KELESUAN KAMPUS

ht_indon.jpg

“Asyik politik sahaja. Ke mana hilangnya Tarbiyah? Demonstrasi bukan main ramai yang turun, solat jemaah di masjid habuk pun tiada!”, rungut seorang perungut di kampus.

“Tak habis-habis dengan isu Tarbiyah diri, syakhsiah dan peribadi. Di mana sensitiviti warga kampus dengan ancaman massa? Nak baiki diri sedangkan keliling penuh kemungkaran? Bagai membela anak di kandang harimau. Silap-silap, kita dan anak dua-dua dibaham sama”, keluh seorang pengeluh di kampus.

Rungutan dan keluhan silih berganti. Dalam rentetan rasa tidak puas hati itu, tercetus pelbagai reaksi warga kampus terhadap dakwah mereka sendiri.

Kerja dakwah di kampus memang mencabar. Tambahan pula cabaran itu berubah dari semasa ke semasa. Kumpulan dakwah yang gagal membaca perubahan lantas gagal mengubah strategi dan pendekatan, akan mengalami kelumpuhan sokongan dan perhatian warga kampus.

Banyak persoalan yang dilontarkan kepada saya. Serba salah mahu menjawabnya, kerana saya takut saya akan cuba memaksa pengalaman silam kepada hari ini yang sudah jauh berbeza berbanding semalam.

Mungkin serba sedikit perkongsian pengalaman sebagai bekas aktivis pelajar.. jika ada kebaikan yang dapat dikongsi bersama, mohon taufik dari Allah agar diperkembangkan ia.

Di dalam mailing list saifulislam @ yahoogroups, saya melepaskan sebahagian maklum balas kepada isu gerak kerja dakwah di kampus (mesej #1928 - #1955) untuk melihat maklum balas umum. Persoalan berkaitan sensitiviti dan kerahsiaan tidaklah begitu signifikan kerana ia adalah ‘rahsia umum’ yang diketahui semua. Kelesuan gerakan pelajar berteraskan Islam melanda hampir kesemua kampus dan kelesuan itu adalah sebahagian daripada kelesuan gerakan Islam itu sendiri, khususnya semenjak tiga atau empat tahun kebelakangan ini.

Namun, tidaklah komen-komen yang diberikan itu mendatangkan apa-apa manfaat, jika ia sekadar luahan rasa tidak puas hati dan mengumumkan kecederaan peribadi kepada ramai.

Keterlibatan seseorang di dalam aktiviti Islam di kampus, mestilah secara PRO AKTIF. Maksud saya, memang tidak dinafikan, keterlibatan kita di dalam aktiviti seperti usrah, seminar, tamrin dan sebagainya adalah ke arah untuk memperbaiki diri, tetapi melibatkan diri dalam dakwah semata-mata untuk MENERIMA, bukanlah ciri seorang mukmin yang cemerlang. Cemerlang is Better than Good or even Better than Best.

Apabila kita menyertai kerja dakwah secara proaktif, maka kita tidak akan menghukum diri dengan masalah. Jika zaman anda adalah zaman gerak kerja dakwah itu cemerlang, maka terlibatlah secara pro aktif dengan menyumbangkan sebanyak mungkin idea dan tenaga untuk meningkatkan kecemerlangan itu.

Namun jangan lupa kepada realiti kehidupan. Kita tidak sentiasa dapat apa yang kita suka, maka belajarlah untuk suka apa yang kita dapat. Jika ditakdirkan Allah, era keterlibatan kita di dalam kerja dakwah itu adalah era masalah, krisis, lesu dan bisu, maka tawarkanlah diri untuk menjadi sebahagian daripada penyelesaian.

Zaman Tarbiyah dan Politik cemerlang, kita dapat peluang untuk belajar cara melaksanakan tugas secara optimum. Zaman Tarbiyah lesu dan Politik bisu, ambillah peluang untuk belajar menyelesaikan masalah. Ia sangat mematangkan kerana realiti di dalam kehidupan pasca campus memang tidak seindah kertas kerja dan seminar.

Jika kita tidak berpuas hati dengan kumpulan yang kita sertai, kumpulan mana yang kita mahu pergi jika kesempurnaan yang dicari? Semua kumpulan yang ada adalah kumpulan manusia. Kalau manusialah nama ahlinya, kelebihan dan kekurangan adalah corak yang mesti wujud. Buat apa mengeluh dan berlari ke kanan, seketika ke kiri pula, kerana melarikan diri dari kekurangan? Tampilkan peranan… berhentilah daripada bersikap reaktif dan melarikan diri dari kekurangan. Jika anda terus berlari mengejar kesempurnaan, anda sebenarnya berlari di dalam satu pusingan yang akan berakhir di titik yang sama.

Kekurangan dan kelemahan bukannya untuk dicela atau dibenci. Ia pelajaran dari Tuhan untuk kamu. Kamu sudah ada kehidupan tahun 2007 yang penuh kesempurnaan. Maka apa salahnya kumpulan dakwah kamu diuji dengan kekurangan? Setelah hidup penuh ganjaran pahala syukur atas kesempurnaan, gunakanlah gelanggang dakwah untuk mengutip pahala sabar dan tekun memperbaiki kelemahan.

Sebab itulah dalam banyak tulisan saya, saya tegaskan, what happened to you is not as important as what happen IN YOU. Bagaimana anda memanfaatkan peluang dan bagaimana anda memanfaatkan masalah? Kedua-duanya adalah ‘musibah’ yang baik, yang Allah kurniakan sebagai guru kehidupan kita.

attaubah51.GIF

Katakanlah (Wahai Muhammad): “Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yYang telah ditetapkan Allah BAGI kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu bertawakal” (At-Taubah : 51)

Semua musibah sama ada berupa kurnia mahu pun bencana, adalah ketentuan Allah UNTUK kita. Bukannya hukuman KE ATAS kita. Namun, sikap kita dalam mendepani cabaran itulah yang menentukannya. Jangan lupa diri terhadap kejayaan dan jangan lemah semangat dengan kegagalan. Sesungguhnya kejayaan itu bukannya destinasi, ia adalah sebuah perjalanan. Maka di sepanjang perjalanan dakwah di kampus, raikanlah segala kemenangan kecil, biar pun ia hanya membetulkan senget tudung seorang gadis yang naif.

Syabas kepada pemimpin pelajar yang gigih memimpin, syabas juga kepada pelajar yang gigih menentang AKU TIDAK PEDULISMA.

Pujuklah dirimu wahai si pengeluh, agar menjadi salah satu antara dua. Sama ada menjadi penyumbang kecemerlangan, atau menjadi penawar diri kepada penyelesaian. Bagi yang berjuang sekadar di pinggiran, mengeluh sepanjang zaman, sesungguhnya Syurga tidak begitu mengalu-alukan penonton yang budiman.

Erti Hidup Pada Memberi… be proactive!

Wassalamualaikum wbt.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com


Mahasiswa Nilam Puri Teraniaya


Saya antara pelajar yang teraniaya dek perlaksanaan dan pengurusan Medsi yang dijalankan untuk sesi ke-2 pada tahun 2008. Saya adalah pelajar dari Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Nilam Puri bagi sesi 2007/2008 yang telah mendapat untuk melanjutkan pengajian di kampus utama Universiti Malaya Kuala Lumpur dalam Program Sarjana Muda Pendidikan Islam.

Pada 19 April 2008 yang lalu, saya bersama sahabat-sahabat saya seramai 104 orang dari APIUM, Nilam Puri telah menduduki ujian di sebuah sekolah menengah di Kota Bharu beserta pelajar-pelajar STPM juga. Selepas hampir sebulan, kami menerima keputusan ujian bertulis tersebut melalui panggilan telefon sahaja. Malahan ada sebahagian daripada kami tiada menerima panggilan apa-apa dan terpaksa menelefon sendiri untuk mengetahui keputusan sama ada lulus atau tidak bagi ujian bertulis tesebut bagi menghadiri temuduga MEDSI. Kami mendapati seramai 48 orang pelajar APIUM, Nilam Puri tidak lulus ujian bertulis MEDSI.

Namun begitu, kami semua tetap menerima surat tawaran daripada kampus utama Universiti Malaya Kuala Lumpur untuk meneruskan pengajian di bawah Program Sarjana Muda Pendidikan Islam. Tetapi, setelah menjalani kuliah dalam progam tersebut selama 3 minggu, kami dimaklumkan seramai 48 orang pelajar yang tidak berjaya menduduki temuduga MEDSI diminta supaya menukar ke program lain iaitu sama ada mengikuti Program Sarjana Muda Usuluddin atau Sarjana Muda Syariah. Hal ini menyebabkan kami ketinggalan dalam banyak subjek kerana sibuk menguruskan masalah pertukaran kos.

Dengan ini timbul pelbagai masalah dan persoalan yang mengelirukan dalam minda kami, Mengapa hal ini perlu berlaku terhadap kami sahaja bagi kampus cawangan Nilam Puri?? Kami berasa dianaktirikan! Sedangkan pelajar-pelajar STPM yang menduduki ujian MEDSI mendapat keputusan yang jelas melalui surat yang menyatakan sama ada mereka lulus ataupun tidak. Tetapi kami sebaliknya.

Hal ini tidak adil bagi kami yang sudah 2 tahun bagi pelajar semenanjung dan 3 tahun bagi pelajar Sabah dan Sarawak yang berada di APIUM Nilam Puri atas tiket pendidikan Islam. lagipun jika benar-benar pihak MEDSI ingin berbuat demikian, kenapa tidak dimaklumkan awal sebelum kami berada di kampus utama???

Dikesempatan ini, saya mewakili sahabat-sahabat yang senasib dengan saya diberikan penjelasan tentang masalah yang berlaku oleh pihak pengurusan MEDSI atau pihak yang berkenaan agar perubahan yang ingin dilakukan adalah perubahan yang terbaik, bukan menyusahkan mana-mana pihak. Oleh hal yang demikian, saya mencadangkan :-

Perlaksanaan MEDSI lebih bersistematik.
Pihak pengurusan APIUM membuka kouta yang lebih luas kepada kami seramai 48 orang sekiranya benar kami tidak diberi peluang untuk meneruskan pengajian di bawah Program Sarjana Muda Pendidikan Islam.

Diharapkan kami diberikan perhatian.

Mahasiswa Teraniaya.

ADIK-ADIK KITA BERZINA

Semalam aku hadir ke Majlis Berbuka Puasa Usrah Kebajikan Profesional (NGO alumni PMIUM). Syukur ku panjatkan pada Ilahi, dapat juga jumpa Cikgu Syahrul. Dapatlah aku membuka hasrat hati untuk bincang sikit tentang pendekatan program WISE (NGO Majlis Dakwah Gamis) ke sekolah menengah.


Dalam masa kira-kira 20 minit sembang-sembang dengan cikgu syahrul, aku tertarik dengan keluhan cikgu tentang situasi budak-budak sekolah menengahnya.. “pelajar sekarang se awal tingkatan 1.., dah pandai berzina..”. keluh Cikgu.

“Haah..! berzina.?” Aku terkejut.

“ya, budak-budak ni pandai, dia orang buat ‘projek’, pukul 7 pagi dah complete. “kata cikgu.

“sebelum cikgu-cikgu datang dia orang buat. “ sambungnya lagi.


“buat dalam sekolah ke cikgu..?” tanyaku.

“tak. Diaorang buat kat sekitar luar sekolah. Maknanya sebelum sampai ke sekolah, dia orang dah buat ‘projek’. “ jawab cikgu.

Aku mengeleng-ngelengkan kepala. Ya Allah.. teruknya adik-adik aku ini. Ahh.. terasa makin beratnya bebanan aku..

Tetapi.. ini bukanlah kes pertama yang aku dengar. Di Terengganu pun ada kes pelajar tingkatan 1 sekolah agama duduk ditepi pantai sampai berpelukan. Bila di tangkap, mereka tanya, “ Ustazah.. salah ke kami berpeluk sahaja..? kami tak berzina pun..”. Ya Allah.. jahilnya mereka ini dalam memahami nilai Islam.


Namun bagi aku,mereka tidak bleh disalahkan 100 %. Mereka kemungkinan betul-betul jahil. Tak mampu menilai antara yang betul dan yang dilarang, lantaran ceteknya pemahaman dan input Islam yang mereka perolehi. So, nak salahkan siapa?


Masih lagi terngiang-ngiang ketika di Nilam Puri, “ cuba kita bayangkan 15 tahun akan datang, bagaimana keadaan masyarakat kita? Siapakah pemimpin pada masa itu? Siapa pendakwah ketika itu? Siapa yang bertanggungjawab pada masyarakat pada masa itu..?”… “semuanya KAMU..! kamu adalah pemimpin ketika itu, kamulah pendakwah ketika itu dan kamulah yang bertanggungjawab pada masyarakat ketika itu..! Adakah kamu nak harapkan orang yang tak punyai pegangan agama memimpin masyarakat? “


"Selamatkan Remaja Kita"


Nukilan : Mohd Yusri Hafiz Yusoff.

CHRIST IN ISLAM?

DEBATE ON TV
At the end of the debate - "Christianity and Islam" - which appeared on
the SABC-TV programme "CROSS QUESTIONS" on Sunday 5th June
19831, the Chairman, Mr Bill Chalmers commented:


"I think it can be said from this discussion that there is, at present,
somewhat more accommodation on the Islamic side for the founder
of Christianity than there is on the Christian side for the founder of
Islam. What the significance of that is, we leave it to you, the viewer,
to determine, but I do think you will agree that it is a good thing that
we are talking together." "BILL" as he is popularly addressed, without any
formalities, on all his programmes, by all his panelists, is extremely
charming and stupendous in his humility. He is a picture of what the Holy
Quran portrays of a good Christian..

Click DownLoad Book

Pengerusi Kelab Penyokong PAS Puchong Memeluk Islam

Berikut adalah tulisan Ketua Penerangan PAS Puchong. Tiada kata-kata selain alhamdulillah, dan syabas serta tahniah kepada Ust Yusof dan sahabat2 yang banyak mendampingi beliau.
SELAMAT DATANG - ARUN SBG SAUDARA BARU......
Salam....... .. Syukur Ke hadrat Allah, pada Selasa jam 11.30 pagi tertulislah sejarah di mana Saudara Arun yang kini namanya Harun Bin Abdullah menerima Islam sebagai agama kepercayaannya. ...


Saya dan Abang Harun Nayan ke Bahagian Saudara Baru JAIS untuk mendaftarkan kemasukan Sdr Arun ke dalam Agama Islam. Selesai sahaja urusan.... terus saya mengajar beliau mengambil wudu' dan membersihkan diri....dan harap beliau akan memulakan kehidupan baru dengan sebagai Muslim yang sejati.


Saya akan mengambil peranan sebagai guru beliau setakat termampu bagi merialisasikan impian beliau untuk menjadi Muslim sebenar dan pendakwah.
Beliau juga akan menyertai PAS dalam masa terdekat tetapi akan kekal sebagai Pengerusi Kelab Penyokong PAS Puchong. Alhamdulillah beliau mempunyai hubungan yang baik dengan ramai pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat. Beliau pernah berceramah sepentas dengan Dr. Hassan Ali, Dr. Hatta Ramly, Dr. Lolo, Dr. Halimah, Dr. Mariah, Haji Anuar Tahir, Cik Aiman Atirah, Ronnie Liu, Nurul Izzah, Dr Xavier dan ramai lagi. 8 Jun ini beliau akan berceramah di Semenyih dengan Tuan Haji Mohd Sabu.


Saya sendiri tidak ada pilihan selain berusaha mengketengahkan beliau dengan kerjasama pimpinan PAS Pusat dan PAS kawasan-kawasan ... agar beliau terus memainkan peranan menjadi juru cakap PAS melalui Kelab Penyokong ini. Hakikatnya beliau bukan sahaja telah berceramah di Puchong... malah telah menjelajah ke banyak tempat termasuk akan berceramah dalam masa terdekat di Kelantan bersama Tuan Guru Dato' NIk Aziz NIk Mat.


Dari pemerhatian saya... bukan sahaja beliau mempunyai keazaman yang kuat untuk menerima perjuangan PAS... tetapi mempunyai cita-cita untuk membantu PAS menyampaikan risalah perjuangan ini di kalangan kaum India. Walaupun pelbagai kesukaran saya dan abang Harun Nayan terpaksa lalui dalam tempoh hampir 100 hari selepas pilihanraya ini untuk memastikan swing 80% kaum India di dalam pilihanraya lalu di DUN Sri Serdang dapat dikekalkan tetapi sesungguhnya dengan kehadiran saudara Harun @ Arun ini... tentu ia akan memberikan banyak kekuatan untuk mengekalkan momentum ini.


Hanya sokongan dari pimpinan PAS Kawasan dan ahli-ahli PAS yang sangat beliau harapkan. Atas dasar itu saya mengharapkan beberapa perancangan beliau akan sentiasa mendapat sokongan dan dokongan semua pihak. Saya sendiri telah memaklumkan tentang struktur Kelab Penyokong ini yang hampir lengkap dan sedia digerakkan dari masa ke semasa.


Melalui Kelab ini juga Sdr Arun@Harun dengan AJK telah menyewa sebuah bangunan di Puchong Intan dan telah menghabiskan RM 10,000 untuk deposit + 5 cek untuk pendahuluan sewa 5 bulan ( sebulan sewa RM1000.00 ). InsyaAllah, Pusat Khidmat DUN Sri Serdang juga akan beroperasi disini sebagai tanda sokongan kepada keikhlasan Sdr Arun@Harun dan rakan-rakan Jawatankuasa Kelab Penyokong PAS Puchong.


Mungkin sebahagian kita memandang remeh usaha ini..... tetapi ini juga adalah satu tanggungjawab dari segi perjuangan dan dakwah yang tidak boleh di pandang ringan oleh kita yang telah ditarbiyyahkan dengan sempuran di dalam sistem tarbiyyah PAS selama ini.
Akhirnya.... saya menyeru semua pihak di dalam PAS agar dapat sama-sama mendoakan agar Sdr Harun @ Arun sentiasa memperolehi kekuatan dan petunjuk dari Allah di dalam meneruskan misi beliau membantu perjuangan PAS ini. Pemergian beliau ke Kelantan pada 23 - 25 hb ini untuk mendapat restu dan doa dari Tuan Guru agar dapat memantapkan lagi keazaman dan semangat juang beliau, InsayAllah.


MOHD YUSOF ABDULLAH