"Di sepanjang tahun lalu, kita telah melihat beberapa fenomena alam yang membawa kepada kemusnahan jiwa manusia dan kerosakan fizikal. Bencana yang terjadi di Malaysia atau Indonesia, tidak mengenal sebarang sempadan dan apabila ianya berlaku tidak kira sama ada, negara maju atau sedang maju, kedua-duanya telah bergelut untuk menangani kemusnahan dan kesan pemulihan kemusnahan. Ada yang merasakan proses pembangunan yang pesat dan tidak terkawal menyebabkan fenomena ini.
Sesetengah pihak merasakan proses globalisasi juga menyumbang kepada kemusnahan dan bencana alam. Tidak setakat itu sahaja, malah kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi juga dilihat berperanan mempertingkatkan kesan-kesan global kemusnahan alam. Namun ada sesetangah pihak merasakan proses ini sebagai proses ’semulajadi’ yang telah membuat manusia lebih sedar dan prihatin terhadap kejadian yang berlaku.
Ironisnya, peningkatan tahap sosioekonomi dan perkembangan teknologi telah menyumbang kepada peningkatan kesan bencana-bencana. Secara logikanya, kita akan mengambil langkah yang sewajarnya untuk mengatasi atau setidak-tidaknya mengurangi kesan kemusnahan yang telah berlaku. Persoalannya bagaimana kita bertindakbalas dengan permasalahan ini dan adakah kita telah bertindabalas sewajarnya. " - Melasutra Md Dali, pensyarah.
0 comments:
Post a Comment