
Islam sebagai Ad-Deen adalah lengkap dan sempurna. Firman Allah :
Maksudnya :
”Di hari ini Aku menyempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku menyempurnakan ke ats kamu nikmatKu, dan Aku redha bagi kamu Islam sebagai Agama.”
Islam adalah peraturan hidup yang terbaik dan kekal abadi yang boleh diberikan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Inilah sebabnya Allah menjadikannya sebagai peraturan hidup yang mesti diterima oleh seluruh umat Islam dalam semua urusan mereka dan tidak boleh ditukar ganti dengan peraturan lain dan sistem lain dalam apa-apa keadaan sekalipun.
Kesyumulan Islam juga terserlah dengan ajaran-ajarannya yang bukan sahaja mengatur tatacara hubungan manusia dengan Khaliqnya tetapi juga hubungan di antara manusia sesama manusia dan makhluk Tuhan yang lain. Islam adalah agama akidah dan syariah. Tujuan utama akidah ialah memurnikan perhubungan manusia dengan Tuhannya. Di antara tujuan syariat pula ialah menjaga keturunan, harta dan nyawa manusia.
0 comments:
Post a Comment