ganjaran syurga sebagaimana dijanjikan Islam menerusi al-Quran dan hadis. Apatah lagi, menyedari kita sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini.

Lantaran itu, anak kedua daripada enam adik-beradik ini tidak pernah ketinggalan mengikuti program ceramah sama ada di televisyen, radio mahupun laman web terpilih.

Selain itu, penyertaan beliau dalam aktiviti berpersatuan juga tidak dilepaskan seperti Al-Hunafa, Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) dan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim).

Tegasnya, pencarian ilmu itu adalah kunci kepada setiap persoalan tidak kira dia itu seorang mualaf ataupun dilahirkan sebagai Muslim.

Prinsip Siti Aisyah setiap kali berhadapan dengan pelbagai rintangan ialah perlu banyak bersabar serta tidak meninggalkan solat.

Ini kerana takut Siti Aisyah hanya kepada Allah dan sejurus bergelar Muslim, beliau bertekad menerima segala cabaran yang mendatang.

Baginya kehidupan mualaf itu tidak boleh lari daripada menghadapi tentangan dan rintangan. Dua perkara ini bagai isi dengan kuku, hanya dengan pemahaman jelas tentang Islam mampu menjadi penawar.

Kata beliau, aspek ketenangan yang diperoleh menerusi solat, zikir dan membaca al-Quran itu adalah nikmat yang tiada tolok bandingannya.

"Kalau sebelum Islam, kehidupan kita tidak berhala tuju tetapi apabila Islam menjadi pegangan hidup, matlamat kehidupan itu kelihatan lebih jelas.

"Yang cantiknya, ia bukan sahaja bermatlamat di dunia tetapi akhirat itulah yang kekal selamanya.

"Sebab itulah, saya sentiasa berdoa agar mereka yang rapat dengan saya, khasnya diberikan hidayah Allah," katanya mengakhiri perbualan tengah hari itu.