BUDAYA TUDUNG JARANG DI AKADEMI PENGAJIAN ISLAM

Sakit hati rasanya tetapi sakit lagi mata memandang. Ramai siswi di Akademi Pengajian Islam (API) sekarang ini mula mengambil remeh soal menutup aurat. Senario yang berlaku secara jelas di kalangan siswi API adalah pemakaian tudung yang dilihat semakin longgar cara pemakaiannnya.

Aduhai siswi-siswiku sekalian, tahukah kamu? Sedarkah kamu? Kamu memakai tudung yang jarang dan nipis itu telah melanggar syarat menutup aurat yang sempurna? Banyak hadith yang menceritakan larangan dan balasan akibat memakai pakaian dan tudung yang jarang dan nipis. Ada yang memakai tudung labuh pun, tetapi masih lagi nipis dan jarang sehingga menampakkan leher.

Bukan marah ingin kuluahkan tetapi nasihat sebagai peringatan buat siswi-siswi ku sekalian. Ingat kamulah pewaris sri kandi Islam. Kamulah contoh teladan masyarakat. Kerana kamu npelajari Islam dengan lebih dekat. Pakailah pakaian kerana sebagai satu ibadat, bukan memakai pakaian sebagai untuk menonjolkan kecantikan semata dan ingin dipuji.

Peringatan buat diri yang lupa.

1 comments:

emm.. sy dulu ex-apium gak.. dah grad 2004.. mungkin budaya skrg ni dah pelbagai agaknya.. bukan setakat siswi malah siswanya pun juga.. so sesama lah memantapkan ilmu, iman dan amal..