ANTARA FILEM & SAJAK KEMATIAN


1) Filem Tempatan HINA Islam

Heboh pada awal tahun 2008 ini apabila muncul satu filem pendek, Fitna yang dikatakan menghina Islam. Filem ini tempohnya selama 15 minit yang disiarkan dalam sebuah laman web Liveleak.com pada 27 Mac, mengkritik Islam, dengan menunjukkan surah al-Quran berlatarbelakangkan imej keganasan akibat serangan teroris. Geert Wilders menerbitkan filem itu, yang menunjukkan kenyataan paderi yang radikal dan menyebut surah al-Quran, dengan diselitkan imej serangan 11 September 2001 terhadap Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York, pengeboman kereta api penumpang di Madrid, Sepanyol pada 2004 dan pembunuhan pengarah filem Belanda, Theo van Gogh, di Amsterdam pada akhir tahun itu.

Filem ini terus meletus kemarahan darah melayu Islam, yang bangkit menentang tayangan filem ini. Namun, “Gajah di seberang laut jelas Nampak, tapi, kuman-kuman yang duk mengikis-ngikis tak perasan pula”. Filem yang hina Islam di luar Negara ini bukan satu saja, bahkan banyak lagi dan ada yang lebih teruk. Tetapi mereka yang membuat filem ini bukannya orang Islam. Bukan di Negara Islam. Bukan pengarahnya seorang Islam. Memang patutlah diaorang buat seperti itu. Sebab mereka ini tidak faham Islam. Mereka salah tanggapan tentang Islam.


Masalah ialah filem kita. Yang menjadi “kuman-kuman pengikis Islam” ini ialah filem-filem melayu. Filem tempatan. Filem kita banyak yang hina Islam. Tetapi kita tidak menyedarinya. Bahkan kita katakan bahawa kita ini lebih teruk daripada filem di luar Negara. Sebabnya kita ini Negara yang ramai orang Islam, pengarah filemnya adalah Islam, syarikat-syarikatnya adalah milik orang Islam. Tetapai mengapa filemnya pula banyak menghina Islam?

Pada bulan Mac 2008 baru-baru ini telah di tayangkan sebuah filem yang bertajuk ‘Akhirat’ yang begitu jelas menghina Islam dan filem-filem yang seumpama dengannya seperti Gubra, Dunia Baru The Movie, Kami, Anak Halal dan lain lain, yang semakin banyak yang telah dihasilkan oleh penerbit tempatan, yang ‘beragama Islam’. Sepertimana filem ‘Akhirat’ tersebut jelas menjadikan adegan zina, minum arak dan berhibur secara keterlaluan itu sebagai sesuatu yang biasa dalam masyarakat kita. Konsep penggantungan sepenuhnya kepada Tuhan tidak dicerminkan di dalam filem ini malah dialog bebal juga menyalahkan Tuhan amat keterlaluan. Ada juga adegan cium leher, peluk, belai membelai, gesel menggesel tidak dapat mencerminkan tajuk ‘Akhirat’ itu sendiri. Begitu juga dengan Anak Halal, filem 110 minit dengan adegan rogol, peluk sana sini, main dadah, adegan berkemban dan tidak pakai baju, rempit dan kemungkaran, gangsterisme, bunuh-membunuh, adegan separuh Hindraf (iaitu ganas tidak bertempat), serta pagi tanpa subuh berleluasa di sana sini.

Seolah-olahnya filem-filem ini menghalalkan berpeluk, bercium, berzina, dedahkan tubuh badan dan lain-lain lagi. Bahkan filem-filem seperti ini telah menerima pemgiktirafan anugerah terbaik, pengarah terbaik dan macam-macam lagi!


2) Sajak kematian VS filem seram & filem hina Islam.


Sekarang ini pula timbul isu tentang tayangan ‘Sajak Kematian’ sebagai pendekatan di sekolah-sekolah rendah. Memetik pandangan Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Hussein, katanya, beliau sama sekali tidak bersetuju dengan kaedah penggunaan klip video 'Sajak Kematian' di sekolah memandangkan ia tidak sesuai dengan tahap umur pelajar yang masih terlalu muda.


"Saya sungguh tidak bersetuju kerana kita hendak mendidik mesti secara berhemah dan pendekatan yang menakut-nakutkan lebih-lebih lagi terhadap anak-anak yang usianya cukup muda, saya rasa ia tidak akan membawa manfaat," katanya selepas merasmikan Program Pertukaran Pelajar ASEAN (ASEP) 2008 di sebuah sekolah di Kuala Lumpur hari ini.


Sebenarnya budaya ‘menakut-nakutkan’ di dalam masyarakat kita ini sudah sebati. Pendidikan dengan cara menakutkan ini sudah diamalkan sejak turun-temurun oleh masyarakat melayu Islam kita. Contohnya, ‘dik jangan pegi kat pokok tu, ada hantu pokok’ ‘jangan nangis, nanti hantu datang’ ‘jangan keluar malam-malam, nanti hantu raya datang’ ‘pergi tidur cepat-cepat, kalau lambat nanti pocong ambil’ ‘dik , jangan mandi lama-lama, nanti keluar tangan bebulu kat dalam sinki tu, baru tau’ dan lain-lain lagi. Budaya ini adalah salah satu cara nak didik anak-anak jangan keluar malam, tidur awal, jangan mandi terlalu lama dan sebagainya.


Berlainan dengan pendekatan Sajak Kematian ini. Ia lebih mendidik untuk mengingati akan dosa-dosa yang lalu dan mengisafi atas kesalahan yang di lakukan dengan Allah. Sajak ini member esej bahawa setiap yang dilakukan oleh kita di dunia ini akan dipersoalkan balik atau ditanya kembali oleh Allah di akhirat kelak. Bahkan cara ini lebih berkesan agar anak-anak kita atau adik-adik kita, menjaga solatnya, jangan lawan cakap ibu bapa, hormati guru dan lain-lain.


Klip video ini tidak sampai satu jam tempohnya. Ia hanya ditayangkan dalam masa-masa tertentu. Berbanding dengan filem-filem melayu sejak akhir-akhir ini. Filem yang bertemakan ‘seram’ dan ‘hantu’ . Lebih menakutkan bahkan boleh banyak unsur syirik, khurafat, mengarut dan sebagainya. Walaupun masa siarannya hanya setengah jam, tetapi ia di tayangkan setiap hari. Peratus untuk mempengaruhi minda kanak-kanak yang melihatnya adalah lebih tinggi dan memberi kesan mental yang lebih mendalam. Filem seperti ini bukannya mempunyai unsur-unsur didikan bahkan lebih merosakkan. Ia lebih menimbulkan rasa takut pada hantu dan perkara-perkara tahyol berbanding sajak kematian lebih mendatangkan takut pada Allah dan insafi dosa-dosa.


Tak kurang juga dengan filem –filem tempatan yang hina Islam. Filem ini banyak merosakkan remaja, bahkan juga pemikiran kanak-kanak. Penonjolan pemakaian yang seksi, budaya bercampur baur antara Islam dan maksiat, aksi-aksi yang berunsur lucah dan lain –lain, makin membarah dalam masyarakat kita. Anak-anak kita yang melihatnya makin terikut-ikut. Adik-adik kita sikit demi sedikit semakin sebati dengan cara hidup seperti ini.

Adakah filem seperti ini dikatakan lebih mendidik anak-anak, adik-adik dan pelajar kita? Adakah dengan mengingati kematian menjadi suatu fobia yang merosakkan didikan?


*sekadar perkongsian minda, bukan untuk rujukan. Ada yang tersilap, harap teguran.

3 comments:

kesian gak kat budak2 sekolah yg mentah tu, takut depa kefobiaan gitu...

 

dari segi psikologi, budak2 umur 6-9 tahun tak sesuai di tontonkan dengan tayangan macam tu.. sebab pemikiran diaorang tidak lagi sampai ke tahap penerimaan yang sesuai ttg mesej kematyian. di bimbangi disalah fahami oleh mereka.

satu lagi, kematian ini merupakan pendekatan paling akhir untuk menyedarkan orang. klau kita telah menggunakan senjata ini awal2, maka selepas ini diaorang dah jadi kebal. dah tak takut dah pada kematian...

 

Salam ziarah..

setuju.. banyak filem2 yang menghina Islam di negara kita sendiri.. tu belum lagi masuk lagu2 yang memuja manusia lebih dari Illahi. sedih dgn hakikat nie.

tapi... mana tak perkara2 mcm ni berlaku... kerana Allah belum ditanam sbg Illah dlm hati msykt.. masih ramai yg x sedar akan perkara yg utama tu. aqidah sekadar dipelajar sekali lalu dan tidak masuk terus ke hati2.

sekadar berkongsi pendapat.. wallahualam.