MENGUMPAT SKIT KAT UM NI.. TERUK SANGAT DAH..

Mai.. mai.. baca.. Saya nak ngumpat skit kat UM tu.. buruk benor dia tu.. ish-ish.. apa nak jadi.. umuq dah tua.. dah 100 tahun lebih tapi tak sedor2 lagi..

Penat saya dok fikiq. Apolah kaedah atau pendekatan yang sesuai untuk kurangkan budaya maksiat di UM ni.. hai.. kecewa pun ada.., sakit hati pun ada.., nak marah pun ada.. semua ada. Sabor je laa.

Macam-macam ada kat Um ni.. apa yang tak da? semmua ada. Complete satu pakej maksiat. Couple lelaki dengan pompuanlah. Couple laki dengan lakilah. Couple pompouan dengan pompuanlah. Dating sana, dating sini. Merayau tak tentu hala. Merayap sana sini. Pi mai pi mai tang tu gak duk buatnya. Kul 1-4 pagi duk sembang-sembang dalam gelap. Pi kelab malam la.. pi bukit bintang la. Apa ceritanya ni? Hangpa duk baca-baca ni, hangpa tau dak cerita ni? Pernah tengok Edisi Siasat NTV 7?

Mai.. baca lagi..

Kalau pasal couple ni.. dah biasa daa.. ni..saya nak cerita ni. Hang tau dak..kat UM ni ramai sangat daa yang duk berzina. Dalam keretala.. dalam kolej la.. dalam taman la.. hmm dalam apa lagi ye.. hah.. dalam rumah sewa pun ada. Duk sewa rumah sekali laki pompuan.. pah tu gak.. macam2 jadi. Orang kata kena husnu dhon.. tak baik ngata kat orang tak da bukti. Ye juga tuu. Tapi, peliknya.. tak pernah lak isytihar kawin.. mungkin kawin kat Thailand kot (husnu dhon lagi). Ntah laa.. ada lagii.. sugar daddy, pelacur pun dengar-dengar ada..

Nak tau lagi.. ke?

Pasal couple laki dengan laki ni..(gay la tu), saya ada bukti yang sahih, sanadnya kuat. Matannya copmlete btul. Kawan saya ada yang kena.. eh silap.. hampir kena. ish,ish, ish.. geli hidung rasanya.. tapi tak nak saya cerita panjang2 kat sni. Sekadar information.

Bila buat PMI Badar (rondaan), semua lari.. pah tuu esok lusa datang balik..

Maaflah, kalau kata-kata saya tak sihat untuk di baca. Saya cuba mengetengahkan isu ni agar kita semua alert. Dah banyak ceramah, kuliah, pembacaan kita buat. Semua ni teorinya sahaja. Mana praktikalnya..?

Jadi, saya nak minta pandangan sahabat pembaca sekalian, tentang isu ni, cara, bagaimana kita nak cuba kurangkan budaya ini. Nak basmi terus tak praktikal rasanya.. kalau nak kurangkan, isyaallah kita boleh buat. Tapi macam mana caranya..

Mohon pandangan ikhlas sahabat semua..

JOM BERDAKWAH!

*saya sedia menerima sebarang kritikan sahabat semua.

5 comments:

salam,
saya berpendapat, BADAR PMIUM perlu digerakkan lebih proaktif dan di perkemaskan. sebelum itu, BADAR PMI perlu terlebih dahulu jelas dengan apa yang nak dicapai. kita tak nak apa yang dirancang hanyalah terawang2 sahaja.. atau tak realiti dengan semasa.

 

Salam,
Apabila saya dengar je nama UM...mmg tabik saya kat student yg dpt masuk sana..sumenye top class.

Apa pun, masalah ini mgkn dpt diatasi sekiranya Guard yg menjaga di UM kerap meronda di kawasan UM..sekadar pandangan sahaja.

 

hmm..guard yang meronda x cukup juga rasanya..
x tercover, kalau hanya seorang dua yang bertugas untuk jaga setiap sudut tempat yang luas..
kalau ada guard pun, mereka akan tetap "buat" juga. tak dalam kampus, kat luar pulak depa cari port.
pada saya kita mesti melihat masalah ini dengan skop yang lebih luas. KAMPUS, ibarat dunia kecil jika dibandingkan dengan di luar sana. masalah "disini" cerminan kepada apa yang sebenarnya berlaku diluar. segala "ubat" yang dihasilkn perlu diambil kira "long term effectnya"

 

assalamualaikum..
em..kat uiam pun ape kurangnya...
mungkin dalam uiA...nampak pakai tudung, xberani la nak wat dpn2 sgt..tapi ble kuar, same jah ngan lain..benda ni..mmg jadi masalah remaja..nak citer pun, kalah tebalnya buku2 Hary poter tu.....
tapi, kite bukan hanya berckp disni (nasihat untuk ana juga)..tapi kita cuba islahkan masyarakat, mungkin ada yang berkata.."saya tak cukup ilmu lagi...seganla..." siapa kata budak umur 7 tahun xbole nasiahat Tok Guru..(selagi berpandukan alQuran and Sunnah)
kenapa kita harus menunding jari+ dia yang sepatutnya buat...MENGAPA??? ibarat buih di lautan..bnyak, berkata2 jah lebih tapi..tindakan??hopeless..
bagi para da'ie, mereka2 yang sedar akan virus ini...
Qum!!! Qum !!! ayuh kita bangun..
kita berpadu tenaga mencegah sume ni... mcm mana?? bacalah buku bgmana ingin melakukan dakwah dari duk baca majalah perosak n komik...

 

sebenarnya guard kat Um ni tak cukup. dia org pun ada buat rondaan.. tapi tak menyeluruh lagi.. isu ini hakikatnya adalah isu remaja Islam kita di Malaysia. kita boleh katakan ini merupakan wabak penyakit yang melanda dunia remaja Islam kita..

wabak ini berjangkit berleluasa kerana kumannya selalu di suburkan dengan keadaan negara kita ini yang beriklimkan hiburan melampau, kejahilan tntg Islam walaupun byk sumbernya, ketidak pedulian kerajaan, kematerialan ust-ust @ gol. agama dll.

kita sebenarnya, tak buat nahi mgkar, hanya buat amar ma'ruf shj.. secara teorinya mmg byk, kuliah sana-sini, tapi amat kurang yang turun untuk mencegah. rasa malas, rasa tak mampu, rasa tak de ilmu, rasa tak de kuasa semuanya menghantui kita sehingga satu kerja nahi mgkar pun kita tak buat. saya tak kata orang lain.. kadang-kadang saya pun pernah rasa macam tuu.

dalam tika tertentu, saya duk muhasabah diri.. kenapa kita semua jadi macam ni.. kita yang selalu dah ditarbiah, dibimbing, didotrin dan dimain-mainkan di telinga supaya membawa Islam, tapi kita begitu lemah untuk amar ma'ruf nahi mungkar.. kenapa?

adakalanya kita selalu mengatakan kita cintakan Islam, kita sayangkan Islam, kita takbir beramai-ramai memuji kebesaran Allah, namun ramai kita hanya tahu berkata-kata, tapi menyisihkan diri dalam mengislahkan sahabat-sahabat remaja kita.

Imam al-Gahazali pernah menyebut,ramai diantara kita lidahnya selalu menyebut, kami cintakan Allah. tapi hakikatnya semua itu hipokrik. padahal mereka itu di dalam hatinya jauh dari mengingati Allah.

pada pandangan saya, kita sebenarnya kehilangan satu benda yang tersangat penting dalam diri kita iaitu TAQWA kepada ALLAH. hilang atau kurangnya taqwa ini menjadi punca dan sebab kita kehilangan kekuatan dalaman kita.

kita akui diri kita ini lemah, namun setakat manakah kebergantungan kita serta keyakinan kita pada Allah dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau isu. dalam hal ini, saya yakin dan percaya ramai di kalangan kita yang telah sedar dan mengakui kesilapan lalu.

saya menyeru kepada sahabat-sahabat pembaca semua, ayuh kita bangun! gerakkan semua tenaga kita untuk mengumpul kekuatan dan dekatkan lah diri kepada Allah. Kita sama-sama islah dan sebarkan dakwah Islam dan amar ma'ruf nahi mngkar.

wassalam.