Sering ada orang yang mempersoalkan tentang keberkesanan dakwah. Tak kurang juga yang mempersoalkan persatuan-persatuan Islam di dalam kampus @ luar kampus tentang apa aktiviti yang dibuat untuk menggerakkan dan merancakkan lagi gerakan serta agenda dakwah. Ada juga yang mengatakan bahawa persatuan Islam di kampus hanyalah persatuan politik, yang hanya muncul menjadi juara ketika di dalam pilihanraya kampus. Ada sahaja suara-suara sinis menuduh persatuan Islam hanya beretorik semata-mata, cakap bergunung-gunug, kerja satu pun tak buat. Adakalanya betul dan adakalanya pun sangat tepat apa yang diperkatakan. What ever laa..
Persoalan, tuduhan, tomahan dan sindirin sebeginilah yang menimbulkan pelbagai reaksi, ada yang melenting, ada yang geram, terhantuk lalu terbangun, ada yang hanya senyum sahaja dan macam-macam lagi perangai. Kalau yang melenting, dia akan cuba sedaya upaya menafikannya. Kalau yang geram, terus sahaja mencari siapa yang berkata lalu disoalnya macam-macam. Kalau terhantuk lalu terbangun, dia akan tersedar daripada lamunan perancangannya, lalu cuba memperbaikinya lagi. Kalau yang hanya tersenyum, dia akan kelihatan tenang dan menerima semuanya dengan hati yang redho. Dia faham, semua itu adalah satu muhasabah bagi meningkatkan lagi kualiti.
Ingat sahabat pembaca sekalian, dakwah ini adalah pusaka Rasullullah s.a.w yang mesti kita teruskan. Jangan berputus asa memperbaiki diri. Dengar dan terimalah kritikan, kadang-kadang semua itu adalah guideline kita dalam penerusan perjuangan Islam.

4 comments:
artikel ni, benar2 buat ana tersedak dan insafi diri sendiri.kadang2 wujud juga rasa putus asa bila diuji..tapi bila direnungi malu pula. mahu bergelar pejuang tapi hati mudah patah dan melenting.mudah2an, sama kita semua bangkit dari kesilapan dan kealpaan demi Islam..
kadang2 teguran dari sahabat kita yang memahami Islam pun, adalah hikmah buat kita..
hmmm...kalu dak dibandingkan apa yang dialami oleh Rasul kita jauh lebih hebat tentangannya dari kita...kerana "panji akidah", dakwah tetap dilaksanakan..semoga apa yang kita buat harini setidak-tidaknya senilai dengan mahar untuk menebusi syurga Allah nanti...amin
salam... dakwah perlu dijadikan kerja setiap orang Islam. Dakwah bukannya kerja orang2 yang kerjanya berkaitan dengan bidang agama sahaja. Kita kena sentiasa luangkan masa, istiqamah, hari-hari dakwahkan kebesaran Allah, semoga kita yang bercakap ni yg pertama sekali memperoleh manfaatnya. Hidayah utk org lain, tu kerja Allah. Doakan mereka yg jauh dari amal agama, agar Allah beri hidayat untuk amal agama.
Masalahnya, umat Islam banyak membuang masa dgn menyalahkan antara satu sama lain. Terlalu cepat menghukum, dan meletakkan halqah mereka saja yang benar dan menafikan usaha halqah lain.
Hebatnya Islam, takkan mampu disempurnakan oleh segolongan anggota jemaah sahaja. Sebaliknya ia memerlukan semua pihak meletakkan dakwah Il-lallah sebagai kerja dan matlamat hidup.
Jazakallah.....
saya ni seorg non-muslim yg cuba menulis pendapat saya terhdp Islam agar umat islam dpt membetulkan apa yg salah dalam diri saya. tidak juga lupa saya juga sering menegur perbuatan umat islam yg bercanggah dgn al-Quran.
tp malangnya, segelintir daripada mereka tidak menegur tp hanya reti mencemuh saya. malah ada sekali, seorg 'ustazah' delete komen saya utk memberhentikan saya dari menyumbangkan pendapat.
saya mmg berminat utk mempelajari Islam, tetapi nafsu amarah yg dicetuskan oleh segelintir perangai umat islam semmgnya menjijikkan saya.
liveuptilldeath.blogspot.com
Post a Comment