MUSLIM DIJAMIN MASUK SYURGA?


















Seseorang Muslim yang dilahirkan di dalam keluarga Islam sebenarnya tidak semestinya masuk Syurga. Dan, non-muslim yang dilahirkan di dalam keluarga non-muslim tidak semestinya akan masuk neraka. Kenapa? Pelik? Sebenarnya tidak menjadi suatu kepelikan pun. Perkara ini merupakan suatu perkara yang fitrah dan sudah banyak terjadi dalam masyarakat Islam semenjak zaman Rasullullah lagi.


Ramai sahaja orang muslim masa kini yang Islam hanya pada nama dan keturunan. Amalan dan kehidupannya sama sahaja dengan orang bukan Islam dan bahkan lebih teruk. Mereka menjadi penutup kepada keindahan sehinggakan menjadi fitnah kepada Islam. Ramai orang Bukan Islam tidak memandang tinggi kepada Islam disebabkan imej Islam yang dipaparkan oleh penganutnya begitu hodoh dan teruk. Akhirnya ramai di antara mereka (Islam hanya pada nama) yang bertukar agama atau murtad atau keluar terus daripada Islam. Inilah yang dimaksudkan saya, Muslim tidak semestinya masuk Syurga. Kerna mereka telah murtad atau khianati Allah s.w.t

Orang bukan Islam yang hidup dalam keadaan tidak beriman pada Allah kerana mereka tidak mendapat petunjuk Allah. Ada hikmahnya, kenapa Allah jadikan seseorang itu Islam dan seseorang itu tidak Islam. Hikmahnya, orang yang memeluk atau menganut Islam perlu pergi kepada orang bukan islam untuk memberitahu tentang Islam atau cuba mempromosikan Islam kepada mereka. Cara untuk mempromosikan Islam ini banyak dan fleksibel mengikut kekreatifan masing. Yang tahu memjelaskan kepada yang tidak tahu. Inilah sepatutnya yang berlaku.

Tapi sekarang perkara ini jarang berlaku dan tidak banyak dilakukan. Hanya segelintir sahaja yang melaksanakannya. Islam itu telah dihijab, ditutup dan diselubungi keindahannya oleh ummat Islam sendiri. Jadi harus bagaimana orang bukan Islam rasa mahu tertarik pada Islam?

Sahabatku sekalian. Walaupun begitu, ramai orang bukan Islam yang memeluk Islam. Ramai di antara mereka yang tertarik kepada Islam melalui pembacaan dan pemerhatian terhadap Islam. Inilah yang saya katakan bahawa orang bukan Islam tidak semestinya masuk neraka. Kerna akhirnya mereka memeluk Islam dan dijanjikan Syurga oleh Allah kepada orang-orang yang beriman kepadaNya.


::5S-SENYUM. SAPA. SALAM. SENTUH. SAYANG::..

JOM BERDAKWAH.!!

0 comments: