AURAT LELAKI LUAR SOLAT

->

Terdapat 3 situasi :


  1. Situasi pertama : aurat lelaki bersama lelaki

- Antara pusat hingga lutut dengan syarat aman daripada fitnah.

- Sabda baginda bermaksud: “Seorang lelaki dilarang melihat aurat lelaki lain dan juga seorang wanita dilarang melihat aurat seorang wanita lain.”



  1. Situasi kedua : aurat lelaki bersama Mahra

- Antara pusat hingga lutut dengan syarat aman daripada fitnah.

- Sekiranya mereka termasuk dalam golongan orang yang seperti bapa, adik beradik kandung, bapa saudaranya dan lain-lainnya maka aurat yang mesti ditutupi ialah bahagian anggota yang terletak antara pusat dan lututnya.


  1. Situasi ketiga : aurat lelaki bersama wanita ajnabi

- Antara pusat hingga lutut dengan syarat aman daripada fitnah.

- Manakala dalam kitab Hidayah al-Sibyan Fi Ma’rifah al-Islam Wa al-Iman mengatakan auratnya seluruh tubuhnya


- iaitu tidak harus bagi seorang wanita melihat kepada seorang lelaki yang bukan mahramnya sama seperti tidak diharuskan seseorang lelaki itu melihatnya.

- Tetapi jika lelaki itu suaminya, maka tidak timbul masalah aurat di antara keduanya, malah tidak ada apa yang dinamakan aurat di antara mereka.



Firman Allah S.W.T , al-Mukminun: 5 bermaksud:
Dan mereka yang menjaga kehormatannya, kecuali isteri-isteri mereka atau hamba sahaya mereka, maka sesungguhnya mereka tidak tercela.”


[1] ibid

1 comments:

As Salam,

Berkenaan Aurat lelaki luar solat, saya berpendapat adalah baik jika sabda/ hadis nabi dapat dipaparkan dari mana sumbernya dan sanadnya. Tanpanya, ramai orang akan mempertikaikannya.

Islam itu mudah, tetapi kita tak mahu ada segelintir manusia (orang yang memperlekehkan bab aurat ni) yang suka untuk mempermudahkan