PANDANGAN ISLAM TERHADAP PENGURUSAN ALAM SEKITAR


Islam adalah agama yang membawa rahmat kepada manusia dan alam semesta. Ajaran Islam adalah syumul merangkumi segala aspek kehidupan manusia menjadikannya satu tatacara hidup (comprehensive code of life). Ia memadukan keperluan rohani dan jasmani, kepentingan duniawi dan ukhrawi. Setiap persoalan hidup diberi panduan dan saranan sama ada secara detil ataupun dalam bentuk kaedah-kaedah umum supaya tindak- tanduk manusia dipimpin ke jalan yang akan memberi manfaat kepadanya dan alam semesta serta menjauhi kemusnahan dan kemudharatan.

Islam sebagai Ad-Deen adalah lengkap dan sempurna. Firman Allah :

Maksudnya :
”Di hari ini Aku menyempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku menyempurnakan ke ats kamu nikmatKu, dan Aku redha bagi kamu Islam sebagai Agama.”


Islam adalah peraturan hidup yang terbaik dan kekal abadi yang boleh diberikan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Inilah sebabnya Allah menjadikannya sebagai peraturan hidup yang mesti diterima oleh seluruh umat Islam dalam semua urusan mereka dan tidak boleh ditukar ganti dengan peraturan lain dan sistem lain dalam apa-apa keadaan sekalipun.

Kesyumulan Islam juga terserlah dengan ajaran-ajarannya yang bukan sahaja mengatur tatacara hubungan manusia dengan Khaliqnya tetapi juga hubungan di antara manusia sesama manusia dan makhluk Tuhan yang lain. Islam adalah agama akidah dan syariah. Tujuan utama akidah ialah memurnikan perhubungan manusia dengan Tuhannya. Di antara tujuan syariat pula ialah menjaga keturunan, harta dan nyawa manusia.

0 comments: