Posted by
ibnu Yusof
comments (0)
Sungguh arena kata-kata berbeza dengan arena angan-angan,
Arena amal bukanlah arena kata-kata,
Arena jihad berlainan dengan arena amal yang biasa,
dan arena jihad yang benar berbeza dengan arena jihad yang salah.
Sangat mudah bagi orang untuk berangan-angan,
Akan tetapi,
tidak semua angan yang terlintas dalam hati dapat diungkapkan lewat kata-kata.
Dan sesungguhnya banyak orang yang mampu berkata-kata,
Tetapi..
Sedikit yang dapat menterjemahkannya lewat sesuatu amal,
Dan dari sedikit itu,
lebih sedikit lagi yang mampu memeliharanya secara Istiqamah,
serta akan semakin sedikit lagi
yang mampu mengatasi sulitnya medan jihad dan beratnya amal.
Mereka para mujahiddeen,
yang merupakan kelompok kecil dari para penolong agama Allah itu,
terkadang menyimpang dari garis yang ditentukan,
dan salah faham dalam meletakkan sasarannya..
kecuali jika mereka memperoleh
pertolongan Allah.
Dalam kisah Thalut,
telah ada penjelasan mengenai hal itu..
Kerna itu,
Tempalah dirimu masing-masing,
Melalui tarbiah yang shahih,
dan perhitungan yang cermat..
Ujilah dirimu dalam beramal,
Dengan amal yang tidak disukai oleh jiwa,
dan terasa berat olehnya..
Putuskanlah ia dari keinginan syahwat,
kebiasaan dan adatnya..
Janganlah kalian melewati waktu satu minit pun,
tanpa suatu amal..
Sebab di sanalah akan terdapatnya pertolongan,
dokongan dan kemenangan
dari Allah..
-petikan buku 'Penyebab Gagalnya Dakwah' : Dr. Sayyid M.Nuh
Labels:
puisi
Posted by
ibnu Yusof
comments (0)
Lazimnya sesuatu gerakan itu dikatakan bergerak jika ianya sentiasa berubah dan digerakkan. Begitulah juga lazimnya perubahan dikatakan terjadi sekiranya terjadinya pergerakan fizikal. Sebaliknya tidak ramai yang menyedari bahawasanya perubahan itu boleh berlaku tanpa pergerakan fizikal. Inilah suatu asas penting yang penting yang perlu difahami oleh pimpinan gerakan mahasiswa. Bagi kita gerakan Ilahiyat untuk menegakkan keadilan pada hakikat mutlaknya adalah kepunyaan Allah s.w.t.. Kebenaran Ilahiyat ini sentiasa ada walaupun tidak ada orang yang menggerakkannya. Di samping tidak dinafikan ianya akan diperolehi bagi mereka yang berusaha untuk mendekatinya.
Apa yang cuba di kemukakan di sini ialah ahli-ahli dalam gerakan mahasiswa tidak sepatutnya beranggapan bahawa tugas utama mereka adalah untuk memastikan kebenaran Ilahiyat itu dipelihara oleh mereka tanpa memikirkan Allah s.w.t. berhak memilih golongan yang lain untuk tugas ini. Atau berkeyakinan kitalah satu-satunya golongan yang dipilih Allah s.w.t. untuk tugas mulia ini. Atau berpandangan bahawa golongan-golongan yang tidak menjadi pendokong-pendokong kepada gerakan mahasiswa atau penentang-penentangnya akan terus menerus berada dalam keadaan yang sedemikian. Sebaliknya kita perlulah menyakini Allah s.w.t. s.w.t. mampu memberi hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya walaupun kita sebagai manusia tidak mampu melakukannya. Tidak mustahil individu-individu yang sekarang ini menentang kita, pada suatu hari kelak akan berada sebarisan dengan kita.
Berdasarkan kepada kefahaman inilah, ahli-ahli yang berada dalam gerakan mahasiswa tidak sepatutnya menganggap bahawa golongan-golongan yang menjadi penentang dan pencabarnya akan terus menerus manjadi penentang dan pencabarnya hingga ke akhir hayat. Apatah lagi dalam konteks kehidupan kampus, rata-ratanya pencabar-pencabar atau penentang-penentang kita adalah terdiri daripada rakan taulan dan sahabat handai yang mungkin sebilik, sekelas, sekuliah dengan kita. Tugas kita di sini ialah menyampaikan mesej kebenaran kita dengan semaksima dan seefisen yang mungkin disamping sentiasa menaruh pergantungan yang tinggi kepada Allah s.w.t. s.w.t. Disinilah hubungan spiritual yang tinggi perlu diaplikasikan antaranya menyakini manusia khususnya umat Islam pada suatu hari nanti akan kembali kepada keadaan fitrah asalnya.

Seperkara lagi yang berkaitan dengan konsep pergerakan mahasiswa perlu menyedari bahawa perubahan dari satu hari ke hari berikutnya biasanya bersifat kecil atau sedikit. Perubahan dalam situasi sejarah biasanya akan menjadi kukuh selepas lima, sepuluh, dua puluh atau tiga puluh tahun. Perubahan mendadak lazimnya tidak berlaku dengan mudah. Pengiktibaran yang jelas di sini ialah gerakan mahasiswa kenalah memastikan adanya kesinambungan perjuangan dari satu generasi ke generasi yang lain. Kekosongan pergerakan dalam satu-satu tempoh atau berlakunya jurang pemisah antara tempoh-tempoh masa tertentu hendaklah dihapuskan. Ianya mesti dilakukan terus menerus walaupun sedikit kuantiti atau kurang kualitinya pada ketika-ketika tertentu.
Perlu diingat juga, perubahan tidak semestinya bersifat fizikal atau dengan terjadinya sesuatu kejadian luaran. Perubahan yang melibatkan ilmu pengetahuan, persepsi, kefahaman dan penilaian realiti walaupun tidak bersifat fizikal tetapi pada hakikatnya mempunyai kesan yang sama dan mungkin mengatasi perubahan fizikal. Inilah antara bentuk asas gerakan mahasiswa yang sebenarnya amat mustahak tetapi kurang diberi perhatian. Amat jarang mahasiswa/siswi cenderung untuk mengkaji idea-idea doktrin-doktrin, pengalaman-pengalama, perjuangan atau pergerakan Islam lain. Dari jumlah yang sedikit itu pun amat payah untuk mencari pendokon-pendokong gerakan mahasiswa yang bebas daripada bayangan kedaerahan atau tempatan. Yang sepatutnya mahasiswa perlu mengkaji idea-idea perjuangan atau pergerakan walaupun ianya datang dari luar negara. Mereka juga perlu berani untuk menerimanya, jika ianya terbukti membawa kejayaan yang membanggakan.
Gerakan mahasiswa tidak boleh lagi menumpang bentuk gerakan lama yang mungkin sudah tidak relevan buat masa ini dan abad yang mendatang. Pencarian dan penerokaan method dan alternatif baru hendaklah dipergiatkan tanpa mengira sempadan masa, tempat, rupa bangsa dan bahasa. Untuk tujuan ini usaha-usaha yang gigih dan berterusan untuk berkongsi pendapat dan menimba pengalaman daripada gerakan-gerakan mahasiswa luar negara perlu dilaksanakan. Ini juga menuntut kepada ikatan setia dan persefahaman yang bukan sekadar bersifat tempatan bahkan antarabangsa.
Seterusnya menyedari hakikat kita berada di sebuah negara sekular, mana-mana gerakan Islam khususnya gerakan mahasiswa perlulah mempelbagaikan bentuk pergerakkannya asalkan tidak mengabaikan matlamat sucinya. Gerakan mahasiswa perlulah mewarnai pergerakan mereka dengan pelbagai warna pergerakan dalam menghadapi realiti masyarakat. Perlu difahami pergerakan mahasiswa bersifat yang ‘stereotype’ telah lama dikaji oleh musuh-musuh Islam. Lantaran ini menuntut kepada pembaharuan method dan strategi serta penggunaan segala peluang dan ruang yang ada. Sebagai contoh, dalam membela nasib pelajar-pelajar di kampus, pendekatan bersepadu yang melibatkan semua kumpulan pelajar yang dipimpin oleh gerakan mahasiswa Islam hendaklah dilaksanakan. Inilah beberapa aspek bentuk pergerakan yang sekaligus berhajatkan kepada persedian-persedian yang mantap di pihak pendokong-pendokong gerakan mahasiswa.
-sumber PMRAM
Labels:
artikel PMRAM
Posted by
ibnu Yusof
comments (0)
Secara umunya gerakan mahasiswa di Malaysia dijelmakan dengan sekumpulan pelajar-pelajar muslim yang mengikat diri mereka dengan satu ikatan tanzim atau organisasi tertentu yang bergerak dalam bentuk-bentuk tertentu bagi mencapai matlamat-matlamat tertentu dibawah nama-nama pertubuhan persatuan dan jamaah tertentu. Ahli-ahli dalam pertubuhan, persatuan atau jamaah tadi lazimnya akan mengikuti satu proses pentarbiyyahan yang telah disediakan oleh barisan pimpinan mereka yang mungkin diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain dengan tanpa ada penilaian dan analisis baru.
Secara idealnya gerakan mahasiswa mestilah bersifat satu gerakan bebas yang tidak bergantung atau berharap kepada mana-mana gerakan yang berada di luar kampus. Kepimpinan dalam gerakan mahasiswa ini perlulah menggunakan kreativiti mereka masing-masing untuk mengemudi dan melayari gerakan mereka. Mereka tidak sepatutnya amat mengharapkan berlakunya keselarian dan persamaan dengan gerakan di luar. Bahkan mereka tidak perlu di pertanggungjawab dengan apa yang berlaku terhadap gerakan-gerakan di luar kampus.
Gerakan mahasiswa perlulah memiliki pandangan sendiri yang dibina daripada keyakinan, keilmuan, maklumat yang dimiliki oleh mereka. Suara mahasiswa biarlah bersifat tidak menjaga kepentingan golongan tertentu yang berada di luar kampus. Suara mahasiswa akan hilang taringnya atau sudah tidak berbisa lagi sekiranya hanya bersifat ‘rubber stamp’ kepada gerakan-gerakan di luar kampus. Suara mahasiswa sebaliknya akan lebih suci dan dihormati jika lahir daripada hati-hati yang cintakan kebenaran hakiki tanpa mengenal kepada siapa ianya ditujukan. Yang salah mestilah diperbetulkan secara mati-matian, walaupun pahit untuk diterima oleh masyarakat dan gerakan-gerakan diluar kampus. Yang benar wajiblah diperagungkan walaupun jutaan cabaran yang dihadapi. Kalau adapun berlakunya persamaan dan berbetulan dengan pandangan masyarakat dan gerakan-gerakan luar kampus. Ianya dianggap sebagai suatu perkongsian kebenaran yang bersifat universal.
Walau bagaimanapun, ini janganlah disalahanggapkan seolah-olah gerakan mahasiswa langsung tidak ada hubungan dengan masyarakat dan gerakan-gerakan di luar kampus. Atau beranggapan dunia mahasiswa adalah suatu dunia yang terpisah daripada realiti masyarakat dan gerakan-geralkan di luar kampus. Atau beranggapan tidak bolehnya berlaku perkongsian idea, pengalaman, tenaga dan sebagainya antara kedua-dua kumpulan gerakan ini. Apa yang sebenarnya ditekankan disini ialah, mahasiswa atau masyarakat yang bergerak dalam realiti dunia sekular perlulah menyedari bahawa gerakan atau suara mahasiswa akan lebih ditabalkan dan dimuliakan jika mereka diberi peluang seluas-luasnya untuk menjadi agen perubah masyarakat. Dalam erti kata yang lain, biarlah gerakan mahasiswa menentukan prinsip-prinsip mereka, halatuju mereka dan bentuk gerak kerja mereka. Masyarakat atau gerakan diluar kampus tidak perlu campur tangan dalam penentuan perkara-perkara asas gerakan mahasiswa.

Pada masa yang sama, masyarakat dan gerakan-gerakan luar tidak boleh memandang sinis atau sepi terhadap buah fikiran yang dikemukakan oleh gerakan mahasiswa. Manakala bagi pihak gerakan mahasiswa, mereka tidak boleh berlagak seperti pemimpin-pemimpin masyarakat atau gerakan-gerakan diluar kampus. Unsur-unsur negatif seperti menjaga kepentingan individu-individu tertentu diluar kampus perlulah dijauhi. Apa yang dikehendaki di sini ialah mahasiswa bertanggungjawab menjadikan gerakannya sebagai gerakan mahasiswa yang tulen dan tidak menjadikan gerakan mahasiswa hanya sebagai cabang-cabang kepada gerakan pertubuhan-pertubuhan, persatuan atau jamaah diluar kampus. Inilah antara konsep-konsep penting yang perlu difahami oleh semua ahli-ahli dan terutamanya barisan kepimpinan gerakan mahasiswa.
- sumber PMRAM
Labels:
artikel PMRAM
Posted by
ibnu Yusof
comments (0)
Individu adalah komponen terkecil penyusun masyarakat, Dia memegang peranan penting dalam menentukan perjalanan dan bentuk masyarakat itu sendiri. Oleh kerana itu, yang menjadi tonggak dalam gerakan kita adalah individu, kemudian keluarga, dan akhirnya masyarakat. Maka perbaikilah dirimu terlebih
dahulu, kemudian serulah orang lain ke jalan kebaikan. Kerana terwujudnya peribadi-peribadi yang benar-benar mukmin akan membuka banyak peluang untuk sukses. Inilah karakteristik Islam yang paling menonjol, iaitu pembentukan pribadi islami (takwin asy-syakhshiyab al-islamiyyah).

Walau jumlah orang yang memusuhi Islam sangat banyak, namun jika kita dapat mengajak satu orang dari mereka dalam setiap hari agar mahu bergabung dalam dakwah islamiah, maka perlahan tapi pasti kita telah mengentaskan mereka dari kehinaan jahiliah menuju kemuliaan di bawah naungan cahaya Islam. Bukankah ini adalah tujuan dakwah? Bukankah mencari pengikut dengan cara seperti ini adalah tindakan yang bijaksana dan akan membuahkan hasil yang jelas? Tugas kita adalah meluruskan pendapat umum yang salah terhadap Islam. Jika individu bisa menjadi baik, maka nusyarakat pun akan menjadi baik, dan dengan sendiri-nya Islam akan berdiri tegak.
Dalam jamaah dakwah islamiah sendiri, kita mengadakan suatu program yang kita sebut dengan projek al-akh al-wahid, yaitu setiap anggota berjanji dan berusaha untuk mengajak satu orang anggota baru dalam satu tahun. Tidak seorang pun diperbolehkan menunda-nunda waktu, kerana perputaran waktu adalah bahagian dan pengobatan dan pembentukan (at waqtu juz'un minal 'ilaj wat takwin). Sehari dalam kehidupan individu adalah setahun dalam kehidupan umat.
Umat yang mengerti betul akan hakikat kehidupan, mereka tidak akan pernah mati. Ini semua akan bergantung pada para da'i dalam memandang kesucian dan urgensi risalah dakwah serta bergantung pada pengorbanan para da'i, baik harta, tenaga, maupun waktu. Yang perlu diperhatikan oleh para da'i pada masa pembentukan (fase takwiniyab) adalah memberikan uswah hasanah, bertujuan menampilkan di hadapan masyarakat gambaran nyata tentang Islam. Ini harus dilakukan dengan kemantapan iman, pemahaman yang universal, dan bertoleransi dalam masalah-rnasalah khilaf dan furu.
Metode dakwah haruslah secara tadarruj (bertahap), sebagaimana firman Allah
swt.,
swt.,
"Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat."
(Asy-Syu'ara: 214)
(Asy-Syu'ara: 214)
"Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang musyrik. "
(Al-Hijr: 94)
(Al-Hijr: 94)
"Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi, kerana sesungguhnya mereka telab dianiaya. Sesunggubnya Allah benar-benar Mahakuasa menolong mereka itu." (Al-Hajj: 39)
Dari anasir jahiliah, Rasul mencetak pasukan hidayah. Dari anasir hidayah, Rasul menaklukkan negen-negeri thaghut. Di jalan itulah, Rasul meletakkan sistem dakwahnya.
-petikan Buku Bagaimana Menyentuh Hati oleh Abbas As-Siisiy
Labels:
Dakwah
Posted by
ibnu Yusof
comments (0)
Islam adalah agama yang membawa rahmat kepada manusia dan alam semesta. Ajaran Islam adalah syumul merangkumi segala aspek kehidupan manusia menjadikannya satu tatacara hidup (comprehensive code of life). Ia memadukan keperluan rohani dan jasmani, kepentingan duniawi dan ukhrawi. Setiap persoalan hidup diberi panduan dan saranan sama ada secara detil ataupun dalam bentuk kaedah-kaedah umum supaya tindak- tanduk manusia dipimpin ke jalan yang akan memberi manfaat kepadanya dan alam semesta serta menjauhi kemusnahan dan kemudharatan.
Islam sebagai Ad-Deen adalah lengkap dan sempurna. Firman Allah :
Maksudnya :
”Di hari ini Aku menyempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku menyempurnakan ke ats kamu nikmatKu, dan Aku redha bagi kamu Islam sebagai Agama.”

Islam adalah peraturan hidup yang terbaik dan kekal abadi yang boleh diberikan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Inilah sebabnya Allah menjadikannya sebagai peraturan hidup yang mesti diterima oleh seluruh umat Islam dalam semua urusan mereka dan tidak boleh ditukar ganti dengan peraturan lain dan sistem lain dalam apa-apa keadaan sekalipun.
Kesyumulan Islam juga terserlah dengan ajaran-ajarannya yang bukan sahaja mengatur tatacara hubungan manusia dengan Khaliqnya tetapi juga hubungan di antara manusia sesama manusia dan makhluk Tuhan yang lain. Islam adalah agama akidah dan syariah. Tujuan utama akidah ialah memurnikan perhubungan manusia dengan Tuhannya. Di antara tujuan syariat pula ialah menjaga keturunan, harta dan nyawa manusia.
Labels:
Alam Sekitar