Isu sains dan teknologi moden telah menjadi suatu masalah yang berat kepada umat Islam sehingga berlarutan ke hari ini. Isu ini telah disedari oleh ramai ahli akademik dan intelektual islam. Bahkan ada kerajaan islam yang berminat menerokai sains dan teknologi moden ini untuk kepentingan ekonomi dan ketenteraan, bukannya mempunyai minat yang berasaskan kebijaksanaan ilmu.
Sebilangan pengkaji telah menyamakan sains dengan ilmu yang terdapat di dalam al-Quran, hadith dan ilmu-ilmu tradisi Islam tanpa membuat suatu penilaian yang betul. Sebenarnya mereka tidak memahami dan tidak mengetahui tentang sebab sesuatu ilmu itu dipelajari. Hakikatnya, ilmu itu merupakan cara untuk membina keintelektualan akal, untuk mencari kebenaran serta untuk mengenali Allah s.w.t alam ciptanNya.
Masyarakat Islam kini terlalu memandang tinggi dan mengagongkan sains dan technologi moden. Sehinggakan apa sahaja perkara dari barat yang mamasuki dunia Islam dianggap sebagai perkara yang baru dan harus diikuti. Sikap seperti ini merupakan satu tindakan yang tergesa-gesa dalam menilai sains dan teknologi moden tanpa mempedulikan nilai-nilai kebenaran yang menjadi asas kepada isu-isu dalaman Islam. Setiap perkara yang berkaitan dengan sains dan teknologi moden perlu kepada penilaian yang teliti dan dicermati. Bukannya secara membuta tuli yang akhirnya membawa padah.
Penilaian kritikan terhadap sains moden dari sudut pandangan Islam perlu dibuat. Ini telah membuka kepada beberapa jalan penyelesaian. Namun begitu masih terdapat beberapa perkara lain lagi yang harus diberi pandangan dan kritikan. Sains moden ini perlu dipelajari dan difahami secara mendalam agar mutu keintelektualan pemikiran dapat dipertingkatkan. Ini dapat mengelakkan kita secara mudah menyamakan sains barat dengan Islam tanpa mempertimbangkan perubahan sains semenjak zaman revolusi.
Penyerapan sains moden berlaku dengan sangat cepat dan lengkap. Keadaan ini akan memberi kesan negative kepada masyarakat Islam. Oleh itu, para ulama Islam menyarankan agar sains moden ini ditapis dengan etika Islam. Penerimaan sains barat secara membuta tuli akan menyebabkan berlakunya perubahan yang buruk dalam masyarakat Islam.
- ringkasan oleh ibn Yusoff
1 comments:
Kita harus mengkaji terlebih dahulu mengenai perbuatan yang kita lakukan.
Ahttp://agama.infogue.com/pandangan_alam_islam
Post a Comment