Feb
22

MENGUMPAT SKIT KAT UM NI.. TERUK SANGAT DAH..

Mai.. mai.. baca.. Saya nak ngumpat skit kat UM tu.. buruk benor dia tu.. ish-ish.. apa nak jadi.. umuq dah tua.. dah 100 tahun lebih tapi tak sedor2 lagi.. Penat saya dok fikiq. Apolah kaedah atau pendekatan yang sesuai untuk kurangkan budaya maksiat di UM ni.. hai.. kecewa pun ada.., sakit hati pun ada.., nak marah pun ada.. semua ada. Sabor je laa.Macam-macam ada kat Um ni.. apa yang tak da? semmua ada. Complete satu pakej maksiat. Couple lelaki dengan pompuanlah. Couple laki dengan lakilah. Couple pompouan dengan pompuanlah. Dating sana, dating sini. Merayau tak tentu hala. Merayap sana sini. Pi mai pi mai tang tu gak duk buatnya. Kul 1-4 pagi duk sembang-sembang dalam gelap. Pi kelab ...
Feb
22

BERI DAN JAWAB SALAM NON-MUSLIM? BOLEH KE ?

Timbul persoalan di sini tentang memberi salam kepada orang bukan Islam. Rata-rata masyarakat Islam di Malaysia meyakini bahawa orang Islam tidak boleh memberi salam kepada orang bukan Islam, apatah lagi menjawab salam daripada bukan Islam. Saya teringat dulu ketika di bangku sekolah menengah, seorang ustaz pernah di dalam kuliahnya berkata, “ kalau orang bukan Islam memberi salam kepada kita, maka kita kena jawab, waalaikummussam maksudnya, ..ke atas kamu kecelakaan. Saya yakin dan percaya persoalan yang sama ini ada berlegar-legar di dalam pemikiran sahabat pembaca. Pernah seorang cina bertanya kepada saya, “boleh ke kami memberi salam kepada orang Islam?” Jawab saya ringkas, “Boleh.” ...
Feb
20

PENDEKATAN DAKWAH DENGAN LIDAH DAN QUDWAH

Written by al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri1.0 PendahuluanDakwah merupakan satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh setiap anggota masyarakat Islam. Tanpa usaha dakwah masyarakat akan menjadi pincang kerana perkara kebajikan tidak akan berlansng dan kemungkaran akan berleluasa. Namun, persoalan yang timbul ialah; apakah pendekatan yang perlu digunakan dalam melakukan dakwah. Kertas kerja ini menyorot dua pendekatan yang boleh digunakan iaitu dakwah dengan lidah dan dakwah dengan qudwah. 2.0 Pengertian DakwahDakwah bermaksud menyeru dan memanggil. Dakwah yang dimaksudkan di sini ialah seruan kepada manusia untuk menerima Islam dan seruan untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan ...
Feb
17

BOLEH KE SAMBUT "CHINESE NEW YEAR " ?

Baru-baru ada seorang sahabat bertanya kepada saya, boleh ke kita orang Islam meraikan Tahun Baru Cina? Dan saya percaya masih ramai lagi yang mempunyai persoalan yang sama. Secara ringkasnya, saya mengatakan bahawa kita boleh menyambut Tahun Baru Cina. Bahkan digalakkan. Ini kerana, perayaan tahun baru bagi orang cina bukanlah perayaan ketuhanan, tetapi ini adalah perayaan kebudayaan bagi masyarakat cina.Perayaan ini ...
Feb
16

Happy New Year.

Gong Xi Fa Cai..! saya ucapkan kepada semua mahasiswa Cina. Rasanya tak terlambat lagi.. kan? Saya doakan kamu semua sentiasa hidup ceria bersama keluarga tercinta dan dikurniakan jalan ke arah kebahagian hakiki. Tahun Baru Cina kali ini seolah-olah menggamit saya untuk turut meraikannya. Kalau sebelum ini saya hanya meraikan Tahun Baru 2008 dan Maal hijrah, namun kali ini pintu hati saya begitu terbuka untuk juga meraikan ...
Feb
12

WARKAH UNTUK WANG DI..

Wang Di,berhati lembut ingin menyapa Nur-Nya,jiwa rasa tidak senang jika tidak mengetahuinya..hati terasa gelisah ingin mengetahuinya..kau telah datang mencarinya..kini..ia datang kepadamu..dengan pintu terbuka..dengan tangan yang lembut memanggilmudengan senyuman yang indah..terukir buatmu..Ia berkata, " Wang Di, datanglah kamu bersamaku..mengenal erti kehidupan ini..yang penuh penipuan..yang penuh kesangsian..yang ...
Feb
11

KU BENCI BUDAK AKADEMI ISLAM..!!

Aku benci KAU !!jangan KAU berpura-pura kenali aku..!jangan KAU memandangku..!jangan KAU mendekati aku..!jangan KAU cuba mengekori aku..!aahh...aku BENCI..!KAU tahu?Benciku bukan angin berlalu..yang membawa debu-debu kekosongan..Benciku bukan membabi buta..yang tiada arahnya..Benciku bukan mainan kanak-kanak..yang tidak mengerti apa-apa..Benciku bukan besi berkarat..yang tiada nilai isinya...Sebenarnya...Kau BUTA dalam KECELIKAN!Kau TEMPANG dalam KESEMPURNAAN!Kau PEKAK dalam KEJELASAN!Kau dikelilingi Nur-Nya..Kau berlari meninggalkannya,Kau dengar kebenaran..Kau enggan mengakuinya,Kau lihat keburukan..Kau jahil menilainya,Manusia apa kau ini!Melihat tanpa mata..Mendengar tanpa telinga..Benciku ...