Oleh : Ir Dr Muhamad Faud Yeoh BSc(Hons), BA Syariah, MPhil, PhD.
1.0 Pengenalan
Dakwah Islamiah kepada masyarakat bukan Islam di Malaysia adalah suatu amal yang penting untuk dilaksanakan oleh pendakwah. Menyampaikan risalah Islam kepada manusia sejagat merupakan tanggungjawab setiap Muslim baik saudara baru mahupun di sebaliknya seperti yang ditunjukkan oleh sunnah baginda Rasulullah s.a.w. Baginda diutuskan untuk alam sejagat sebagai suatu rahmat dan menyampaikan mesej Islam kepada masyarakat bukan Islam adalah bertepatan dengan tuntutun menyebarkan rahmat Allah itu. Ia juga berperanan menyumbang kepada keharmonian negara dalam jangka panjang di samping mewujudkan masyarakat bersatupadu yang mampu mempertahankan negara kita.
2.0 Masalah Dakwah Non-Muslim
Peristiwa pengislaman bangsa Monggol yang pernah menakluki empayar Islam dalam tahun-tahun 600H boleh dijadikan renungan bagi semua yang berminat dalam dakwah kepada non-Muslim. Bangsa Monggol yang bengis dan kejam telah memusnahkan sebahagian besar tamaddun Islam serta membunuh beratus ribu orang Islam telah berjaya diIslamkan oleh pendakwah Islam. Dakwah kepada non-Muslim tidak pernah menghadapi cabaran yang begitu besar selepas zaman Rasulullah s.a.w. seperti yang dihadapi semasa penaklukan Monggol itu.
Abul Hasan Ali Nadwi dalam bukunya "Islam and the World" (ms102) telah mencatatkan peristiwa ini dengan katanya mengenai kedudukan orang Islam ketika itu: "They were powerless. Now, when all seemed lost, the spiritual power of Islam brought itself to the fore to accomplish a wonderful miracle of conquest. A few unknown and sincere uslim preachers and courtiers commenced the workd of the propagation of Islam among the ruling circles of the Tartars and its magic did the rest. The conquerors of the Muslims became the captives of Islam."
Tanggungjawab dan tugas dakwah kepada Non-Muslim bukanlah suatu usaha yang baru tetapi iainya mempunyai sejarah yang lama. Masalahyang dihadapi dalam usaha ini boleh dilihat dari segi makro dan dari segi mikronya.
2.1 Masalah Makro
Masalah makro adalah masalah yang disebabkan oleh kedudukan umat secara umum yang menjadi penghalang dan penyebab negatif dalam dakwah kepada non-Muslim.
2.1.1. Prejudis
Islam sebaga satu cara hidup yang mempunyai nilai=nilai yang tinggi tidak begitu difahami dan kurang dapat disaksikan oleh masyarakat bukan Islam amnya baik diMalaysia mahupun di Barat. Media umumnya dan media Barat khususnya amat prejudis dan sering memberikan gambaran buruk dan negatif terhadap dikaitkan secara sedar atau tidak dengan Islam. Ungkapan 'fundamentalist,' extremist', 'terrorist,' dan 'conservative' atau kolot sering dikaitkan dengan Islam. Umat Islam digambarkan sebagai mundur dan jahil dan Islam dipamerkan sebagai ketinggalan zaman dan tidak relevan.
Gambaran negatif oleh media Barat begini merupakan penerusan dari semangat peperang salib dan juga usaha pergerakan zionis yang terus memerangi Islam dan umat Islam. Dakwah kepada non-Muslim menerima padah dari angkara media yang tidak saksama ini.
2.1.2. Keadaan Ummah
Umat Islam umumnya pada hari ini berada dalam keadaan yang mundur dan lemah dalam pandangan mata dunia. Kebanyakan negara Islam digolongkan dalam "dunia ketiga" yang merupakan gelaran bagi negara yang mundur. Negara Islam amat bergantung kepada negara Barat dalam banyak perkara seperti kemajuan sains dan teknologi, kekuatan ketenteraan, dan sebagainya. Masyarakat non-Muslim tidak dapat melihat keagongan dan kebaikan Islam sebagai suatu cara hidup. Hakikat "khaira ummah" seperti yang dijanjikan oleh al-Quran tidak dapat dizahirkan. Dakwah Islamiah tidak mendapat galakan dari keadaan umat Islam hari ini.
2.1.3. Masyarakat dan Negara Islam
Contoh suatu masyarakat dan negara yang menjalankan Islam sebagai satu cara hidup tidak dilihat oleh non-Muslim pada hari ini. Apa yang diutarakan oleh Islam dalam pelaksanaan sistem politik, ekonomi, sosial dan kekeluargaan tinggal konsep sahaja kepada mereka. Penyelesaian yang dijanjikan oleh Islam belum dilihat dan masih teori yang belum diuji. Persoalan begini malah membingungkan setengah orang Islam sendiri, apatah lagi non-Muslim umumnya.
2.2 Masalah Mikro
Masalah mikro pula adalah masalah yang disebabkan oleh kedudukan atau waqi' individu Muslim yang menjadi penghalang dan penyebab negatif dalam dakwah kepada non-Muslim.
2.2.1 Kejahilan
Kejahilan dalam umat yang wujud dalam individu Muslim serta berbagai permasalahan yang disebabkan oleh kejahilan itu merupakan penghalang utama dalam dakwah kepada non-Muslim. Kejahilan berlaku dalam kehidupan seharian seorang Muslim kerana tidak mempunyai ilmu dan kefahaman Islam ayng basic. Seseorang yang menunaikan haji umpamanya akan melihat penzahiran kejahilan yang amatmalang ini. Kita boleh mengambil iktibar dari keadaan umat Islam di beberapa tempat seperti di Kosova , Albania , Rusia mahupun Kemboja dan seumpamanya di mana umat Islam hanya tinggal nama dan jahil dalam amalan Islam. Individu muslim yang tidak beramal dengan Islam dari segi ibadat dam muamalatnya, dari segi aqidah dan akhlaqnya akan menjadi penghalang kepada dakwah umumnya dan dakwah kepada non-Muslim khususnya.
2.2.2. Kesedaran Dakwah
Individu Muslim yang tidak memainkan peranan dakwah tidak dapat membantu usaha dakwah kepada non-muslim. Ramai Muslim tidak menyedari bahawa tanggungjawab menyampaikan Islam walaupun sepotong ayat adalah tanggungjawab setiap individu Muslim. Ianya merupakan tugas utama para Rasul dan gelaran 'rasul' atau 'messenger' itu memberikan gambaran jelas terhadap peranan utama utusan Allah dari Adam as sehingga muhammad saw. Mengikut contoh baginda Rasulullah saw dengan sebaiknya adalah contoh baginda saw sebagai saw sebagai penyampai risalah ilahi yang merupakan penyampaian rahmat ke seluruh alam - rahmatan lil-alamin.
2.2.3 Penyelarasan dan Kerjasama
Usaha dakwah yang serous perlukan penyelarasan dan kerjasama dari pihak yang berkuasa. Sokongan moral dan material merupakan penggalak kepada usaha dakwah seperti yang telah sekian lama dilaksanakan oleh diayah Nasrani di seluruh dunia sejak zaman penjajahan lagi.
Penyelarasan boleh mengurangkan pertindihan kerja dan memastikan kesamaan dalam menangani isu-isu yang berkaitan. Keutamaan atau aulawiyah dalam menjalankan usaha dakah kepada non-Muslim boleh ditentukan dan disepakati dan perselisihan terutamanya dalam perkara-perkara furu' yang berkaitan dengan fiqah boleh dihindarkan.
Baca lagi, sila KLIK DI SINI
1.0 Pengenalan
Dakwah Islamiah kepada masyarakat bukan Islam di Malaysia adalah suatu amal yang penting untuk dilaksanakan oleh pendakwah. Menyampaikan risalah Islam kepada manusia sejagat merupakan tanggungjawab setiap Muslim baik saudara baru mahupun di sebaliknya seperti yang ditunjukkan oleh sunnah baginda Rasulullah s.a.w. Baginda diutuskan untuk alam sejagat sebagai suatu rahmat dan menyampaikan mesej Islam kepada masyarakat bukan Islam adalah bertepatan dengan tuntutun menyebarkan rahmat Allah itu. Ia juga berperanan menyumbang kepada keharmonian negara dalam jangka panjang di samping mewujudkan masyarakat bersatupadu yang mampu mempertahankan negara kita.
2.0 Masalah Dakwah Non-Muslim
Peristiwa pengislaman bangsa Monggol yang pernah menakluki empayar Islam dalam tahun-tahun 600H boleh dijadikan renungan bagi semua yang berminat dalam dakwah kepada non-Muslim. Bangsa Monggol yang bengis dan kejam telah memusnahkan sebahagian besar tamaddun Islam serta membunuh beratus ribu orang Islam telah berjaya diIslamkan oleh pendakwah Islam. Dakwah kepada non-Muslim tidak pernah menghadapi cabaran yang begitu besar selepas zaman Rasulullah s.a.w. seperti yang dihadapi semasa penaklukan Monggol itu.
Abul Hasan Ali Nadwi dalam bukunya "Islam and the World" (ms102) telah mencatatkan peristiwa ini dengan katanya mengenai kedudukan orang Islam ketika itu: "They were powerless. Now, when all seemed lost, the spiritual power of Islam brought itself to the fore to accomplish a wonderful miracle of conquest. A few unknown and sincere uslim preachers and courtiers commenced the workd of the propagation of Islam among the ruling circles of the Tartars and its magic did the rest. The conquerors of the Muslims became the captives of Islam."
Tanggungjawab dan tugas dakwah kepada Non-Muslim bukanlah suatu usaha yang baru tetapi iainya mempunyai sejarah yang lama. Masalahyang dihadapi dalam usaha ini boleh dilihat dari segi makro dan dari segi mikronya.
2.1 Masalah Makro
Masalah makro adalah masalah yang disebabkan oleh kedudukan umat secara umum yang menjadi penghalang dan penyebab negatif dalam dakwah kepada non-Muslim.
2.1.1. Prejudis
Islam sebaga satu cara hidup yang mempunyai nilai=nilai yang tinggi tidak begitu difahami dan kurang dapat disaksikan oleh masyarakat bukan Islam amnya baik di
Gambaran negatif oleh media Barat begini merupakan penerusan dari semangat peperang salib dan juga usaha pergerakan zionis yang terus memerangi Islam dan umat Islam. Dakwah kepada non-Muslim menerima padah dari angkara media yang tidak saksama ini.
2.1.2. Keadaan Ummah
Umat Islam umumnya pada hari ini berada dalam keadaan yang mundur dan lemah dalam pandangan mata dunia. Kebanyakan negara Islam digolongkan dalam "dunia ketiga" yang merupakan gelaran bagi negara yang mundur. Negara Islam amat bergantung kepada negara Barat dalam banyak perkara seperti kemajuan sains dan teknologi, kekuatan ketenteraan, dan sebagainya. Masyarakat non-Muslim tidak dapat melihat keagongan dan kebaikan Islam sebagai suatu cara hidup. Hakikat "khaira ummah" seperti yang dijanjikan oleh al-Quran tidak dapat dizahirkan. Dakwah Islamiah tidak mendapat galakan dari keadaan umat Islam hari ini.
2.1.3. Masyarakat dan Negara Islam
Contoh suatu masyarakat dan negara yang menjalankan Islam sebagai satu cara hidup tidak dilihat oleh non-Muslim pada hari ini. Apa yang diutarakan oleh Islam dalam pelaksanaan sistem politik, ekonomi, sosial dan kekeluargaan tinggal konsep sahaja kepada mereka. Penyelesaian yang dijanjikan oleh Islam belum dilihat dan masih teori yang belum diuji. Persoalan begini malah membingungkan setengah orang Islam sendiri, apatah lagi non-Muslim umumnya.
2.2 Masalah Mikro
Masalah mikro pula adalah masalah yang disebabkan oleh kedudukan atau waqi' individu Muslim yang menjadi penghalang dan penyebab negatif dalam dakwah kepada non-Muslim.
2.2.1 Kejahilan
Kejahilan dalam umat yang wujud dalam individu Muslim serta berbagai permasalahan yang disebabkan oleh kejahilan itu merupakan penghalang utama dalam dakwah kepada non-Muslim. Kejahilan berlaku dalam kehidupan seharian seorang Muslim kerana tidak mempunyai ilmu dan kefahaman Islam ayng basic. Seseorang yang menunaikan haji umpamanya akan melihat penzahiran kejahilan yang amat
2.2.2. Kesedaran Dakwah
Individu Muslim yang tidak memainkan peranan dakwah tidak dapat membantu usaha dakwah kepada non-muslim. Ramai Muslim tidak menyedari bahawa tanggungjawab menyampaikan Islam walaupun sepotong ayat adalah tanggungjawab setiap individu Muslim. Ianya merupakan tugas utama para Rasul dan gelaran 'rasul' atau 'messenger' itu memberikan gambaran jelas terhadap peranan utama utusan Allah dari Adam as sehingga muhammad saw. Mengikut contoh baginda Rasulullah saw dengan sebaiknya adalah contoh baginda saw sebagai saw sebagai penyampai risalah ilahi yang merupakan penyampaian rahmat ke seluruh alam - rahmatan lil-alamin.
2.2.3 Penyelarasan dan Kerjasama
Usaha dakwah yang serous perlukan penyelarasan dan kerjasama dari pihak yang berkuasa. Sokongan moral dan material merupakan penggalak kepada usaha dakwah seperti yang telah sekian lama dilaksanakan oleh diayah Nasrani di seluruh dunia sejak zaman penjajahan lagi.
Penyelarasan boleh mengurangkan pertindihan kerja dan memastikan kesamaan dalam menangani isu-isu yang berkaitan. Keutamaan atau aulawiyah dalam menjalankan usaha dakah kepada non-Muslim boleh ditentukan dan disepakati dan perselisihan terutamanya dalam perkara-perkara furu' yang berkaitan dengan fiqah boleh dihindarkan.
Baca lagi, sila KLIK DI SINI
0 comments:
Post a Comment