"SAYA SUKA PAS"

“Medan DAKWAH kita semakin LUAS” ?

Selalu saja kita mendengar ungkapan kata ini, “Medan DAKWAH kita semakin LUAS”, terutamanya selepas PRU 12. Dan, ana suka mendengarnya. Berbondong-bondong masyarakat non-muslim mengisi borang pendaftaran sebagai ahli Kelab Penyokong PAS. Tua, muda, remaja, keluarga dan pelbagai lapisan masyarakat non-muslim, mula menyatakan sokongan kepada parti Islam ini. Secara telus mereka mengatakan, SAYA SUKA PAS.


Baru-baru ini, sewaktu ana hadir ke Muktamar Pas. Sempat ana berbual dengan seorang india, sambil berjalan bersamanya menuju ke Stadium Malawati.

”uncle pernah datang muktamar Pas ke sebelum ni?”


”hmm tak, ni kali pertama saya datang.”. Jawab uncle Survil ringkas.

”dah isi borang kelab penyokong PAS?”

”sudah, saya ahli di Port Klang.”


Ketika dalam stadium..


”uncle tahun lepas jadi ahli penyokong PAS ye..?”tanya ana.


”tak, sudah tiga tahun saya menjadi ahli penokong PAS. Sebelum pilihanraya ke 12 lagi."

”ada daftar jadi ahli PKR?tanya ana.

”tak, saya tak suka itu PKR, dioarang tidak solid, macam UMNO, lompat sana, lompat sini.” terang uncle Survil serius.


”kenapa daftar ahli PAS? Ana tanya lagi.


”ooo PAS bagus. Parti orang sembahyang. Dioarang ada prinsip.” tersenyum uncle survil menjawabnya.


Ana pun tersenyum juga. Gembira mendengar jawapannya. Inilah kali pertama ana mendengar luahan secara terus dari ahli kelab penyokong PAS. Terasa semakin bangga menjadi orang Muslim.


Hakikatnya

Sememangnya medan dakwah kita ini LUAS. Dari dulu lagi sehinggalah sekarang. Ia sentiasa berkembang dan menunggu-nunggu orang mengambilnya. Cumanya, kita sahaja tidak mempedulikannya. Medan ini sudah tersedia lama disekeliling kita, cuma kita membutakan mata dan memandang ia adalah perkara yang remeh. Kita kurang mencuba untuk mengambilnya sebagai ruang & peluang yang baik untuk menyebarkan, menyampaikan dan mengembalikan masyarakat menghayati Islam.


Ruang & peluang dakwah ini sentiasa terbuka untuk sesiapa sahaja yang ingin memenuhinya dan mengisinya. Hanya orang yang fahami dan hayati, erti diri sebagai seorang muslim dan merasakan Islam sebagai Ad-Deen yang meyedari bahwa Dakwah itu adalah satu keperluan.


Dakwah Ini Adalah Satu Keperluan.

Dakwah itu satu kewajipan? Tidak dapat dinafikan bahawa tugasan dakwah itu adalah merupakan kewajipan yang mesti dibawa dan dilaksanakan oleh setiap muslim. Tidak kira dimana sahaja seorang muslim itu berada, tugas & tanggungjawab dakwah ini mesti dilakukannya . Banyak ayat al-quran & hadith yang menyentuh dan bertegas tentang kewajipan dakwah ini. Dakwah bukan hanya setakat kewajipan. Bahkan, dakwah itu adalah SATU KEPERLUAN.


Seluruh umat islam tahu akan kewajipan solat. Mereka tahu kewajipan membayar zakat. Mereka juga tahu kewajipan menutup aurat. Namun masih ramai yang tidak menunaikan solat, membayar zakat & menutup aurat. Kenapa? Ini kerana mereka tidak ataupun kurang memahami persoalan WHY dalam setiap perkara yang mereka lakukan. Mereka tidak tahu apa PERLUnya solat, zakat dan menutup aurat dalam kehidupan mereka.

Begitulah perumpamaan ringkas yang boleh dikaitkan dengan dakwah ini. Dakwah itu WAJIB. Namun berapa ramai yang merasakan bahawa mereka PERLU berdakwah. Apa PERLUnya mereka berdakwah. Fikirkanlah..

0 comments: