“ Wahai orang-orang beriman, jagalah dirimu dan ahli keluarga kamu dari api neraka”
Kuliah Jumaat pagi itu bersama Tok Guru menyentuh tentang tafsir ayat ini. Satu kupasan yang baik, yang sungguh menyentuh hati & memikat aku untuk terus mendengarnya. Allah mnyebut di dalam Al-Quran, bahawa kita orang yang beriman supaya menjaga diri kita dan kerluarga kita dari api neraka yang menyala. Maksud atau tafsir kepada “ahli keluarga kamu” bukan setakat ahli keluarga kita sahaja, tetapi mempunyai pengertian yang luas yang bermaksud sesiapa sahaja yang berada di sekeliling kita, kita wajib menjaga mereka dari apai neraka.
Jika berada di kampus, maka kita mesti menjaga warga kampus dari api neraka. Jika kita berada di kolej kediaman atau rumah sewa, maka kita mesti menolong atau membimbing sahabat-sahabat kita dari api neraka. Jika berada di rumah, maka kita wajib memberitahu, memberi nasihat, menunjukkan jalan, dan membimbing ayah, ibu, kakak, abang, adik-adik, sepupu dan seluruh keluarga kita dari bahang panas api neraka.
Sayang KELUARGA kerana Allah
Aku sayangkan keluargaku. Apabila mendengar tentang ayat ini, ku rasakan seolah-olah bahuku memikul bergunung-gunung bebanan tanggungjawab yang mesti aku laksanakan. Seolah-olah ayat itu berkata kepada ku, “Yusri, kamu jagalah dirimu dan keluargamu.. Bimbinglah ayah , ibu, kakak dan adik-adik perempuanmu untuk mereka merasai kemanisan cahaya Islam.. Janganlah kamu abaikan mereka, kerana ini adalah amanahmu. Mereka perlukan kamu. Kamu adalah harapan keluarga. Kerna kamu telah ditarbiah, kerana kamu fahami tuntutan Islam dan kerana kamu adalah pendakwah. “
Di nilam puri, aku pernah bertanya, “ Ustaz, macam mana nak didik keluarga saya.. ?”.
“Yusri, dalam nak didik keluarga ni, bukanlah suatu perkara yang mudah. Nta kena banyak bersabar. Janganlah mengharapkan perubahan dalam keluarga berlaku dalam sekelip mata sahaja. Ia mungkin memakan masa berminggu2, kadang2 berbulan2 bahkan mungkin juga bertahun-tahun. Jangan mengharapkan hari ini kita memberi nasihat, esok terus berubah. Kita ini hanya memberi nasihat dan membimbing. Yang Maha Menguasai hati manusia adalah Allah. Walau berlaku perubahan hanya 1% sahaja dalam keluarga nta, itu sudah menjadi satu kejayaan bagi nta. Ingat, kita hanya berusaha dan Allah tengok pada usaha kita, bukan pada hasilnya.”
Aku selalu berfikir, kalau aku mati, sapa yang nak didik ayah, ibu, khususnya kakakku dan adik-adik perempuan ku tu? Aaah macam mana nak buat ni.?
Aku pun tanya lagi pada ustaz. “ Yusri, kalau nta bersungguh-sungguh didik keluarga nta, nta jangan bimbang. Allah ni Maha Memahami. Yakinlah, akan ada orang lain yang akan masuk dalam keluarga nta atau sesiapa sahaja untuk membimbing keluarga nta.”
Hmm… betul juga kata ustaz ni.. sedikit lega rasanya.
“ya Allah, kurniakanlah aku kekuatan dan permudahkanlah jalanku untuk aku membentuk keluargaku.. sesungguhnya Engkaulah Maha Memahami hati-hati hambaMu..”
Buat Ayah dan IBu, Angah sayangkan kamu kerana Allah. Doakanlah agar angah menjadi anak soleh. Buat Kak Long, adik pun sayangkan kak sepenuh hati. Buat adikku Atih, acik, dan adik sue, abang Ngah sangat sayangkan kamu semua. Kamulah adik-adik abang yang paling abang kasih dan yang abang cinta. Angah sebagai anak, sebagai adik, sebagai abang kepada kamu semua, berjanji akan terus membimbing kamu.. Maafkanlah jika angah ada terguris hati kamu semua..
“ Ya Allah, temukanlah kami sekeluarga di taman Syurga kelak. Amen..”
[Surah Ar-Ruum: 21]
Baitul Da’wah adalah istilah yang saya gunakan bagi mengambarkan ikatan perkahwinan antara seorang muslim dengan saudara baru. Salah satu tujuan utama baitul da’wah ini adalah untuk menjaga, membimbing dan mendidik saudara baru untuk lebih memaknakan diri mereka di dalam Islam, dengan satu ikatan yang kuat dan utuh. Ikatan ini bukanlah suatu peluang untuk berkahwin campur secara suka-suka semata, bahkan ini adalah ikatan yang penuh rasa tanggungjawab dan amanah untuk memberi erti hidup pada memberi kepada mereka yang memerlukannya. Yang paling penting ialah, baitul da’wah ini merupakan salah satu uslub atau manhaj yang kita ambil untuk tujuan dakwah dan mengikat manusia dengan Islam.
Jika gerakan Kristian, Yahudi dan agama-agama lain membuat perancangan yang teratur dan tersusun untuk memerangkap anak remaja kita, pemuda-pemuda mereka sanggup mencucuk jarum cinta di hati anak gadis Islam dan akhirnya terlanjur, lalu mereka mengahwini anak gadis kita setelah berjaya memurtadkannya. Mereka lakukan segalanya adalah semata-mata untuk agama mereka yang mereka yakini. Maka mengapa tidak kita yang seharusnya lebih rancak dan kitalah sepatutnya lebih terkedepan kerana kita adalah pemegang amanah Islam.
Di dalam sejarah perkembangan Islam di nusantara, salah satu cara Islam berkembang adalah melalui ikatan perkahwinan. Contohnya, antara sultan Melaka dengan Puteri Hang Li Po, antara ulama’-ulama’dan saudagar Islam dengan perempuan Melayu dan sebagainya.
Dakwah itu 3E.
Dakwah itu adalah 3E (Everytime, Everywhere, Everyone) iaitu setiap masa yang kita lalu, dimana sahaja kita berada dan dakwah Islam itu adalah untuk dirasai oleh sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa, adat, kepercayaan dan sebagainya. Islam itu bukanlah untuk sesuatu bangsa sahaja bahkan ia adalah hak semua bangsa untuk dimiliki dan dihayati. Islam itu untuk SEMUA.
Dakwah itu adalah merupakan apa-apa sahaja ruang masa atau rongga peluang yang ada di sekeliling kita, yang mampu kita bolosi, yang mampu kita masuki, yang mampu kita serapi dan yang mampu kita ambil untuk meninggikan, menyebarkan dan mempamerkan kecantikan Islam. Dakwah itu juga memberi peluang kepada semua manusia untuk memahami, belajar dan cuba untuk menghayati Islam. Tidak ada sebarang sekatan dan halangan bagi sesiapapun untuk mengenali Islam. Oleh itu, dakwah adalah amanah kita. Di mana, bila-bila masa dan kepada sesiapa sahaja kita perlu laksanakannya. Jika perkahwinan itu cara & peluang terbaik untuk Islam, maka laksanakanlah.
Baitul Da’wah di kampus.
Di kampus terdapat beberapa kes yang berkaitan dengan muallaf ini.
1- seorang siswi masuk Islam kerana cinta dengan seorang siswa, tetapi tidak lama kemudian siswa tersebut mula beralih arah dan mengabaikannya.
2- Seorang siswi cina ingin memeluk Islam kerana Islam menjaga hak-hak wanita, dan berkenalan dengan seorang lelaki Islam dan bercinta dengannya. Namun lelaki tersebut akhirnya memutuskan cinta dengan siswi tersebut atas alasan tertentu.
3- Seorang siswa yang baru memeluk Islam, dan syukur lillah dia telah bertunang dengan seorang siswi muslim.
4- Seorang siswi sanggup berkahwin dengan seorang muallaf luar negara untuk mengajarkannya tentang Islam.
Seimbas lalu kes-kes yang ada, persatuan mahasiswa Islam kampus atau kelab-kelab Islam kampus perlu memberi perhatian dan menjaga muallaf atau sesiapa sahaja yang baru nak berjinak-jinak dengan Islam. Sehinggakan hal perkahwinannya kita perlu aturkan. Agar mereka sentiasa terjaga dan penghayatan Islam mereka dapat berlangsung secara berterusan.
Banyak kes-kes murtad yang berlaku adalah dikalangan saudara baru (muallaf) kerana tiada follow up. Ada di kalangan kita yang beriya-iya mengislamkan seseorang, kemudian membiarkannya terkontang-kanting dan merangkak-rangkak dan akhirnya kembali semula kepada agama asal atau masuk agama lain.
Saya mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk baitul da’wah. Dan, saya amat menyanjungi keberanian mereka atas dasar tanggungjawab dan amanah untuk Islam.
*Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan perkongsian minda serta renungan, bukanlah sebagai rujukan.
“Asyik politik sahaja. Ke mana hilangnya Tarbiyah? Demonstrasi bukan main ramai yang turun, solat jemaah di masjid habuk pun tiada!”, rungut seorang perungut di kampus.
“Tak habis-habis dengan isu Tarbiyah diri, syakhsiah dan peribadi. Di mana sensitiviti warga kampus dengan ancaman massa? Nak baiki diri sedangkan keliling penuh kemungkaran? Bagai membela anak di kandang harimau. Silap-silap, kita dan anak dua-dua dibaham sama”, keluh seorang pengeluh di kampus.
Rungutan dan keluhan silih berganti. Dalam rentetan rasa tidak puas hati itu, tercetus pelbagai reaksi warga kampus terhadap dakwah mereka sendiri.
Kerja dakwah di kampus memang mencabar. Tambahan pula cabaran itu berubah dari semasa ke semasa. Kumpulan dakwah yang gagal membaca perubahan lantas gagal mengubah strategi dan pendekatan, akan mengalami kelumpuhan sokongan dan perhatian warga kampus.
Banyak persoalan yang dilontarkan kepada saya. Serba salah mahu menjawabnya, kerana saya takut saya akan cuba memaksa pengalaman silam kepada hari ini yang sudah jauh berbeza berbanding semalam.
Mungkin serba sedikit perkongsian pengalaman sebagai bekas aktivis pelajar.. jika ada kebaikan yang dapat dikongsi bersama, mohon taufik dari Allah agar diperkembangkan ia.
Di dalam mailing list saifulislam @ yahoogroups, saya melepaskan sebahagian maklum balas kepada isu gerak kerja dakwah di kampus (mesej #1928 - #1955) untuk melihat maklum balas umum. Persoalan berkaitan sensitiviti dan kerahsiaan tidaklah begitu signifikan kerana ia adalah ‘rahsia umum’ yang diketahui semua. Kelesuan gerakan pelajar berteraskan Islam melanda hampir kesemua kampus dan kelesuan itu adalah sebahagian daripada kelesuan gerakan Islam itu sendiri, khususnya semenjak tiga atau empat tahun kebelakangan ini.
Namun, tidaklah komen-komen yang diberikan itu mendatangkan apa-apa manfaat, jika ia sekadar luahan rasa tidak puas hati dan mengumumkan kecederaan peribadi kepada ramai.
Keterlibatan seseorang di dalam aktiviti Islam di kampus, mestilah secara PRO AKTIF. Maksud saya, memang tidak dinafikan, keterlibatan kita di dalam aktiviti seperti usrah, seminar, tamrin dan sebagainya adalah ke arah untuk memperbaiki diri, tetapi melibatkan diri dalam dakwah semata-mata untuk MENERIMA, bukanlah ciri seorang mukmin yang cemerlang. Cemerlang is Better than Good or even Better than Best.
Apabila kita menyertai kerja dakwah secara proaktif, maka kita tidak akan menghukum diri dengan masalah. Jika zaman anda adalah zaman gerak kerja dakwah itu cemerlang, maka terlibatlah secara pro aktif dengan menyumbangkan sebanyak mungkin idea dan tenaga untuk meningkatkan kecemerlangan itu.
Namun jangan lupa kepada realiti kehidupan. Kita tidak sentiasa dapat apa yang kita suka, maka belajarlah untuk suka apa yang kita dapat. Jika ditakdirkan Allah, era keterlibatan kita di dalam kerja dakwah itu adalah era masalah, krisis, lesu dan bisu, maka tawarkanlah diri untuk menjadi sebahagian daripada penyelesaian.
Zaman Tarbiyah dan Politik cemerlang, kita dapat peluang untuk belajar cara melaksanakan tugas secara optimum. Zaman Tarbiyah lesu dan Politik bisu, ambillah peluang untuk belajar menyelesaikan masalah. Ia sangat mematangkan kerana realiti di dalam kehidupan pasca campus memang tidak seindah kertas kerja dan seminar.
Jika kita tidak berpuas hati dengan kumpulan yang kita sertai, kumpulan mana yang kita mahu pergi jika kesempurnaan yang dicari? Semua kumpulan yang ada adalah kumpulan manusia. Kalau manusialah nama ahlinya, kelebihan dan kekurangan adalah corak yang mesti wujud. Buat apa mengeluh dan berlari ke kanan, seketika ke kiri pula, kerana melarikan diri dari kekurangan? Tampilkan peranan… berhentilah daripada bersikap reaktif dan melarikan diri dari kekurangan. Jika anda terus berlari mengejar kesempurnaan, anda sebenarnya berlari di dalam satu pusingan yang akan berakhir di titik yang sama.
Kekurangan dan kelemahan bukannya untuk dicela atau dibenci. Ia pelajaran dari Tuhan untuk kamu. Kamu sudah ada kehidupan tahun 2007 yang penuh kesempurnaan. Maka apa salahnya kumpulan dakwah kamu diuji dengan kekurangan? Setelah hidup penuh ganjaran pahala syukur atas kesempurnaan, gunakanlah gelanggang dakwah untuk mengutip pahala sabar dan tekun memperbaiki kelemahan.
Sebab itulah dalam banyak tulisan saya, saya tegaskan, what happened to you is not as important as what happen IN YOU. Bagaimana anda memanfaatkan peluang dan bagaimana anda memanfaatkan masalah? Kedua-duanya adalah ‘musibah’ yang baik, yang Allah kurniakan sebagai guru kehidupan kita.
Katakanlah (Wahai Muhammad): “Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yYang telah ditetapkan Allah BAGI kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu bertawakal” (At-Taubah : 51)
Semua musibah sama ada berupa kurnia mahu pun bencana, adalah ketentuan Allah UNTUK kita. Bukannya hukuman KE ATAS kita. Namun, sikap kita dalam mendepani cabaran itulah yang menentukannya. Jangan lupa diri terhadap kejayaan dan jangan lemah semangat dengan kegagalan. Sesungguhnya kejayaan itu bukannya destinasi, ia adalah sebuah perjalanan. Maka di sepanjang perjalanan dakwah di kampus, raikanlah segala kemenangan kecil, biar pun ia hanya membetulkan senget tudung seorang gadis yang naif.
Syabas kepada pemimpin pelajar yang gigih memimpin, syabas juga kepada pelajar yang gigih menentang AKU TIDAK PEDULISMA.
Pujuklah dirimu wahai si pengeluh, agar menjadi salah satu antara dua. Sama ada menjadi penyumbang kecemerlangan, atau menjadi penawar diri kepada penyelesaian. Bagi yang berjuang sekadar di pinggiran, mengeluh sepanjang zaman, sesungguhnya Syurga tidak begitu mengalu-alukan penonton yang budiman.
Erti Hidup Pada Memberi… be proactive!
Wassalamualaikum wbt.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com

Saya antara pelajar yang teraniaya dek perlaksanaan dan pengurusan Medsi yang dijalankan untuk sesi ke-2 pada tahun 2008. Saya adalah pelajar dari Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Nilam Puri bagi sesi 2007/2008 yang telah mendapat untuk melanjutkan pengajian di kampus utama Universiti Malaya Kuala Lumpur dalam Program Sarjana Muda Pendidikan Islam.
Pada 19 April 2008 yang lalu, saya bersama sahabat-sahabat saya seramai 104 orang dari APIUM, Nilam Puri telah menduduki ujian di sebuah sekolah menengah di Kota Bharu beserta pelajar-pelajar STPM juga. Selepas hampir sebulan, kami menerima keputusan ujian bertulis tersebut melalui panggilan telefon sahaja. Malahan ada sebahagian daripada kami tiada menerima panggilan apa-apa dan terpaksa menelefon sendiri untuk mengetahui keputusan sama ada lulus atau tidak bagi ujian bertulis tesebut bagi menghadiri temuduga MEDSI. Kami mendapati seramai 48 orang pelajar APIUM, Nilam Puri tidak lulus ujian bertulis MEDSI.
Namun begitu, kami semua tetap menerima surat tawaran daripada kampus utama Universiti Malaya Kuala Lumpur untuk meneruskan pengajian di bawah Program Sarjana Muda Pendidikan Islam. Tetapi, setelah menjalani kuliah dalam progam tersebut selama 3 minggu, kami dimaklumkan seramai 48 orang pelajar yang tidak berjaya menduduki temuduga MEDSI diminta supaya menukar ke program lain iaitu sama ada mengikuti Program Sarjana Muda Usuluddin atau Sarjana Muda Syariah. Hal ini menyebabkan kami ketinggalan dalam banyak subjek kerana sibuk menguruskan masalah pertukaran kos.
Dengan ini timbul pelbagai masalah dan persoalan yang mengelirukan dalam minda kami, Mengapa hal ini perlu berlaku terhadap kami sahaja bagi kampus cawangan Nilam Puri?? Kami berasa dianaktirikan! Sedangkan pelajar-pelajar STPM yang menduduki ujian MEDSI mendapat keputusan yang jelas melalui surat yang menyatakan sama ada mereka lulus ataupun tidak. Tetapi kami sebaliknya.
Hal ini tidak adil bagi kami yang sudah 2 tahun bagi pelajar semenanjung dan 3 tahun bagi pelajar Sabah dan Sarawak yang berada di APIUM Nilam Puri atas tiket pendidikan Islam. lagipun jika benar-benar pihak MEDSI ingin berbuat demikian, kenapa tidak dimaklumkan awal sebelum kami berada di kampus utama???
Dikesempatan ini, saya mewakili sahabat-sahabat yang senasib dengan saya diberikan penjelasan tentang masalah yang berlaku oleh pihak pengurusan MEDSI atau pihak yang berkenaan agar perubahan yang ingin dilakukan adalah perubahan yang terbaik, bukan menyusahkan mana-mana pihak. Oleh hal yang demikian, saya mencadangkan :-
Perlaksanaan MEDSI lebih bersistematik.
Pihak pengurusan APIUM membuka kouta yang lebih luas kepada kami seramai 48 orang sekiranya benar kami tidak diberi peluang untuk meneruskan pengajian di bawah Program Sarjana Muda Pendidikan Islam.
Diharapkan kami diberikan perhatian.
Mahasiswa Teraniaya.
Semalam aku hadir ke Majlis Berbuka Puasa Usrah Kebajikan Profesional (NGO alumni PMIUM). Syukur ku panjatkan pada Ilahi, dapat juga jumpa Cikgu Syahrul. Dapatlah aku membuka hasrat hati untuk bincang sikit tentang pendekatan program WISE (NGO Majlis Dakwah Gamis) ke sekolah menengah.Dalam masa kira-kira 20 minit sembang-sembang dengan cikgu syahrul, aku tertarik dengan keluhan cikgu tentang situasi budak-budak sekolah menengahnya.. “pelajar sekarang se awal tingkatan 1.., dah pandai berzina..”. keluh Cikgu.
“Haah..! berzina.?” Aku terkejut.
“ya, budak-budak ni pandai, dia orang buat ‘projek’, pukul 7 pagi dah complete. “kata cikgu.
“sebelum cikgu-cikgu datang dia orang buat. “ sambungnya lagi.
“buat dalam sekolah ke cikgu..?” tanyaku.
“tak. Diaorang buat kat sekitar luar sekolah. Maknanya sebelum sampai ke sekolah, dia orang dah buat ‘projek’. “ jawab cikgu.
Aku mengeleng-ngelengkan kepala. Ya Allah.. teruknya adik-adik aku ini. Ahh.. terasa makin beratnya bebanan aku..
Tetapi.. ini bukanlah kes pertama yang aku dengar. Di Terengganu pun ada kes pelajar tingkatan 1 sekolah agama duduk ditepi pantai sampai berpelukan. Bila di tangkap, mereka tanya, “ Ustazah.. salah ke kami berpeluk sahaja..? kami tak berzina pun..”. Ya Allah.. jahilnya mereka ini dalam memahami nilai Islam.
Namun bagi aku,mereka tidak bleh disalahkan 100 %. Mereka kemungkinan betul-betul jahil. Tak mampu menilai antara yang betul dan yang dilarang, lantaran ceteknya pemahaman dan input Islam yang mereka perolehi. So, nak salahkan siapa?
Masih lagi terngiang-ngiang ketika di Nilam Puri, “ cuba kita bayangkan 15 tahun akan datang, bagaimana keadaan masyarakat kita? Siapakah pemimpin pada masa itu? Siapa pendakwah ketika itu? Siapa yang bertanggungjawab pada masyarakat pada masa itu..?”… “semuanya KAMU..! kamu adalah pemimpin ketika itu, kamulah pendakwah ketika itu dan kamulah yang bertanggungjawab pada masyarakat ketika itu..! Adakah kamu nak harapkan orang yang tak punyai pegangan agama memimpin masyarakat? “
"Selamatkan Remaja Kita"
At the end of the debate - "Christianity and Islam" - which appeared on
the SABC-TV programme "CROSS QUESTIONS" on Sunday 5th June
19831, the Chairman, Mr Bill Chalmers commented:
"I think it can be said from this discussion that there is, at present,
somewhat more accommodation on the Islamic side for the founder
of Christianity than there is on the Christian side for the founder of
Islam. What the significance of that is, we leave it to you, the viewer,
to determine, but I do think you will agree that it is a good thing that
we are talking together." "BILL" as he is popularly addressed, without any
formalities, on all his programmes, by all his panelists, is extremely
charming and stupendous in his humility. He is a picture of what the Holy
Quran portrays of a good Christian..
Click DownLoad Book
Berikut adalah tulisan Ketua Penerangan PAS Puchong. Tiada kata-kata selain alhamdulillah, dan syabas serta tahniah kepada Ust Yusof dan sahabat2 yang banyak mendampingi beliau.
SELAMAT DATANG - ARUN SBG SAUDARA BARU......
Salam....... .. Syukur Ke hadrat Allah, pada Selasa jam 11.30 pagi tertulislah sejarah di mana Saudara Arun yang kini namanya Harun Bin Abdullah menerima Islam sebagai agama kepercayaannya. ...
Saya dan Abang Harun Nayan ke Bahagian Saudara Baru JAIS untuk mendaftarkan kemasukan Sdr Arun ke dalam Agama Islam. Selesai sahaja urusan.... terus saya mengajar beliau mengambil wudu' dan membersihkan diri....dan harap beliau akan memulakan kehidupan baru dengan sebagai Muslim yang sejati.
Saya akan mengambil peranan sebagai guru beliau setakat termampu bagi merialisasikan impian beliau untuk menjadi Muslim sebenar dan pendakwah.
Beliau juga akan menyertai PAS dalam masa terdekat tetapi akan kekal sebagai Pengerusi Kelab Penyokong PAS Puchong. Alhamdulillah beliau mempunyai hubungan yang baik dengan ramai pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat. Beliau pernah berceramah sepentas dengan Dr. Hassan Ali, Dr. Hatta Ramly, Dr. Lolo, Dr. Halimah, Dr. Mariah, Haji Anuar Tahir, Cik Aiman Atirah, Ronnie Liu, Nurul Izzah, Dr Xavier dan ramai lagi. 8 Jun ini beliau akan berceramah di Semenyih dengan Tuan Haji Mohd Sabu.
Saya sendiri tidak ada pilihan selain berusaha mengketengahkan beliau dengan kerjasama pimpinan PAS Pusat dan PAS kawasan-kawasan ... agar beliau terus memainkan peranan menjadi juru cakap PAS melalui Kelab Penyokong ini. Hakikatnya beliau bukan sahaja telah berceramah di Puchong... malah telah menjelajah ke banyak tempat termasuk akan berceramah dalam masa terdekat di Kelantan bersama Tuan Guru Dato' NIk Aziz NIk Mat.
Dari pemerhatian saya... bukan sahaja beliau mempunyai keazaman yang kuat untuk menerima perjuangan PAS... tetapi mempunyai cita-cita untuk membantu PAS menyampaikan risalah perjuangan ini di kalangan kaum India. Walaupun pelbagai kesukaran saya dan abang Harun Nayan terpaksa lalui dalam tempoh hampir 100 hari selepas pilihanraya ini untuk memastikan swing 80% kaum India di dalam pilihanraya lalu di DUN Sri Serdang dapat dikekalkan tetapi sesungguhnya dengan kehadiran saudara Harun @ Arun ini... tentu ia akan memberikan banyak kekuatan untuk mengekalkan momentum ini.
Hanya sokongan dari pimpinan PAS Kawasan dan ahli-ahli PAS yang sangat beliau harapkan. Atas dasar itu saya mengharapkan beberapa perancangan beliau akan sentiasa mendapat sokongan dan dokongan semua pihak. Saya sendiri telah memaklumkan tentang struktur Kelab Penyokong ini yang hampir lengkap dan sedia digerakkan dari masa ke semasa.
Melalui Kelab ini juga Sdr Arun@Harun dengan AJK telah menyewa sebuah bangunan di Puchong Intan dan telah menghabiskan RM 10,000 untuk deposit + 5 cek untuk pendahuluan sewa 5 bulan ( sebulan sewa RM1000.00 ). InsyaAllah, Pusat Khidmat DUN Sri Serdang juga akan beroperasi disini sebagai tanda sokongan kepada keikhlasan Sdr Arun@Harun dan rakan-rakan Jawatankuasa Kelab Penyokong PAS Puchong.
Mungkin sebahagian kita memandang remeh usaha ini..... tetapi ini juga adalah satu tanggungjawab dari segi perjuangan dan dakwah yang tidak boleh di pandang ringan oleh kita yang telah ditarbiyyahkan dengan sempuran di dalam sistem tarbiyyah PAS selama ini.
Akhirnya.... saya menyeru semua pihak di dalam PAS agar dapat sama-sama mendoakan agar Sdr Harun @ Arun sentiasa memperolehi kekuatan dan petunjuk dari Allah di dalam meneruskan misi beliau membantu perjuangan PAS ini. Pemergian beliau ke Kelantan pada 23 - 25 hb ini untuk mendapat restu dan doa dari Tuan Guru agar dapat memantapkan lagi keazaman dan semangat juang beliau, InsayAllah.
MOHD YUSOF ABDULLAH
Petang semalam semalam saya dengan sahabat-sahabat Gamis adakan demostrasi aman di masjid negara untuk menyatakan bahawa hati kami ini tak redho dengan konsert yang diadakan. Malamnya pula kami ke konsert Avril untuk edaran risalah bersama-sama pemuda PAS pusat. Walaupun lihatnya usaha kami ini seolah-olah setitis air untuk memadamkan api yang menjulang, namun inilah yang kami dapat lakukan setakat ini.
Di mana Mufti?
Saya merasa amat kecewa dengan mufti yang dulunya lantang bersuara berkenaan Isu Sumpah Saiful. Namun suara-suara itu senyap tanpa berita. Pelik dan penuh kehairanan. Di mana kah peranan dan pendirian mufti tentang konsert ini.? Adakah konsert ini bagi mereka tidak tidak seteruk isu sumpah? Atau mereka bertindak mengeluarkan kata-kata apabila di arahkan untuk berbuat demikian?
Saya bukannya nak persoalkan sangat peranan mufti. Cuma, di manakah amanah dan tanggungjawab mereka selaku orang yang arif tentang Islam dan mempunyai autoriti di dalam negara dan masyarakat? Di manakah perana mereka sebagai pemegang amanah Allah untuk membetulkan masyarakat?
Saya tidak menafikan kemungkinan ada di kalangan mufti yang menyatakan bantahan secara senyap-senyap dan sebagainya. Saya memuji beberapa mufti yang sebelum ini bersuara tentang Isu Murtad, Isu Sure Heboh, Isu peraduan SMS dan lain-lain. Tapi hanya mufti yang sama sahaja yang berani. Di manakah mufti yang lain?
Wahai mufti-mufti sekalian..
Jalankanlah amanah kamu sebelum terlambat.
Kerana dunia makin hampir dengan kiamat.
Selamatkanlah & rawatilah penyakit umat.
Jangan sudah hancur semuanya baru nak bagi ubat..
Tiada gunanya kerana sudah terlambat..
Ingat! penghisaban Allah amatlah ketat.
Saudara-saudara yang budiman,
Andainya penjajah barat merampas harta benda kita, memeras kekayaan negara kita, membunuh, menghapuskan anak cucu kita habisan-habisan dan memusnahkan rumah tangga kita, maka kezaliman seperti itu tidaklah seburuk atau sejelik-jelik natijah jika dibandingkan dengan kezaliman yang mereka lakukan terhadap kita dalam bentuk menaburkan racun-racun tamaddun kebendaan, kebudayaan dan pengetahuan sains yang mengingkari kewujudan Tuhan dan moral akhlak yang runtuh. Apa yang dapat kita lihat dibuat oleh musuh-musuh Islam itu ialah contohnya:
PERTAMA :
Merombak sistem pelajaran dan pendidikan adalah antara menjadi tujuan penjajahan . Setiap kali berjaya menguasai sesebuah negara Islam, mereka biasanya terus menghapuskan sistem pelajaran dan pendidikan kita jika mereka mampu. Atau mereka akan jadikan orang-orang yang berkelulusan menurut sistem pelajaran kita tidak ubah seperti barang yang tidak berharga dan seperti suatu benda yang hanya layak ditempatkan di dalam tong sampah.
KEDUA :
Menukar dan menghapus bahasa tempatan umat Islam dengan mengunakan cara yang halus. Mereka tidak akan membiarkan bahasa umat Islam yang telah ditawan itu mempunyai nilai yang tinggi. Mereka singkirkan bahasa-bahasa itu agar tidak digunakan dalam bidang pelajaran dan pendidikan. Mereka juga tidak akan mengekalkan bahasa tempatan sebagai bahasa rasmi dalam sektor pentadbiran negara. Mereka kuatkuasakan bahasa mereka menjadi bahasa rasmi di dalam urusan pendidikan dan pentadbiran negara sebagai pengganti bahasa yang telah dimusnahkan itu. Taktik-taktik yang kotor itu telah pun diamalkan dalam negara-negara Islam oleh semua penjajah barat seperti Belanda, Inggeris, Perancis dan Itali. Begitu juga
KETIGA :
Membentuk angkatan baru yang buta (jahil) Islam. Penjajah barat telah mencipta dalam negara-negara Islam melalui cara yang amat halus suatu generasi baru yang jahil tentang Islam yang suci. Mereka ini jahil tentang asas utama akidah, syariat, sejarah Islam yang agong dan tamaddun mereka yang hebat. Ini hanyalah satu sudut, manakala sudut lain pula generasi ini telah dicelup aliran pemikiran nya sehingga caracara berfikir dan pandangan mereka terhadap perilaku sesuatu itu mengikut kacamata materialisma barat. Dari generasi yang berhaluan barat ini tumbuh pula generasi baru yang lain, yang sudah dapat dipastikan generasi yang belakang ini akan lebih lemah lagi pegangannya terhadap ajaran Islam dibandingkan dengan generasi sebelumnya. Mereka lebih kuat dalam mempertahankan tamaddun barat, lebih cinta kepada kebudayan barat dan lebih yakin terhadap falsafah barat yang berkaitan dengan kehidupan manusia.
-Al-Maududi

Forum ‘Memeluk Islam’ anjuran Majlis Peguam yang telah berlangsung pada 9 Ogos 2008 akhirnya telah berjaya dibatalkan atas desakan serta bantahan oleh badan-badan Islam, mahasiswa dan orang ramai. Semangat dan kesatuan tanpa memikirkan fahaman politik, fikrah dan kepentingan pihak-pihak tertentu dalam menghalang forum ini adalah suatu yang patut dipuji. Pas, PPIM, GAMIS, UMNO, PEKIDA, GPMS dan lain-lain, tahniah saya ucapkan.
Cumanya, saya kurang bersetuju dengan beberapa tindakan oleh sesetengah pemidato dan beberapa individu demostrasi. Ada sesetengah pemidato yang menimbulkan isu perkauman iaitu isu Melayu Islam. Kita perlu ingat bahawa isu forum bukan hanya isu melayu Islam tetapi isu umat Islam. Di kalangan yang hadir bantahan tersebut ada di antaranya orang Islam daripada bangsa lain seperti Cina , India dan luar Negara. Seterusnya, ada juga individu yang memaki hamun peserta forum yang keluar daripada bangunan Majlis Peguam. “hey Babi” lah dan lain –lain.
Dalam sembang ringkas saya dengan beberapa orang daripada peserta forum tersebut, beliau mengatakan bahawa, ahli panel forum tersebut terdiri daripada peguam non-muslim dan pesertanya ada yang terdiri daripada Cina Muslim , India Muslim dan Melayu. Menurutnya, mereka (muslim) yang hadir sebagai peserta ke forum tersebut adalah untuk mengetahui perkara yang sebenar dibincangkan. Jika terdapat isu-isu sensitif yang yang menyentuh atau mempersoalkan undang-undang Islam dibincangkan, mereka akan bangkit utuk mempertahankan Islam. Namun perbincangan forum tidak menyentuh langsung tentang hak mahkamah syariah dan umat islam melalui pindaan perkara 121(1a) perlembagaan bersekutu. Mungkin tidak ada kesempatan setelah menerima desakan dan bantahan umat Islam.
Bantahan bukan hanya setakat bantahan semata-mata. Ini tidak cukup. Di sana perlu ada penjelasan dan penerangan yang baik serta jelas tentang isu ini. Agar masyarakat awam memahami apa sebenarnya yang berlaku dan juga tidak menimbulkan salah faham dikalangan bukan Islam. Kita sepatutnya melahirkan rasa bimbang kemungkinan-kemungkinan akan ada pihak-pihak tertentu yang mempergunakan isu ini untuk mengelirukan masyarakat dan merendah-rendahkan kedudukan Islam. Perkara seperti ini perlu dielakkan. Kita mesti menjelaskan kenapa, sebab dan mengapa forum seumpama ini patut dibatalkan.
Senyum.. senyum.. dan senyum.. itulah sunnah mudah Rasullullah buat umat Islam untuk mengamalkannya.. senyuman itu sedekah yang paling mudah.. senyumlah tika bertemu sesiapa sahaja.. dan biarlah bertempat.. senyuman yang berterusan tanpa henti itu baik .. tetapi bimbang disalah erti makna senyuman itu.. jadi, senyumlah selalu bila bertemu.. kerana senyuman itu mengubat hati yang duka.. meleraikan kekusutan.. meringankan masalah.. meredakan kemarahan.. dan ia pengikat dan pemikat hati yang menerimanya
Sapaan yang baik bersama mengukir senyuman indahdan.. menuntun kata bicara yang manis bisa menguraikan sengketa.. bisa mengeratkan ikatan.. mendekatkan yang jauh.. mengenal pada yang tidak pernah bersua.. kadang-kadang menggoncangkan hati..

kita adalah daie, kita bukan PENGHUKUM..
www.zaharuddin.net
Umat Islam terutamanya para muda mudi amat memintai muzik dan lagu. Para remaja Islam dari kalangan lelaki dan wanita juga tidak terkecuali dari menjadi peminat muzik ini. Walau bagaimanapun, mereka mengalihkan minat itu kepada dendangan lagu-lagu nashid yang liriknya membawa kepada kebaikan dan kesedaran agama.
Tidak dapat dinafikan, banyak juga nasyid-nasyid ini yang dilihat menyimpang dari landasan asal lalu sifat komersialnya melebihi nasihatnya. Liriknya yang asalnya membawa kepada nasihat agama mulai bertukar kepada puja-puji wanita dan kekasih. Bezanya dengan lagu pop rock biasa hanyalah kerana ia diadun sedikit dengan menyebut nama-nama Allah sekali sekala, kalimah Islam atau apa-apa elemen Islam.
Saya akan menulis lanjut tentang hal ini kemudian, InshaAllah. Dalam penulisan ini, saya ingin mengajak pembaca melihat peranan kaum wanita muslimah dalam industri nasheed ini. Adakah ianya halal atau sebaliknya?
Suara Wanita
Majoriti ulama berfatwa suara wanita bukanlah aurat. Dalilnya mudah iaitu
أنَّ رسول الله ـ صلَّى الله عليه وسلَّم ـ قال: "يا معشر النساء تصدقن وأكثرن الاستغفار؛ فإنِّي رأيتكنَّ أكثر أهل النار، فقالت امرأة جزلة منهنَّ: وما لنا يا رسول الله أكثر أهل النار؟ فقال: تكثرن اللعن، وتكفرن العشير"..
Ertinya : Sesungguhnya Rasulullah SAW berkata : wahai seluruh kaum wanita, bersedeqah dan banyakkan istighfar, sesungguhnya aku melihat wanita adalah majority ahli neraka. Maka berkatalah seorang wanita : Mengapa kami menjadi majority ahli neraka ya Rasulullah? : rasul menjawab : wanita banyak yang melaknati dan mencela orang lain serta mengingkari kebaikan suaminya.." (Riwayat Muslim)
Saya bukan ingin mengulas isi kandungan hadith itu, tetapi ingin membawakan bukti bahawa suara wanita dalam keadaan biasa bukanlah aurat. Pertanyaan secara langsung wanita itu membuktinya. Selain hadith ini, banyak lagi hadith-hadith lain yang membuktikan suara wanita bukan aurat.
Hasilnya, pandangan terkuat dalam mazhab Hanafi, yang muktamad dalam Maliki, Syafie dan Hanbali menganggap suara wanita bukanlah aurat.
Berubah Menjadi Aurat
Bagaimana hukum jika seorang wanita itu melembut dan memanjakan suara di hadapan lelaki bukan mahram?.
Tidak dapat dinafikan lagi jika demikian keadaannya, sudah tentu ia diharamkan oleh Islam.
"eh ustaz, sedapnya suara wanita tadi ye" kata seorang rakan saya
" yang mana satu ni?" Tanya saya sambil cuba mengingat kembali.
"ala, yang sekali meeting dengan kita tadi le" katanya menjelaskan.
"Sedap macam mana tu" tanya saya menduga
"ish..naik le bulu roma saya dan kalau boleh nak dengar tiap-tiap hari suara dia, astaghfirullah, eh.. dosa ke ustaz, suara bukan aurat kan ?" katanya sambil tersenyum kambing.
Bayangkan bagaimana keterlanjuran kata oleh siswa ini di hadapan saya. Wanita perlu mengetahui betapa lemahnya lelaki di hadapan mereka. Lelaki secara umumnya (kecuali yang punyai keimanan yang hebat) memang mudah tergoda dengan suara merdu wanita walaupun wanita itu tidak langsung berniat untuk menggoda. Maka apatah lagi jika di ketika ia memang berniat untuk menggoda.
Saya masih ingat satu ketika di satu universiti, satu mesyuarat sedang berjalan. Saya mempengerusikan mesyuarat. Suasana agak biasa, sehinggalah tiba-tiba seorang mahasiswi memberikan pandangannya kepada satu isu yang sedang dibincangkan.
Walaupun mahasiswi itu berada di belakang tabir, tetapi oleh kerana suaranya yang lembut dan lemak gemalai secara semulajadi ( bukan sengaja dibuatnya), semua mahasiswa yang tadinya seperti mengantuk menjadi cergas dan terbeliak mata sambil berubah wajah seperti malu-malu serta cukup tekun mendengar setiap butiran ayat yang keluar dari mahasiswi itu.
Entah apa yang merasuk mereka..
Habis meeting, seorang dari mereka menyapa saya lalu berkata :
"sapa tadi ye ustaz, siswi tadi tu"
"siswi mana" tanya saya
"ala yang suara merdu tu, apa namanya ye ustaz..ehem ehem, terpikat juga saya dengar suaranya" tegaskan tanpa malu-malu
Cuba lihat apa yang terjadi, hanya dengan suara tanpa melihat rupa pun sudah boleh meruntun hati seseorang siswa yang mengaji agama di universiti, apatah lagi jika siswa yang mengaji rempitan di jalanraya. !
Teringat Di Jordan
Saya juga teringat satu hari, ketika saya samapi ke satu universiti untuk memberikan ceramah, ketika itu agak kecoh siswa di sana berkenaan satu vcd nashid kumpulan wanita yang baru sampai dari Malaysia. Saya mendengar bahawa terdapat beberapa bakal-bakal ustaz ini yang berebut-rebut untuk melihat dan mendengarnya. Apabila saya bertanya lanjut tentang hal ini kepada seorang pemimpin mahasiswa, rupanya vcd itu begitu popular kerana penashidnya terdiri dari kalangan anak-anak gadis yang 'ada rupa' serta 'solehah'. Hmm solehahkah mereka ...?
Pinjam meminjam pun berlaku dengan hebatnya di kalangan mahasiswa, ada juga yang men 'copy' ke komputer masing-masing. Kemudian timbul aduan dari salah seorang mahasiswa soleh kepada saya bahawa terdapat mahasiswa yang amat asyik dan mengulang-mengulang vcd tersebut.
Lihatlah kesannya, adakah ini dakwah ?..baca sampai ke habis, inshaAllah akan mendapat jawapannya.
Amaran Allah
Allah SWT yang menciptakan manusia sememangnya telah memberi peringatan akan hal ini apabila menyebut :-
فَلاَ تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِى فِى قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلاً مَّعْرُوفاً
Ertinya : Maka janganlah kamu wahai wanita, merendahkan (melembutkan) suaramu maka dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya beringinan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik ( kandngan dan tatacaranya)" (Al-Ahzab : 32)
Para ulama tafsir menyebut, suara wanita yang dilagukan adalah termasuk dari kecantikan-kecantikan (yang tidak harus dipertonton dan dipeerdengarkan kepada lelaki bukan mahram) tiada khilaf dalam hal ini ( Adwa al-Bayan, 5/10 : At-Tashil Li Ulum At-Tanzil, 3/137 ; )
Imam As-Suddi berkata : larang ini bermaksud larangan kepada kaum wanita menipiskan suaranya (lembut, lunak dan manja) apabila bercakap di hadapan khalayak lelaki. Imam Qurtubi pula mengatakan, kerana suara yang sebegini akan menjadikan orang-orang lelaki munafiq dan ahli maksiat berfikir jahat ( Tafsir Ibn Kathir, 3/483 ; Al-Jami' Li Ahkam Al-Quran, 14/177)
Berdasarkan dalil ayat ini, apa yang boleh saya fahami adalah nasheed wanita juga tergolong dalam bab yang diharamkan oleh Islam apabila ia diperdengarkan kepada lelaki yang bukan mahram. Adapun jika ia dinyanyikan oleh kanak-kanak wanita yang belum baligh atau ia dinyanyikan khas untuk para wanita. Ia adalah harus.
Suara Wanita Ketika Beribadah
Displin Islam dalam hal ini boleh dilihat dari perkara di bawah ini :-
1) Ingin Menegur Imam semasa solat,
Jika kaum wanita ingin menegur imam lelaki yang tersilap bacaan atau terlupa rakaat dan lainnya. Nabi SAW hanya membenar para wanita mengingatkan imam dengan menggunakan tepukan sahaja.
Hadithnya :-
فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم ما لي رأيتكم أكثرتم التصفيق من رابه شيء في صلاته فليسبح فإنه إذا سبح التفت إليه وإنما التصفيق للنساء "
Ertinya : Berkata Rasulullah SAW , mengapa aku melihat kamu banyak bertepuk apabila ragu-ragu (waswas) dalam sesuatu perkara semasa solatnya. Hendaklah kamu ( lelaki ) bertasbih dan sesungguhnya tepukan itu hanya untuk wanita" ( Riwayat Al-Bukhari, no 652)
Arahan nabi untuk wanita bertepuk bagi membantu imam itu adalah bagi menjaga suaranya dari memesongkan orang lelaki yang sedang solat (Faidhul qadir, 3/281 ; Al-hawi al-Kabir, 9/17)
2) Wanita dan azan
Imam al-Jassas ketika mentafsirkan ayat dari surah al-ahzab tadi menyebut bahawa ayat ini memberi hukum bahawa wanita dilarang dari melaungkan azan terutamanya jika kemerduan suaranya dijangka mampu mengelodak hati sang lelaki ( Ahkam al-Quran, 5/229 dengan pindaan ringkas)
Demikian juga pandangan mazhab Syafie dan hanbali, dan tidak diketahui ada yang bercanggah pendapat dalam hal ini , kata Imam Ibn Quddamah, ( Al-Mughni, 2/68 )
3) Wanita menjadi imam solat kepada wanita lain atau ketika solat jahar.
Sudah tentu wanita harus untuk menjadi imam kepada wanita lain, tetapi mereka tidak dibenarkan mengeraskan bacaan quran mereka jika di tempat itu terdapatnya para lelaki yang bukan mahramnya. ( Al-Mughni , Ibn Quddamah)
Imam Ibn Hajar berkata : "jika dikatakan bahawa sekiranya wanita menguatkan bacaannya di ketika solat maka solatnya batal, adalah satu pendapat yang ada asasnya" (Fath Al-Bari, 9/509 )
Jelas bahawa suara wanita yang dilagukan atau dalam keadaan biasa apabila melibatkan soal ibadah hukumnya dilihat semakin ketat kerana dibimbangi menggangu ibdaaha wanita itu terbawa kepada kerosakan kaum lelaki yang lemah ini. Kerana itu disebutkan
فرع : صرّح في النوازل بأنّ نغمة المرأة عورة..ولهذا قال عليه الصلاة والسلام : ( التسبيح للرجال والتصفيق للنساء ، فلا يحسن أن يسمعها الرجل . )
Ertinya : Ditegaskan bahawa suara wanita yang dilagukan adalah aurat ..kerana itu Nabi SAW bersabda : Sesungguhnya tasbih untuk lelaki , dan tepukan khas untuk wanita, maka tiada harus didengari ‘tasbih' wanita oleh si lelaki" ( Syarh Fath Al-Qadir, 1/206 )
4) Suara wanita dan talbiah Haji
Ijma ulama bahawa wanita tidak mengangkat suaranya kecuali hanya setakat didengari olehnya sahaja, demikian pendapat Ato', Imam Malik, Syafie, Hanafi Awzaie ( AL-Um, 2/156 ; Al-MUghni , Ibn Quddamah, 5/16 )
Kesimpulan
Suara wanita boleh dibahagikan kepada dua jenis :-
1) Suara biasa wanita yang didengari secara jahar kepada lelaki awam ; Ia diperbezakan hukumnya di kalangan ulama. Ada yang mengharamkannya secara total, ada yang mengharuskan secara total. Ada pula yang mengharuskannya apabila dijangka tidak membawa fitnah kepada lelaki (Al-Jami' Li Ahkami Quran, 14/227 ; Ibn Qayyim, al-Hasyiah, 6/156 ; ‘Ianah at-Tolibin, Ad-Dimyati ; 3/260 ; Al-furu', Ibn Al-Mufleh, 1/372 )
2) Yang dilembutkan dengan sengaja, dimanjakan dan dimerdukan. Ianya adalah diharamkan untuk diperdengarkan kepada khalayak lelaki secara Ijma'. ( An-Nihayah, Ibn Athir, 42/2 ; Lisan al-Arab, Ibn Manzur , 73/8 ; Tafsir At-Tabari ; 3/22 ; Hasiyah At-Tohawi ; 1/161)
Maka kumpulan nashid wanita hari ini termasuk di dalam kumpulan yang kedua tanpa khilaf. Malah bukan sekadar ‘illah suara sahaja yang boleh menjadikan mereka tercebur dalam perkara haram, malah pakaian dan pergerakkan mereka di khalayak awam juga.
Kebiasaannya apabila persembahan di buat, mereka kerap bersolek-solekan dengan pakaian yang canggih manggih. Di samping itu, duduk pula di atas pentas menjadi tontotan lelaki, jika para ulama semasa menghukumkan haramnya bersanding pengantin di atas pentas dalam keadaan senyap tanpa berkata. Apatah lagi kumpulan nashid wanita yang bersolek adakala seperti pengantin ini dan melentuk-lentuk tubuh dan suaranya di hadapan lelaki bukan mahram, sudah tentu haramnya lebih besar.
" tapi ustaz, inikan alternative untuk mereka yang suka tengok penyanyi wanita yang seksi..eloklah mereka tengok kami" mungkin ini sebahagian pertanyaan penyokong kumpulan nashid wanita.
Jawapnya, benda yang haram tidak boleh dialternatifkan dengan yang haram juga.
Sebagaimana di sebut oleh dalil :-
إِنَّ اللَّهَ عز وجل لاَ يمحوا السيء بالسيء وَلَكِنْ يَمْحُو السيء بِالْحَسَنِ إِنَّ الْخَبِيثَ لاَ يمحوا الْخَبِيثَ
Ertinya : " Sesungguhnya Allah SWT tidak akan memadam yang buruk dengan buruk juga, tetapi yang buruk (haram) dipadamkan dengan yang baik (halal) Sesungguhnya yang kotor itu TIDAK boleh mensucikan yang kotor" ( Riwyaat Ahmad, 1/387 : Perawi Ahmad adalah thiqah kecuali sebahagiannya khilaf ; Majma' Az-Zawaid, 10/228 )
Justeru, tidak boleh menggantikan penyanyi wanita seksi itu dengan penyanyi nashid wanita. Kerana kedua-duanya haram buat si lelaki bukan mahramnya.
Jangan pula ada yang mendakwa kononnya ia adalah bentuk dakwah, TIDAK, Allah tidak akan menjadikan dakwah berkesan melalui perkara haram. Tiada siapa boleh mengatakan ia sengaja minum arak kerana ingin mendakwah rakanya bahawa arak itu buruk.
Nabi SAW bersabda :
إن الله لم يجعل شفائكم فيما حرم عليكم
Ertinya : "Allah SWT tidak menjadikan penyembuhan kamu melalui perkara yang diharamkanNya" ( Riwayat Al-Bukhari )
Hadith ini menjelaskan tidak boleh mengambil apa jua yang diharamkan oleh Allah SWT untuk dijadikan ubat, kerana Allah tidak akan menjadikan ubat dalam perkara yang diharamkanNya. ( Tuhfatul Ahwazi , 6/168 )
Demikianlah dakwah dan pemulihan akhlak dan jiwa manusia, Allah SWT tidak akan menjadinya perkara yang diharamkanNya (melembutkan suara hadapan bukan mahram) sebagai medium dakwah yang berkesan. Ia tidak lain hanyalah untuk komersial dan mengaut untung sahaja.
Setiap hasil untung dari jualan kaset nashid wanita dewasa ini juga tidak lain kecuali hasil yang haram menurut sepakat ulama mazhab. Kecuali jika ia khas untuk wanita dan dijual secara tertutup di majlis wanita sahaja. Persembahan juga untuk kaum wanita.
Sedarilah kumpulan nashied wanita dan penyanyi wanita yang mendakwa dakwah melalui nashid anda..Ia pasti tidak kan berjaya, usaha itu juga pastinya tidak diterima oleh Allah SWT berdasarkan dalil-dalil yang diberi.
BANTAHAN KEPADA ARTIKEL
Apabila tulisan ini mula disebar luaskan, maka terdapat suara-suara penyokong nashid wanita yang cuba mengharuskan tindakan mereka dengan memberikan satu hadith berkenaan dua orang hamab wanita yang mempersembahkan nyanyian kepada Aisyah r.a di rumah Nabi SAW.
Hadith ini adalah seperti berikut :-
عن عَائِشَةَ رضي الله عنها قالت دخل أبو بَكْرٍ وَعِنْدِي جَارِيَتَانِ من جَوَارِي الْأَنْصَارِ تُغَنِّيَانِ بِمَا تَقَاوَلَتْ الْأَنْصَارُ يوم بُعَاثَ قالت وَلَيْسَتَا بِمُغَنِّيَتَيْنِ فقال أبو بَكْرٍ أَمَزَامِيرُ الشَّيْطَانِ في بَيْتِ رسول اللَّهِ وَذَلِكَ في يَوْمِ عِيدٍ فقال رسول اللَّهِ يا أَبَا بَكْرٍ إِنَّ لِكُلِّ قَوْمٍ عِيدًا وَهَذَا عِيدُنَا
Ertinya : Dari ‘Aisyah r.a berkata : Abu Bakar ( bapa Aisyah r.a ) masuk ke rumah dan dibersamaku dua orang jariah (hamba wanita) dari kalangan bangsa Ansar sedang menyanyi dengan kisah-kisah Ansar ketika hari Bu'ath , lalu asiyah berkata : Mereka berdua bukanlah penyanyi, Berkata Abu Bakar r.a : " Adakah seruling Syaitan di rumah Rasulullah SAW? Maka Rasul berkata : WAhai Abu Bakar, ini adalah hari raya, Bukahri , 1/335
Dalam riwayat lain :
عن عَائِشَةَ قالت دخل عَلَيَّ رسول اللَّهِ وَعِنْدِي جَارِيَتَانِ تُغَنِّيَانِ بِغِنَاءِ بُعَاثَ فَاضْطَجَعَ على الْفِرَاشِ وَحَوَّلَ وَجْهَهُ وَدَخَلَ أبو بَكْرٍ فَانْتَهَرَنِي وقال مِزْمَارَةُ الشَّيْطَانِ عِنْدَ النبي فَأَقْبَلَ عليه رسول اللَّهِ عليه السَّلَام فقال دَعْهُمَا
ُErtinya : "dari ‘Aisyah, Rasulullah SAW masuk ke rumah dan dibersamaku dua orang jariah (hamba wanita) dari kalangan bangsa Ansar sedang menyanyi dengan kisah-kisah Ansar ketika hari Bu'ath, maka baginda terus baring dan memalingkan wajanya, maka masuk pula Abu Bakar r.a lalu menegurku sambil berkata, adakah seruling syaitan di sisi nabi SAW, maka nabi terus mendapatkannya lalu berkata : Biarkannya"
Secara ringkas, hujjah untuk mengatakan terdapat percanggahan atau harusnya nashid wanita dengan dalil ini adalah tersasar dari kebenaran kerana :-
1) Ia dipersembahkan oleh hamba wanita. Maka hukum hamba adalah berbeza dengan hukum wanita merdeka dalam banyak hukum fiqh.
2) Dua orang jariah itu digambarkan dalam banayak riwayat lain sebagai bukan penyanyi khas, yang pandai menyanyi dengan teknik menyanyi yang dikenali dengan melembutkan suara, memerdu dan melunakkannya sebagaimana penayanyi profesional. Ini disebutkan melalui nas
"وليستا بمغنيتين"
Imam An-Nawawi dan Imam Ibn Hajar al-Asqolani mentafsirkannya sebagai :-
معناه ليس الغناء عادة لهما ولا هما معروفتان به
Ertinya : Maknanya, ia bukanlah nyanyian yang biasa digunakan pada masa itu, dan keduanya juga tidak dikenali pandai menyanyi (Nawawi, Syarh muslim, 6/182 : fath Al-Bari, 2/442)
3) Rasulullah juga digambar tidak turut serta menikmatinya tetapi hanya membiarkannya dinikmati oleh ‘Aisyah. Ia juga adalah di dalam rumah Nabi Saw dan bukan di khlayak ramai. Imam An-Nawawi mengulas bahawa Nabi juga disebut berpaling wajah :-
وإنما سكت النبي عنهن لأنه مباح لهن وتسجى بثوبه وحول وجهه اعراضا عن اللهو ولئلا يستحيين فيقطعن ما هو مباح لهن
Ertinya : Nabi senyap dari tindakan itu kerana ia harus BAGI WANITA, dan nabi MENUTUP DENGAN PAKAIANNYA dan berpaling wajah darinya sebagai menajuhi perkara melalaikan" ( Syarah Sohih Muslim, An-Nawawi, 6/183)
4) Takrif ‘Jariah' selain bermaksud hamba, ia juga digunakan untuk kanak-kanak wanita belum baligh. Sebagaimana disebut oleh Imam al-Aini & Imam As-Suyuti :-
قوله جاريتان تثنية جارية والجارية في النساء كالغلام في الرجال ويقال على من دون البلوغ
Ertinya : Dua orang jariah : disebutkan bagi mereka yang dibawah umur baligh ( Umdatul Qari, 6/269)
قوله جاريتان الجارية في النساء كالغلام في الرجال يقعان على من دون البلوغ
Ertinya : Jariah untuk wanita, ghulam panggilan untuk lelaki yang keduanya digunakan untuk mereka yang di bawah umur baligh. (Sindi, 3/194 : Syarhu As-Suyuti li sunan An-Nasaie, 3/197 )
Hal ini juga disebut di dalam Awnul Ma'bud :-
لأنهما جاريتان غير مكلفتين تغنيان بغناء الأعراب
Ertinya : kerana mereka berdua belum mukallaf ( belum baligh) lalu mereka menyanyikan lagu-lagu a'rab ( Awnul Ma'bud, 13/181)
Justeru, apa lagi hujjah yang boleh diguna untuk mengharuskannya?. Dharurat atau maslahat?..lupakan sahaja.
Sekian
Jika ada yang bertanya, adakah Islam membenarkan untuk melukis gambar, mengukiri ukiran, memahat patung dan seumpamanya? Dan, apakah pandangan Islam terhadap isu tersebut? Maka saya mengatakan bahawa, Islam itu membenarkannya selagi mana syarat-syarat 'Standard' dan 'Quality' nya dipatuhi. Suka saya ingin mengingatkan sahabat pembaca, Islam itu satu cara kehidupan yang mudah. Kehadirannya membawa bersama suatu pakej kehidupan yang begitu lengkap, sungguh indah dan amat menarik penampilannya. Manis dipandang, sejuk bila menatapinya, hati kan tenang jika bersamanya dan terasa sungguh bahagia bila menyelaminya. Islam itu penyelesaian masalah. Islam bukan mengongkong tetapi mencegahi, mengurangi dan menjaga manusia daripada berlaku kerosakan pada diri dan alam sekelilingnya.
Berbalik pada perbincangan. Secara dasarnya, Islam mengharamkan segala bentuk ukiran mahupun lukisan yang bernyawa yang lengkap dan jelas menyerupai kehidupan sebenar. Larangan ini sebenarnya berbentuk Sadd al-Dhari'ah, iaitu bertujuan untuk mematikan terus atau mencegahi sebarang benih syirik yang akan berkembang yang pada asalnya berpunca daripada ukiran atau lukisan tersebut. Larangan ini dapatlah diteliti dan dperhatikan dalan banyak hadith yang sahih. Salah satunya hadith:
"Malaikat tidak akan masuk rumah yang ada di dalamnya anjing atau patung-patung." - riwayat Muslim.
Ukiran yang mempunyai baying dalam bahasa arab dikenali dengan istilah Timthal manakala lukisan pula dikenali dengan istilah Surah. Berhubung dengan Timthal, hukum membuat atau memilikinya adalah haram kerana ia jelas menggambarkan suatu bentuk usaha bongkak manusia untuk menandingi Allah s.w.t dalam penciptaan sesuatu kejadian.
Akan tetapi dikecualikan daripada pengharaman ini, penghasilan permainan anak patung atau patung-patung lain yang biasanya dijadikan sebagai alat permainan bagi kanak-kanak kecil yang bertujuan untuk merangsang tumbesaran pemikiran mereka, penghasilan Timthal untuk tujuan penting seperti pengahsilan patung atau replika manusia lengkap bersama organnya untuk tujuan pengajaran ilmu perubatan dan lain-lain.
Penghasilan lukisan (Surah) pula, Islam menghukumkannya dengan hukuman yang berbeza berdasarkan cirri-ciri dan tujuan lukisan itu dihasilkan:
Pertama
- lukisan (tidak mengira samaada mengenai hidupan bernyawa atau tidak, lengkap atau anggota atau tidak) yang mengandungi unsur dan tuuan syirik seperti lukisan lembu yang disembah oleh masyarakat Hindu, lambang Nazi, Zionis, Yin dan Yan serta bunga teratai (dengan tujuan untuk ibadat mereka) yang dianuti dalam masyarakat Cina maka hukumnya adalah Haram.
Kedua
- lukisan lengkap terhadap suatu hidupan yang cukup angotanya(hanya memerlukan kepada tiupan nyawa sahaja) yang seolah-olahnya bertujuan untuk menandingi Allah dalam kuasa penciptaan makhluk maka hukumnya adalah Haram.
- Contohnya : lukisan seekor burung yang lengkap anggotanya serta menonjol warnanya sehinggakan ianya hampir sama dengan burung yang sebenarnya.
Ketiga
- lukisan (tidak mengira samaada mengenai kehidupan atau tidak, lengkap anggota atau tidak) yang mengandungi unsur kehebatan dan kebesaran yang melampau seperti gambar para penbesar yang megah dengan pingat anugerah dan tambahan pula ia dipamerkan di khalayak ramai untuk tujuan kemegahan maksa hukumnya juga adalah Haram.
Keempat
- lukisan mengenai hidupan yang bernyawa tetapi bukan dalam bentuk yang lengkap atau imejnya lengkap Cuma ianya tidak menyamai secara total dengan imej dalam reality sebenar maka hukumnya adalah makruh. Seperti kartun dalam bentuk animasi mahupun ilustrasi yang tidk menonjol imejnya sehingga menyamai reality sekalipun dalam bentuk lengkap.
Kelima
- Lukisan mengenai hidupan yang tidak bernnyawa seperti pokok, sungai, batu dan lain-lain. Hukumnya jelas adalah harus bahkan digalakkan untuk tujuan merehatkan minda apabila melihatnya.
Manakala gambar fotografi, hukum penghasilannya mengikut pendapat yang tepat sebenarnya adalah harus berdasarkan kaedah Islam. Asal sesuatu itu adalah Harus. Bahkan umat Islam amat memerlukannya khususnya dalam kes-kes yang memerlukan kepada dokumentasi data beserta gambar (seperti kad pengenalan, visa, pengecaman penjenayah dll).
Akan tetapi, kebenaran atau keharusan ini adalah bergantung selagimana ia tidak melanggar syarat-syarat serta dasar yang digariskan dalam Islam seperti gambit itu diambil bukan tujuan untuk bermegah-megah, tidak melampau, tidak membazir dan lain-lain.
Rujukan :
- Nota : Fiqh Halal wal haram Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.
- Halal dan Haram : Yusuf Al-Qardowi

Isu sains dan teknologi moden telah menjadi suatu masalah yang berat kepada umat Islam sehingga berlarutan ke hari ini. Isu ini telah disedari oleh ramai ahli akademik dan intelektual islam. Bahkan ada kerajaan islam yang berminat menerokai sains dan teknologi moden ini untuk kepentingan ekonomi dan ketenteraan, bukannya mempunyai minat yang berasaskan kebijaksanaan ilmu.
Sebilangan pengkaji telah menyamakan sains dengan ilmu yang terdapat di dalam al-Quran, hadith dan ilmu-ilmu tradisi Islam tanpa membuat suatu penilaian yang betul. Sebenarnya mereka tidak memahami dan tidak mengetahui tentang sebab sesuatu ilmu itu dipelajari. Hakikatnya, ilmu itu merupakan cara untuk membina keintelektualan akal, untuk mencari kebenaran serta untuk mengenali Allah s.w.t alam ciptanNya.

Masyarakat Islam kini terlalu memandang tinggi dan mengagongkan sains dan technologi moden. Sehinggakan apa sahaja perkara dari barat yang mamasuki dunia Islam dianggap sebagai perkara yang baru dan harus diikuti. Sikap seperti ini merupakan satu tindakan yang tergesa-gesa dalam menilai sains dan teknologi moden tanpa mempedulikan nilai-nilai kebenaran yang menjadi asas kepada isu-isu dalaman Islam. Setiap perkara yang berkaitan dengan sains dan teknologi moden perlu kepada penilaian yang teliti dan dicermati. Bukannya secara membuta tuli yang akhirnya membawa padah.
Penilaian kritikan terhadap sains moden dari sudut pandangan Islam perlu dibuat. Ini telah membuka kepada beberapa jalan penyelesaian. Namun begitu masih terdapat beberapa perkara lain lagi yang harus diberi pandangan dan kritikan. Sains moden ini perlu dipelajari dan difahami secara mendalam agar mutu keintelektualan pemikiran dapat dipertingkatkan. Ini dapat mengelakkan kita secara mudah menyamakan sains barat dengan Islam tanpa mempertimbangkan perubahan sains semenjak zaman revolusi.
Seoul Central Mosque
Early Introduction Stage
Korea was full of poverty, sorrow and pain resulted from Korean War which broke out on June 25, 1950. In such ruins of war, Islam began planting its seeds by brother Zubercoch and Abdul Rahman who participated in the Korean War as military service members of the Turkish Army of the United Nations stationed in Korea. During his service he built a Quonset hut used as Masjid, where he preached Islamic doctrine to the Korean People.
The Turkish Army taught the Korean people at the Masjid Tent built at the refugees' villages the teaching of Islamic monotheism during the Korean War, while the Korean people devoted themselves to religious lives in the dark and ruined surroundings wishing for bright future trusting Allah.
Preparatory State
As a first step towards an effective Islamic work in Korea, the early Muslim brothers organised a Korea Muslim society. This Islamic society elected Almarhum Muhammad Umar Kim Jin Kyu as president. Later, the leaders of the Korean Muslim were invited to visit Islamic Countries and some of the Korean Muslims were sent to Muslim College in Malaysia to be trained as future Islamic workers and leaders.
Malaysian Delegations led by Vice Minister Tunku Abdul Razak and his wife, visited the site of the proposed masjid. Later on Haji Mohammad Nuh, a Malaysian government officer, saw that a permanent base should be erected to carry out dawah activities.
So, with the Malaysian government's donation of $33,000, he handed over the money to the Korean Muslim Community to build a masjid in 1963. Unfortunately, the construction of the masjid could not be completed due to various reasons among them were the inflation.
Settled Stage
It was not an easy task to make a base for dawah activities. Many difficulties had to be endured and solved. But despite all these, the dedicated early Muslims tried very hard to promote Islam, with full faith in the One and Only God. They were successful in converting the Korean Islam into Korean Islamic Foundation which was approved by the Korean Government and was officially registered at the Ministry of Culture and Information. (Registration no. 114, March 13, 1967)
Thus, Korean Muslim began to make ways for active dawah work and managed to open a new era for Muslims in Korea with the will of Allah.
Take Off State
The Korean Muslims' long dream, the construction of Central Masjid was materialized in 1976. The opening of Central Masjid and Islam Center were the most important turning points for the history of Korean Muslims. At the opening ceremony, 55 representatives of around 20 countries glorified the dream of Korean Muslims, and the magnificent opening ceremony served as an outburst of sudden increase in the number of Korean Muslims.
The opening of the first Masjid of Korea contributed to rapid development of Islam in Korea. Foreign Dignitaries (V.I.P) who participated in the ceremony visited the then Prime Minister Choi Gyu Hwa to perform a role of raising the interest in Islam.
In the mean time , the Korean Muslim's mission had made pilgrimage to Mecca to inspire the people with the Islamic belief and to perform faithful duties in 1979, and the Korean Muslims spurred the propagation activities in Korea taking the opportunity of so called "Boom of Middle East"(1974-1980) by raising the interest in the Middle East and Islam.
Pilgrimage to the Holy Land
The Korean Muslims are not lazy in making pilgrimage to the holy land, one of the 5 Duties of Islam. Every year the Korean Muslims perform the holy duty by organizing the pilgrims group. The first pilgrimage was led by Haji Subri Seo Jung Gil in 1960. One of the largest groups ever performed Hajj was in 1978 with 130 person in 1979, 104 persons managed to perform the pilgrimage.
|
|
|
Chronology
- 1955 (September): Imam Zubercoch and Abdul Rahman, Participated in the Korean War as military service members, reached Quran for the first time in Korea.
- 1955 (October): Korean Muslim Committee started (Umar Kim Jin Kyu as Chairman: Imam and Secretary General uhammad Yoon Doo Young)
- 1961 (September): 14 men mission headed by Senator Ubaidulla of Malaysia stayed in Korea for 13 days.
- 1962 (August): The Malaysian Prime Minister Tunku Abdul Rahman donated $33,000 for the construction fund of Central Masjid of the Korean Muslim
- 1963 (October): The Malaysian Speaker brother Haji Muhammad Noh visited Korea in (promised to propose to the Malasian government for the development of Korean Muslim)
- 1967 (March): Korea Islam Foundation approved by Ministry of Culture and Information of Korea (Approval No. 114, March 3, 1967)(Chairman Suleiman Lee Hwa Shik), Secretary General Adul Aziz Kim Il Cho)
- 1974 (December): Through the good offices of late President Park Jung Hee, 1,500 m2 of land was donated as building site for Central Masjid.
- 1974 (May): Construction of Seoul Central Masjid and Islamic Center were completed and opened.
- 1976 (December): Busan Temporary Masjid opened, Br. Kim Myung Hwan began to perform dawah work.
- 1976 (March): Korea Islamic Cultural Centre Installed and being operated in Jeddah, Saudi Arabia
- 1978 (April): Temporary Masjid opened at Yok-ri Gwangjoo-eup, Gyunggi-do, Korea: brother Abdullah Jun Deuk Lin began to preach Islam to the people.
- 1978 (October): The largest pilgrimage group of 132 persons went to perform the holy pilgrimage for the first time in Korean History; Kuwait Temporary Masjid opened.
- 1980 (May): The then prime Minister Choi Gyu Hwa promised to King Khalid of Saudia Arabia to donate the land for the construction of Korea Islamic College during the joint comminique.
- 1980 (July): 130 thousand Pyongs of land was donated for the construction of Islamic College in Yongin, Gyunggi-do, Korea.
- 1980 (September): Opening ceremony of Pusan Al-Fatah Masjid was held
- 1981 (June): Opening ceremony of Kwang-Ju Masjid was held
- 1982.(August): Indonesia Branch was established
- 1983 (August): W.A.M.Y. Seoul Regional Camp was held under the auspices of O.I.C. & W.A.M.Y.
- 1984 (August): W.A.M.Y. Local Muslim Camp was held.
- 1985.(July): The 1st Leadership Training Camp was held
- 1985 (August): The 2nd W.A.M.Y. Local Muslim Camp was held
- 1986.(April): Opening ceremony of Anyang Rabita Al-Alam Al-Islamic Masjid was held
- 1986 (September): Opening ceremony of Jeon Joo Abu Bakr sidiq masjid was held
- 1987 (August): 87 W.A.M.Y. Local Muslim Camp was held
- 1988 (August): 88 W.A.M.Y. Local Muslim Camp was held
Kwangju Mosque
Islam in Japan
Foreign Muslims began arriving in modern Japan almost from the beginning of the “opening” of the country. Most of these first Muslims were Malay sailors serving aboard British or Dutch ships. Ever since that time, Islam has existed in Japan, but only in a very modest degree. By the early 20th century a handful of ethnic Japanese also began to convert to Islam.
Photo: Kotaro “Omar” Yamaoka, the first Japanese Muslim to make the Hajj
By 2005, there were about 60,000 Muslims in Japan, with about 10% of those being ethnic Japanese. Additionally, there were a couple of dozen mosques, mostly in the Kanto region. The largest single community of foreign Muslims was the Indonesian, who made up more than a third of the total foreign Muslim population.
MOSQUES IN JAPAN
There are a couple of dozen mosques in Japan, most of them in the Kanto region.
Photo: Tokyo Mosque
Source: Tokyo Mosque homepage
In addition to mosques, there are also a couple of hundred more small prayer rooms that have been established by local Muslim communities.





