Semalam aku hadir ke Majlis Berbuka Puasa Usrah Kebajikan Profesional (NGO alumni PMIUM). Syukur ku panjatkan pada Ilahi, dapat juga jumpa Cikgu Syahrul. Dapatlah aku membuka hasrat hati untuk bincang sikit tentang pendekatan program WISE (NGO Majlis Dakwah Gamis) ke sekolah menengah.
Dalam masa kira-kira 20 minit sembang-sembang dengan cikgu syahrul, aku tertarik dengan keluhan cikgu tentang situasi budak-budak sekolah menengahnya.. “pelajar sekarang se awal tingkatan 1.., dah pandai berzina..”. keluh Cikgu.
“Haah..! berzina.?” Aku terkejut.
“ya, budak-budak ni pandai, dia orang buat ‘projek’, pukul 7 pagi dah complete. “kata cikgu.
“sebelum cikgu-cikgu datang dia orang buat. “ sambungnya lagi.
“buat dalam sekolah ke cikgu..?” tanyaku.
“tak. Diaorang buat kat sekitar luar sekolah. Maknanya sebelum sampai ke sekolah, dia orang dah buat ‘projek’. “ jawab cikgu.
Aku mengeleng-ngelengkan kepala. Ya Allah.. teruknya adik-adik aku ini. Ahh.. terasa makin beratnya bebanan aku..
Tetapi.. ini bukanlah kes pertama yang aku dengar. Di Terengganu pun ada kes pelajar tingkatan 1 sekolah agama duduk ditepi pantai sampai berpelukan. Bila di tangkap, mereka tanya, “ Ustazah.. salah ke kami berpeluk sahaja..? kami tak berzina pun..”. Ya Allah.. jahilnya mereka ini dalam memahami nilai Islam.
Namun bagi aku,mereka tidak bleh disalahkan 100 %. Mereka kemungkinan betul-betul jahil. Tak mampu menilai antara yang betul dan yang dilarang, lantaran ceteknya pemahaman dan input Islam yang mereka perolehi. So, nak salahkan siapa?
Masih lagi terngiang-ngiang ketika di Nilam Puri, “ cuba kita bayangkan 15 tahun akan datang, bagaimana keadaan masyarakat kita? Siapakah pemimpin pada masa itu? Siapa pendakwah ketika itu? Siapa yang bertanggungjawab pada masyarakat pada masa itu..?”… “semuanya KAMU..! kamu adalah pemimpin ketika itu, kamulah pendakwah ketika itu dan kamulah yang bertanggungjawab pada masyarakat ketika itu..! Adakah kamu nak harapkan orang yang tak punyai pegangan agama memimpin masyarakat? “
"Selamatkan Remaja Kita"
1 comments:
"zaman skg ni biasalah. . . budak2 kecik pun tau . " i2lah ungkapan yg terkeluar dari mulut seorg lelaki berumur 50thn .ketika YNS duk baca paper yg ibnu Yusoff maksudkan tu . pada pandangan YNS , bukan salah budak2 atau ceteknya ilmu mereka . tapi didikan dari org tua dan persekitaran sekeliling .YNS ada seorg kawan yang asalnya sekolah biasa . walaupun dia duk kat kl nie .dia tak terpengaruh .maklumlahlaa org kata d kl nie , byk pengaruh tak sihat. YNS pernah bertanya pd dia.."sekolah biasa jerw..pelajaran agama d sekolah kurang .mcmna bleh tau byk perkara tntg agama ?" dia cuma jawab . Krn didikan agama dan ketegasan dari ayah beliau di rumah kampung halamanya.dari dia kecil smpai besar . Dan YNS ada jgak seorg kawan dari sek agama . tapi..bila dah menetap di luar . dia mudah terpengaruh .byk perubahan yg YNS nampak . YNS pernah bertanya knp jd mcmtu ? . dia menjawab krn ibubapa nya kurang ambil tahu, busy dan dia kata dia xda kawan spt zaman sekolah lagi..apa pendapat ibnu Yusoff ??? adakah krn iman yg rapuh atau berleluasanya media skg .semuanya di hujung jari .tekan button , semua maklumat yg d cari ada .atau krn lekanya insan pada dunia yg fana ni .
Post a Comment