BUKAN URAT, TAPI AURAT

Salam perkongsian buat semua sahabat pembaca. Selalunya menjadi kekeliruan di kalangan masyarakat kita yang ingin meniti suruhan Islam antara istilah Urat dan Aurat. Akibat kekeliruan ini, lahirlah orang yang memakai tudung berbaju ketat, seluar ketat dan sebagainya. Aurat itu bermaksud jijik, hodoh dan sesuatu yang aib apabila didedahkannya. Menjadi suatu keaiban bagi seseorang muslim apabila mendedahkan kepada khalayak umum dan mendapat kemurkaan Allah.


Allah menyuruh kita semua menjaga dan menutupnya kerana ada hikmahnya. Tiada sesuatu perkara yang Allah perintahkan kepada hambaNya adalah merupakan perkara yang sia-sia. Semua ada sebab dan hikmahnya untuk menjaga martabat manusia yang dikurniakan akal serta sebaik-baik kejadian.

Kita tidak menafikan ada dikalangan masyarakat kita sebenarnya ingin memenuhi cara hidup mengikut apa yang Allah pinta. Ada yang memakai baju kurung bertudung nipis sampai menampakkan telinga, leher dan sebagainya. Ada yang bertudung elok berbaju ketat. Ada yang memakai baju lengan pendek bersarung lengan sampai ke siku. Ada yang memakai baju labih berseluar ketat.

Semuanya kita lihat masing-masing ada inisiatif untuk memenuhi tuntutan Islam, Ini merupakan suatu perkembangan positif. Cuma mereka melakukannya mengikut tafsiran sendiri. Ada yang buat ikut-ikut sahaja. Kalau Pakai labuh-labuh, nanti orang kata alim sangat. Ada yang dengar sekali sahaja ceramah terus amal dan ubah atas dasar kesedaran. Sebenarnya tidak memahami sepenuhnya dan tidak merujuk balik ustaz-ustaz lain.

Pelbagai ragam masyarakat kita untuk mendekati Islam. Ramai yang jahil ilmu. Beramal tanpa memahaminya. Tak salah cuma perlu diperbetulkan. Dah eloklah ingin berubah, cuma perlu banyak bertanya pada yang arif. Kita puji kesungguhan masyarakat kita. Di kesempatan ini, saya sertakan pandangan Yusuf al-Qardawi tentang pemakaian dalam Islam.

Yusuf al-Qardawi (Fatawa Mu’asirah, 1:436 - 437) mengariskan 4 syarat menutup aurat yang wajib dipatuhi sama ada kaum lelaki atau wanita iaitu;

  1. Menutup seluruh tubuhnya kecuali bahagian badan / anggota yang dikecualikan syarak.

Umpamanya bagi kaum wanita iaitu had muka dan kedua tangan hingga pergelangannya sahaja diharuskan untuk didedahkan. Manakala aurat lelaki secara umumnya antara pusat dan lutut.

  1. Pakaian itu menutup warna kulit dan sifat anggota yang ditutupnya.

Pakaian tidak terlalu nipis sehingga menampakkan tubuh badan di sebaliknya. Nabi telah memberitahu bahawa antara ahli neraka itu ialah wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, lenggang- lenggok, mereka ini tidak masuk syurga, dan tidak dapat menghidu bau syurga.

Maksud berpakaian tetapi telanjang ialah pakaian yang tidak boleh dikatakan menutup badan kerana terlalu nipis dan menampakkan tubuh badan.

Sekumpulan wanita dari bani Tamim telah datang berjumpa Siti Aisyah dan mereka berpakaian terlalu nipis. Siti Aisyah pun berkata : "Jika kamu wanita yang beriman, ini bukanlah pakaian wanita beriman”.
Pengantin perempuan telah masuk berjumpa Aisyah dan di atas kepalanya tudung yang nipis, Aisyah berkata: "Tidak beriman dengan surah An-Nur wanita yang berpakaian seperti ini."
  1. Pakaian itu tidak ketat dan sendat sehingga memperlihatkan bentuk anggota atau badan aurat yang ditutup.
Pakaian yang tidak ketat dari menimbulkan fitnah. Walaupun ia tidak nipis. Pakaian sekarang ini adalah merupakan ketamadunan Arab iaitu tidak nipis tetapi ketat hingga menampakkan batang tubuh pemakainya. la menimbulkan fitnah dan mengiurkan sesiapa yang melihatnya.

Pakaian jenis ini juga adalah ditegah dan haram. laitu sebagaimana yang katakan dibuat dalam keadaan bersumbat, pakaian Yahudi sedunia yang menggerakkan manusia seperti darah di sebalik perkara-perkara di atas.

  1. Berpakaian sesuai dengan jantina masing-masing dengan maksud diharamkan wanita menyerupai lelaki dan lelaki menyerupai wanita.
Pakaian yang tidak menyerupai lelaki. Sudah diketahui urnum pakaian lelaki dan pakaian wanita. Apabila sesuatu pakaian itu sudah menjadi adat pakaian tertentu hanya untuk lelaki, wanita tidak boleh memakainya kerana haram hukumnya, di marta Allah telah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.
Kerana semua ini berlawanan dengan fitrah Allah menjadikan lelaki dan wanita dan membezakan mereka dengan anggota yang berlainan serta tugas yang berlainan di dalam kehidupan. Perbezaan ini bukanlah sia-sia, ia ada hikmah di sebaliknya.


Hadis riwayat Aishah r.a bahawa Asma’ Abu Bakar telah masuk menemui Rasulullah s.a.w dengan memakai pakaian yang nipis, lalu Rasulullah s.a.w menegurnya, baginda bersabda:
“Ya Asma’, seseorang wanita apabila meningkat ke umur haid tidak layak dilihat daripadanya kecuali ini.”Lantas diisyaratkan kepada muka dan dua tapak tangannya.

1 comments:

alhamdulillah..info yang bagus untuk para muslimat mengenai tatacara pemakaian yang dianjurkan oleh islam..Insyaallah sampaikanlah kepada sahabat2 kita yang lain..