Suasana 1
Selepas solat zohor di surau Pak Da, aku duduk di tepi ruang serambi surau sambil-sambil mendengar perbualan beberapa jemaah surau lain berbual. Sudah lama aku tidak mendengar suara mereka. Agak-agaknya sudah 3 bulan, aku tidak pulang ke kampungku.
”kita nok semayang ni kena pilih imam. Buat apa semayang belakang imam hok sokong orang yang nok lawan Islam.”
”kita dok bleh semayang belakang imam UMNO, klau semayang jugak, macam ada najis di kaki imam tu. Semayang mana sah.” bersungguh-sungguh pakcik tu luahkan rasa geramnya.
”dok soh (tak payah) gi lah semayang di masjid nun, imam bapok kepala (orang kuat ) UMNO..!!” tambah lagi seorang pakcik lain, menyokong.
Aku hanya mendengar tanpa sebarang kata.
Seorang pakcik menyentuh soal perkahwinan. ”si pulan tu, Dia Pas, laki (suami)dia UMNO. Dia kena cerai denga laki dia. Mana bleh kahwin dengan orang hok duk sokong pemimpin hok lawan Islam.”
”mana hok duk sokong pemimpin lawan Islam ni, dok jelas aqidoh dia. Bleh jadi kafir.” celah pakcik di depan ku.
Suasana 2
Aku telah diamanahkan untuk memegang bahagian dakwah PMIUM. Kesempatan aku pulang ke Terengganu ni, aku pergi menadah sedikit ilmu di rumah ustaz di kampung Rusila. Ilmu tentang dakwah Islam. Hanya untuk sedikit perkongsian minda untuk memikul amanah yang bakal aku kemudikan. Kami menggunakan sebuah kitab karangan ulama kontemporari, Yusof Al-Qardawi, ”Pengucapan Awam”.
Dalam ulasan tentang buku ini, ustaz banyak mngaitkan dengan perkara yang berlaku di dalam masyarakat melayu Terengganu dulu-dulu dan ada juga zaman akhir-akhir ini. Banyak perkara yang mengejutkan aku..
”dulu, masa ustaz kecik-kecik. Orang PAS tak bleh kahwin dengan orang UMNO. Kalau akad nikah dengan imam UMNO, akad nikah tu tak sah. Jadi, kena akad nikah balik dengan imam PAS baru sah.” jelas ustaz.
”sampai macam tu sekali ker ustaz.” tanya ku.
”Bukan setakat tu saje, dulu kalau hari raya haji, daging korban yang UMNO punya tak bleh makan. Haram. ”
Terkejut aku mendengarnya.
”kalau dapat daging korban daripada UMNO, ayah ustaz buang daging tu. Tak sah sembelihannya.” jelas ustaz lagi.
Ustaz sebut, ”kita ni dulu memahami Islam dengan pemahaman yang cetek, maklumlah orang kampung. Terlalu taksub pada parti, sampai sanggup ketepikan nilai-nilai Islam.”
Suasana 3
PAS pada tahun 1999 telah berjaya menguasai Terengganu dalam pilihanraya umum. Aku cukup gembira, walau pun kurang mengerti erti kemenangan itu. Apabila PAS menang di Terengganu, masjid-masjid daerah / negeri makin ramai jemaahnya. Kalau dulu semasa pemerintahan UMNO hanya tinggal separuh saff saja solat fadhu, kini bertambah 3 hingga 4 saff lagi. Satu perubahan yang menarik.
Namun, apabila PAS kalah dalam pilihanraya 2004, masjid-masjid itu kembali menyusut jemaahnya. Ramai yang telah kembali solat di surau-surau & masjid kampung. Maka masjid-masjid dibawah jabatan agama terengganu ni kembali sunyi. Hanya orang-orang UMNO, yang tua-tua sahaja yang tinggal.
UMNO adalah MADH’U KITA.
Apabila dikenangkan balik apa berlaku, aku rasa cukup sedih. Walaupun suasana-suasana di atas semakin berkurangan, namun ia masih ada lagi hingga kini. Kita selalu mengecilkan skop pemahaman Islam kita, kerana kita tidak mahu meluaskan dan memahami erti menjadi seorang muslim dalam makna yang sebenarnya. Malah, kitalah sendiri yang menyempitkannya.
Oranng UMNO adalah madhu kita. Kita perlu dekati mereka. Kalau tidak kita yang memulakan dulu langkah ini, maka peluang untuk memberikan pemahaman islam yang jelas pada mereka semakin lama, semakin tertutup.
Aku masih teringat kata-kata ustaz, ”dalam dakwah, Yusof al-Qordawi ada menyebut bahawa, orang Yahudi yang berada di negara lain (bukan di palastin) adalah sasaran dakwah kita.” Jika oarang Yahudi pun adalah madhu kita, apatah lagi orang-orang UMNO yang beragama Islam.
Ntah lah macamana lagi nak aku terangkan, korang paham-paham lah sendiri.
1 comments:
xpe. hidup mmg cam roda kan
lgpon, baru2 ni slgor, alhamdulillah, 10 mlm terakhir ramadhan, bertambah2 jemaah. satu fenomena yg kita xdpt masa kerajaan negeri sblm ni
Post a Comment