Lazimnya sesuatu gerakan itu dikatakan bergerak jika ianya sentiasa berubah dan digerakkan. Begitulah juga lazimnya perubahan dikatakan terjadi sekiranya terjadinya pergerakan fizikal. Sebaliknya tidak ramai yang menyedari bahawasanya perubahan itu boleh berlaku tanpa pergerakan fizikal. Inilah suatu asas penting yang penting yang perlu difahami oleh pimpinan gerakan mahasiswa. Bagi kita gerakan Ilahiyat untuk menegakkan keadilan pada hakikat mutlaknya adalah kepunyaan Allah s.w.t.. Kebenaran Ilahiyat ini sentiasa ada walaupun tidak ada orang yang menggerakkannya. Di samping tidak dinafikan ianya akan diperolehi bagi mereka yang berusaha untuk mendekatinya.
Apa yang cuba di kemukakan di sini ialah ahli-ahli dalam gerakan mahasiswa tidak sepatutnya beranggapan bahawa tugas utama mereka adalah untuk memastikan kebenaran Ilahiyat itu dipelihara oleh mereka tanpa memikirkan Allah s.w.t. berhak memilih golongan yang lain untuk tugas ini. Atau berkeyakinan kitalah satu-satunya golongan yang dipilih Allah s.w.t. untuk tugas mulia ini. Atau berpandangan bahawa golongan-golongan yang tidak menjadi pendokong-pendokong kepada gerakan mahasiswa atau penentang-penentangnya akan terus menerus berada dalam keadaan yang sedemikian. Sebaliknya kita perlulah menyakini Allah s.w.t. s.w.t. mampu memberi hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya walaupun kita sebagai manusia tidak mampu melakukannya. Tidak mustahil individu-individu yang sekarang ini menentang kita, pada suatu hari kelak akan berada sebarisan dengan kita.
Berdasarkan kepada kefahaman inilah, ahli-ahli yang berada dalam gerakan mahasiswa tidak sepatutnya menganggap bahawa golongan-golongan yang menjadi penentang dan pencabarnya akan terus menerus manjadi penentang dan pencabarnya hingga ke akhir hayat. Apatah lagi dalam konteks kehidupan kampus, rata-ratanya pencabar-pencabar atau penentang-penentang kita adalah terdiri daripada rakan taulan dan sahabat handai yang mungkin sebilik, sekelas, sekuliah dengan kita. Tugas kita di sini ialah menyampaikan mesej kebenaran kita dengan semaksima dan seefisen yang mungkin disamping sentiasa menaruh pergantungan yang tinggi kepada Allah s.w.t. s.w.t. Disinilah hubungan spiritual yang tinggi perlu diaplikasikan antaranya menyakini manusia khususnya umat Islam pada suatu hari nanti akan kembali kepada keadaan fitrah asalnya.
Berdasarkan kepada kefahaman inilah, ahli-ahli yang berada dalam gerakan mahasiswa tidak sepatutnya menganggap bahawa golongan-golongan yang menjadi penentang dan pencabarnya akan terus menerus manjadi penentang dan pencabarnya hingga ke akhir hayat. Apatah lagi dalam konteks kehidupan kampus, rata-ratanya pencabar-pencabar atau penentang-penentang kita adalah terdiri daripada rakan taulan dan sahabat handai yang mungkin sebilik, sekelas, sekuliah dengan kita. Tugas kita di sini ialah menyampaikan mesej kebenaran kita dengan semaksima dan seefisen yang mungkin disamping sentiasa menaruh pergantungan yang tinggi kepada Allah s.w.t. s.w.t. Disinilah hubungan spiritual yang tinggi perlu diaplikasikan antaranya menyakini manusia khususnya umat Islam pada suatu hari nanti akan kembali kepada keadaan fitrah asalnya.
Seperkara lagi yang berkaitan dengan konsep pergerakan mahasiswa perlu menyedari bahawa perubahan dari satu hari ke hari berikutnya biasanya bersifat kecil atau sedikit. Perubahan dalam situasi sejarah biasanya akan menjadi kukuh selepas lima, sepuluh, dua puluh atau tiga puluh tahun. Perubahan mendadak lazimnya tidak berlaku dengan mudah. Pengiktibaran yang jelas di sini ialah gerakan mahasiswa kenalah memastikan adanya kesinambungan perjuangan dari satu generasi ke generasi yang lain. Kekosongan pergerakan dalam satu-satu tempoh atau berlakunya jurang pemisah antara tempoh-tempoh masa tertentu hendaklah dihapuskan. Ianya mesti dilakukan terus menerus walaupun sedikit kuantiti atau kurang kualitinya pada ketika-ketika tertentu.
Perlu diingat juga, perubahan tidak semestinya bersifat fizikal atau dengan terjadinya sesuatu kejadian luaran. Perubahan yang melibatkan ilmu pengetahuan, persepsi, kefahaman dan penilaian realiti walaupun tidak bersifat fizikal tetapi pada hakikatnya mempunyai kesan yang sama dan mungkin mengatasi perubahan fizikal. Inilah antara bentuk asas gerakan mahasiswa yang sebenarnya amat mustahak tetapi kurang diberi perhatian. Amat jarang mahasiswa/siswi cenderung untuk mengkaji idea-idea doktrin-doktrin, pengalaman-pengalama, perjuangan atau pergerakan Islam lain. Dari jumlah yang sedikit itu pun amat payah untuk mencari pendokon-pendokong gerakan mahasiswa yang bebas daripada bayangan kedaerahan atau tempatan. Yang sepatutnya mahasiswa perlu mengkaji idea-idea perjuangan atau pergerakan walaupun ianya datang dari luar negara. Mereka juga perlu berani untuk menerimanya, jika ianya terbukti membawa kejayaan yang membanggakan.
Gerakan mahasiswa tidak boleh lagi menumpang bentuk gerakan lama yang mungkin sudah tidak relevan buat masa ini dan abad yang mendatang. Pencarian dan penerokaan method dan alternatif baru hendaklah dipergiatkan tanpa mengira sempadan masa, tempat, rupa bangsa dan bahasa. Untuk tujuan ini usaha-usaha yang gigih dan berterusan untuk berkongsi pendapat dan menimba pengalaman daripada gerakan-gerakan mahasiswa luar negara perlu dilaksanakan. Ini juga menuntut kepada ikatan setia dan persefahaman yang bukan sekadar bersifat tempatan bahkan antarabangsa.
Seterusnya menyedari hakikat kita berada di sebuah negara sekular, mana-mana gerakan Islam khususnya gerakan mahasiswa perlulah mempelbagaikan bentuk pergerakkannya asalkan tidak mengabaikan matlamat sucinya. Gerakan mahasiswa perlulah mewarnai pergerakan mereka dengan pelbagai warna pergerakan dalam menghadapi realiti masyarakat. Perlu difahami pergerakan mahasiswa bersifat yang ‘stereotype’ telah lama dikaji oleh musuh-musuh Islam. Lantaran ini menuntut kepada pembaharuan method dan strategi serta penggunaan segala peluang dan ruang yang ada. Sebagai contoh, dalam membela nasib pelajar-pelajar di kampus, pendekatan bersepadu yang melibatkan semua kumpulan pelajar yang dipimpin oleh gerakan mahasiswa Islam hendaklah dilaksanakan. Inilah beberapa aspek bentuk pergerakan yang sekaligus berhajatkan kepada persedian-persedian yang mantap di pihak pendokong-pendokong gerakan mahasiswa.
-sumber PMRAM
0 comments:
Post a Comment