SISTEM PENDIDIKAN ISLAM NEGARA LEMAH

Terima kasih kepada sahabat nurul dan nemo, saya lihat kamu berdua sangat perihatin dengan kemelut Islam di Malaysia ini.

Orang yahudi dan nasrani pernah mengatakan bahawa, mereka tidak akan memenangi sebarang peperangan jika berhadapan dengan tentera Islam/umat Islam secara kekuatan ketenteraan. Tetapi dengan kekuatan serangan kepada pemikiran, ia akan melalaikan hati, menggoyangkan aqidah, dan merosakkan akhlak umat Islam, terutamanya mereka akan rosakkan muslimat-muslimat Islam.

Rosaknya muslimat Islam, sebagai satu petanda lemahnya kekuatan muslimin. Ini kerana, merekalah yang melahirkan pejuang Islam dan tentera yang taat pada perintah Allah. Namun apabila mereka dirosakkan, tiadalah orang yang mentarbiah generasi Islam akan datang. Dengan cara ini, umat Islam akan lemah dan akan tunduk dengan serangan pemikiran ini.

Samalah dengan keadaan Malaysia sekarang ini,terbukti secara jelas umat Islam di Malaysia telah ramai yang kecundang dan tak kurang juga yang hilang identiti Islam. Islam hanya pada nama, tidak pada amalannya.

Yahudi pernah berkata, "kami telah merancang 10 perancangan untuk hancurkan umat Islam. Yang akan melaksanakan perancangan ini bukanlah di antara kami, tetapi umat Islam sendiri yang akan melaksanakannya."

Maksudnya di sini, umat Islam sendiri yang akan membawa ideologi perancangan Yahudi dan mendokong perancangan tersebut serta di aplikasikan atau diserapkan di dalam dunia Islam, khususnya di Malaysia. Kita dapat lihat bahawa semua ini telah menjadi realiti di Malaysia.

Sistem pendidikan negara kita telah diresapi oleh ideologi ini tanpa disedari umum. Ketika saya sekolah rendah dahulu, Pendidikan Islam hanyalah berkisar tentang perkara-perkara cabang dalam Islam. Tentang Akidah Islamiyyah hanyalah diajar di dalam PAFA semasa darjah 5 dan 6. Murid-murid hanya menghafalnya tentang Iman, Islam dan lain-lain supaya lulus dalam PAFA. Tetapi kurang ada ustaz ataupun ustazah, yang memberi penerangan dengan jelas tentang bab ini. Mereka ajar untuk penuhi silibus tetapi jarang mengajar untuk mendidik anak didik meraka agar faham dan dapat amalkan apa yang diajar.

Begitu juga perkara yang menyentuh tentang fardhu ain, hanyalah di ajar di kelas Fardhu Ain pada waktu petang.. Namun bukan semua yang mengikuti kelas ini. Maka ramailah murid yang ketinggalan atau jahil tentang fardhu ain. Saya masih teringat ketika di tahun Enam di Sekolah Kebangsaan Marang, ada seorang pelajar perempuan menangis kerana tidak tahu untuk mandi wajib, padahal telah ada diterangkan di dalam PAFA.

Sahabat-sanabat pembaca sekalian, ramainya pelajar sekarang ini yang tidak tahu bacaan-bacaan dalam solat, bahkan ada yang tidak melakukan solat kerana tidak tahu untuk menunaikannya. Ketika saya di tingkatan 5 di dalam satu program motivasi kecemerlangan pelajar di peringkat daerah Marang, , saya terkejut kerana ramai di kalangan sahabat saya yang tidak tahu untuk membaca doa qunut. Biar betul diaorang, samapai doa qunut pun tak tahu.

Saya berpandangan, kerosakan akhlak remaja kita kini berpunca daripada sistem pendidikan Islam pada akar umbi yang lemah, yang tidak boleh memberi penyelesaian kepada permasalahan dalam masyarakat. Saya kira, slilibus sistem pendidikan Islam Negara samaada di peringkat rendah dan menengah perlu dinilai semula. Amat disarankan agar silibus tersebut adalah realistik dengan keadaan semasa dan meningkatkan lagi pemahaman pelajar terhadap Islam . bukan setakat fahami, malah memgamalkannya di dalam hidup seharian. Adalah lebih indah jika sistem pendidikan Islam iini pemangkin kepada penyelesaian gejala kerosakan remaja pada zaman ini dan yang kan datang.

Wassalam.

JOM BERDAKWAH.

4 comments:

saya amat bersetuju dengan cadangan supaya sistem silibus pendidikan islam di sekolah dinilai semula. cuba kita renung kembali cara "penyampaian islam" yang telah dizahirkan oleh Rasulullah. "kenal" kepada agama itu, bermula dengan "kenal" Allah.itu perkara paling asas.mahu tidak mahu, kita mesti bermula dengan AKIDAH. rasionalnya, bila tahu sebab mengapa kita buat perlu buat ini dan itu, barulah segala syariat amalan itu dapat dipelajari dan dituruti dengan mudah.Faith is not blind, but obedient is blind!
pendidikan itu, harus bermula dari bawah.melentur buluh, biarlah dari rebungnya..
"generasi hari ini adalah pemimpin masa depan" semua pasti bersetuju dengan pernyataan itu.tapi, berapa ramai diantara kita yang benar2 "melihat" ia sebagai sesuatu yang amat penting untuk dijaga memastikan SURVIVAL UMMAT INI pada masa akan datang

 

setuju sgt dgn saudari nemo =).

erm..mcmn nak buat cdgn dan pndgn golongan muda seprti kita benar2 dicakne oleh pihak2 yang berkenaan agar idea dan saranan ini tidak mati di sin sahaja?,,,erm...

bagaimana perasaan turun takhta??

 

hmm..harapan saya sangat tinggi supaya "diPULANGKAN AMANAH KEPADA AHLINYA" http://saifulislam.com/?p=1447

dan saya sangat pasti "kita semua"
juga mahukan suasana yang begitu..
cambahan idea akan berlaku dengan lebih rancak dan dinamik jika segalanya diserahkan kembali kepada "yang pakar"

 

Untuk mengubah / mengutarakan sesuatu pandangan, ia perlu kepada perancangan yg strategik. Tidak boleh terburu-buru dan mesti sabar dalam kita membuat aturan. Pada pandangan anan, kita perlu membuat'long-term planning'.

kita bleh 'set up' sahabat2 kita untuk berada di dalam badan2 penting yang berkaitan dengan silibus pendidikan islam di sekolah. contohnya, di Jakim dan kementrian pelajaran malaysia.

perasaan turun takhta? hmm.. biasa je, cuma mungkin rasa tak sedap hati sbb byk perkara belum dilakukan. adakah amanah yang diberi dilakukan dengan baik atau hanya menimbulkan fitnah pada Islam.