I LOVE MY FAMILY

Allah berpesan :

Wahai orang-orang beriman, jagalah dirimu dan ahli keluarga kamu dari api neraka

Kuliah Jumaat pagi itu bersama Tok Guru menyentuh tentang tafsir ayat ini. Satu kupasan yang baik, yang sungguh menyentuh hati & memikat aku untuk terus mendengarnya. Allah mnyebut di dalam Al-Quran, bahawa kita orang yang beriman supaya menjaga diri kita dan kerluarga kita dari api neraka yang menyala. Maksud atau tafsir kepada “ahli keluarga kamu” bukan setakat ahli keluarga kita sahaja, tetapi mempunyai pengertian yang luas yang bermaksud sesiapa sahaja yang berada di sekeliling kita, kita wajib menjaga mereka dari apai neraka.

Jika berada di kampus, maka kita mesti menjaga warga kampus dari api neraka. Jika kita berada di kolej kediaman atau rumah sewa, maka kita mesti menolong atau membimbing sahabat-sahabat kita dari api neraka. Jika berada di rumah, maka kita wajib memberitahu, memberi nasihat, menunjukkan jalan, dan membimbing ayah, ibu, kakak, abang, adik-adik, sepupu dan seluruh keluarga kita dari bahang panas api neraka.


Sayang KELUARGA kerana Allah

Aku sayangkan keluargaku. Apabila mendengar tentang ayat ini, ku rasakan seolah-olah bahuku memikul bergunung-gunung bebanan tanggungjawab yang mesti aku laksanakan. Seolah-olah ayat itu berkata kepada ku, “Yusri, kamu jagalah dirimu dan keluargamu.. Bimbinglah ayah , ibu, kakak dan adik-adik perempuanmu untuk mereka merasai kemanisan cahaya Islam.. Janganlah kamu abaikan mereka, kerana ini adalah amanahmu. Mereka perlukan kamu. Kamu adalah harapan keluarga. Kerna kamu telah ditarbiah, kerana kamu fahami tuntutan Islam dan kerana kamu adalah pendakwah. “

Di nilam puri, aku pernah bertanya, “ Ustaz, macam mana nak didik keluarga saya.. ?”.

“Yusri, dalam nak didik keluarga ni, bukanlah suatu perkara yang mudah. Nta kena banyak bersabar. Janganlah mengharapkan perubahan dalam keluarga berlaku dalam sekelip mata sahaja. Ia mungkin memakan masa berminggu2, kadang2 berbulan2 bahkan mungkin juga bertahun-tahun. Jangan mengharapkan hari ini kita memberi nasihat, esok terus berubah. Kita ini hanya memberi nasihat dan membimbing. Yang Maha Menguasai hati manusia adalah Allah. Walau berlaku perubahan hanya 1% sahaja dalam keluarga nta, itu sudah menjadi satu kejayaan bagi nta. Ingat, kita hanya berusaha dan Allah tengok pada usaha kita, bukan pada hasilnya.”


Aku selalu berfikir, kalau aku mati, sapa yang nak didik ayah, ibu, khususnya kakakku dan adik-adik perempuan ku tu? Aaah macam mana nak buat ni.?

Aku pun tanya lagi pada ustaz. “ Yusri, kalau nta bersungguh-sungguh didik keluarga nta, nta jangan bimbang. Allah ni Maha Memahami. Yakinlah, akan ada orang lain yang akan masuk dalam keluarga nta atau sesiapa sahaja untuk membimbing keluarga nta.”

Hmm… betul juga kata ustaz ni.. sedikit lega rasanya.

ya Allah, kurniakanlah aku kekuatan dan permudahkanlah jalanku untuk aku membentuk keluargaku.. sesungguhnya Engkaulah Maha Memahami hati-hati hambaMu..”

Buat Ayah dan IBu, Angah sayangkan kamu kerana Allah. Doakanlah agar angah menjadi anak soleh. Buat Kak Long, adik pun sayangkan kak sepenuh hati. Buat adikku Atih, acik, dan adik sue, abang Ngah sangat sayangkan kamu semua. Kamulah adik-adik abang yang paling abang kasih dan yang abang cinta. Angah sebagai anak, sebagai adik, sebagai abang kepada kamu semua, berjanji akan terus membimbing kamu.. Maafkanlah jika angah ada terguris hati kamu semua..

“ Ya Allah, temukanlah kami sekeluarga di taman Syurga kelak. Amen..”

0 comments: