KITA DAN DUNIA DAKWAH

Sering ada orang yang mempersoalkan tentang keberkesanan dakwah. Tak kurang juga yang mempersoalkan persatuan-persatuan Islam di dalam kampus @ luar kampus tentang apa aktiviti yang dibuat untuk menggerakkan dan merancakkan lagi gerakan serta agenda dakwah. Ada juga yang mengatakan bahawa persatuan Islam di kampus hanyalah persatuan politik, yang hanya muncul menjadi juara ketika di dalam pilihanraya kampus. Ada sahaja suara-suara sinis menuduh persatuan Islam hanya beretorik semata-mata, cakap bergunung-gunug, kerja satu pun tak buat. Adakalanya betul dan adakalanya pun sangat tepat apa yang diperkatakan. What ever laa..


Persoalan, tuduhan, tomahan dan sindirin sebeginilah yang menimbulkan pelbagai reaksi, ada yang melenting, ada yang geram, terhantuk lalu terbangun, ada yang hanya senyum sahaja dan macam-macam lagi perangai. Kalau yang melenting, dia akan cuba sedaya upaya menafikannya. Kalau yang geram, terus sahaja mencari siapa yang berkata lalu disoalnya macam-macam. Kalau terhantuk lalu terbangun, dia akan tersedar daripada lamunan perancangannya, lalu cuba memperbaikinya lagi. Kalau yang hanya tersenyum, dia akan kelihatan tenang dan menerima semuanya dengan hati yang redho. Dia faham, semua itu adalah satu muhasabah bagi meningkatkan lagi kualiti.

Ingat sahabat pembaca sekalian, dakwah ini adalah pusaka Rasullullah s.a.w yang mesti kita teruskan. Jangan berputus asa memperbaiki diri. Dengar dan terimalah kritikan, kadang-kadang semua itu adalah guideline kita dalam penerusan perjuangan Islam.

HANYA PADA NAMA.

Datangnya Islam adalah sebagai pelengkap kesempurnaan kehidupan seorang manusia. Islam boleh diibaratkan ‘software’ yang paling sesuai bagi menggerakkan kehidupan manusia. Tanpa Islam, manusia bagaikan mayat hidup tanpa tujuan. Manusia akan menjadi rosak lantaran diresapi atau dijangkiti ‘virus’ dunia hasil suntikan syaitan laknatullah.

Allah s.w.t itu Pencipta manusia. Dia juga yang menjadikan alam sekitarnya, haiwan, tumbuh-tumbuhan, daratan, lautan, bumi, bintang dan langit. Semuanya bagi kemudahan manusia. Jadi, Allah itu Maha Mengetahui apa yang baik, yang boleh memberi manfaat kepada manusia dan Dia juga Maha Memahami apa yang buruk, yang boleh memudharatkan manusia. Allah mengutuskan para nabi dan Rasul sebagai mentor untuk memudahkan manusia memahami kehidupan yang sebenar yang digariskan oleh Allah. Agar manusia keluar dari kesesatan dan kegelapan ke arah jalan yang betul. Al-Quran itu dan kitab-kitab lain diturunkan sebagai buku panduan manusia. Di dalamnya penuh dengan ilmu untuk mentadbir bumi dan alam serta peraturan-peraturan kehidupan yang mesti diikuti, dan jika diingkari manusia itu akan mengalami kerosakan.

Ibaratnya, seorang pereka robot. Dia yang menciptakan robotnya, maka dia mengetahui di manakah kelebihan dan kelemahan robot tersebut. Bagi memastikan robotnya itu digunakan dengan baik, lalu dibuat satu buku panduan. Yang mana buku tersebut mengandungi cara-cara pemasangan komponen yang betul, peraturan-peraturan pengendaliannya yang tepat serta batasan menggunakannya. Disertakan juga program-program atau software yang sesuai untuk menggerakkan robot tersebut. Jika disalahgunakannya atau tersilap memprogramkannya, maka robot itu akan rosak dan gagal berfungsi.

Begitulah juga manusia, yang memerlukan Islam sebagai cara kehidupan. Jika mengambil selain daripada Islam sebagai cara hidup, mereka akan rosak akhlaknya, pemikirannya serta kehidupannya. Kerana mereka telah tergelincir daripada fitrah kehidupan manusia.

Inilah yang melanda ummat Islam kini. Islam hanyalah terletak pada sesuatu perkara sahaja. Islam umpama pakaian, jika diperlukan, maka Ia akan diambil. Jika tidak, mereka akan menanggalkannya bahkan dibuang jauh-jauh. Begitu jua dengan Al-Quran. Hanyalah sebuah buku hiasan di rak-rak. Hanya berguna jika berlaku kematian dan majlis tertentu sahaja. Al-Quran juga umpama wajib bagi kanak-kanak untuk membacanya sampai tamat 30 juzuk dan harus atau tidak perlu bagi yang dewasa membacanya. Kalau ditanya, “kenapa ko tak baca al-Quran?. Jawabnya mudah, “ aku dah tamat laa”.

Inilah senario masyarakat Islam di Malaysia ini. Makin hari, makin jauh daripada budaya dan ajaran Islam yang suci. Islam hanya tinggal pada nama, bukan pada amali. Semakin hari semakin terhakis sikit demi sedikit daripada diri. Budaya hiburan melampau pula menjadi tempat di hati. Bagaimanalah hidup hendak diberkati. Jika Islam hanya diingat tika hendak mati.

Buat diri yang alpa.

BUDAYA TUDUNG JARANG DI AKADEMI PENGAJIAN ISLAM

Sakit hati rasanya tetapi sakit lagi mata memandang. Ramai siswi di Akademi Pengajian Islam (API) sekarang ini mula mengambil remeh soal menutup aurat. Senario yang berlaku secara jelas di kalangan siswi API adalah pemakaian tudung yang dilihat semakin longgar cara pemakaiannnya.

Aduhai siswi-siswiku sekalian, tahukah kamu? Sedarkah kamu? Kamu memakai tudung yang jarang dan nipis itu telah melanggar syarat menutup aurat yang sempurna? Banyak hadith yang menceritakan larangan dan balasan akibat memakai pakaian dan tudung yang jarang dan nipis. Ada yang memakai tudung labuh pun, tetapi masih lagi nipis dan jarang sehingga menampakkan leher.

Bukan marah ingin kuluahkan tetapi nasihat sebagai peringatan buat siswi-siswi ku sekalian. Ingat kamulah pewaris sri kandi Islam. Kamulah contoh teladan masyarakat. Kerana kamu npelajari Islam dengan lebih dekat. Pakailah pakaian kerana sebagai satu ibadat, bukan memakai pakaian sebagai untuk menonjolkan kecantikan semata dan ingin dipuji.

Peringatan buat diri yang lupa.

DAKWAH NON-MUSLIM - MASALAH DAN STRATEGI

Oleh : Ir Dr Muhamad Faud Yeoh BSc(Hons), BA Syariah, MPhil, PhD.

1.0 Pengenalan


Dakwah Islamiah kepada masyarakat bukan Islam di Malaysia adalah suatu amal yang penting untuk dilaksanakan oleh pendakwah. Menyampaikan risalah Islam kepada manusia sejagat merupakan tanggungjawab setiap Muslim baik saudara baru mahupun di sebaliknya seperti yang ditunjukkan oleh sunnah baginda Rasulullah s.a.w. Baginda diutuskan untuk alam sejagat sebagai suatu rahmat dan menyampaikan mesej Islam kepada masyarakat bukan Islam adalah bertepatan dengan tuntutun menyebarkan rahmat Allah itu. Ia juga berperanan menyumbang kepada keharmonian negara dalam jangka panjang di samping mewujudkan masyarakat bersatupadu yang mampu mempertahankan negara kita.

2.0 Masalah Dakwah Non-Muslim

Peristiwa pengislaman bangsa Monggol yang pernah menakluki empayar Islam dalam tahun-tahun 600H boleh dijadikan renungan bagi semua yang berminat dalam dakwah kepada non-Muslim. Bangsa Monggol yang bengis dan kejam telah memusnahkan sebahagian besar tamaddun Islam serta membunuh beratus ribu orang Islam telah berjaya diIslamkan oleh pendakwah Islam. Dakwah kepada non-Muslim tidak pernah menghadapi cabaran yang begitu besar selepas zaman Rasulullah s.a.w. seperti yang dihadapi semasa penaklukan Monggol itu.

Abul Hasan Ali Nadwi dalam bukunya "Islam and the World" (ms102) telah mencatatkan peristiwa ini dengan katanya mengenai kedudukan orang Islam ketika itu: "They were powerless. Now, when all seemed lost, the spiritual power of Islam brought itself to the fore to accomplish a wonderful miracle of conquest. A few unknown and sincere uslim preachers and courtiers commenced the workd of the propagation of Islam among the ruling circles of the Tartars and its magic did the rest. The conquerors of the Muslims became the captives of Islam."

Tanggungjawab dan tugas dakwah kepada Non-Muslim bukanlah suatu usaha yang baru tetapi iainya mempunyai sejarah yang lama. Masalahyang dihadapi dalam usaha ini boleh dilihat dari segi makro dan dari segi mikronya.

2.1 Masalah Makro

Masalah makro adalah masalah yang disebabkan oleh kedudukan umat secara umum yang menjadi penghalang dan penyebab negatif dalam dakwah kepada non-Muslim.

2.1.1. Prejudis

Islam sebaga satu cara hidup yang mempunyai nilai=nilai yang tinggi tidak begitu difahami dan kurang dapat disaksikan oleh masyarakat bukan Islam amnya baik di Malaysia mahupun di Barat. Media umumnya dan media Barat khususnya amat prejudis dan sering memberikan gambaran buruk dan negatif terhadap dikaitkan secara sedar atau tidak dengan Islam. Ungkapan 'fundamentalist,' extremist', 'terrorist,' dan 'conservative' atau kolot sering dikaitkan dengan Islam. Umat Islam digambarkan sebagai mundur dan jahil dan Islam dipamerkan sebagai ketinggalan zaman dan tidak relevan.

Gambaran negatif oleh media Barat begini merupakan penerusan dari semangat peperang salib dan juga usaha pergerakan zionis yang terus memerangi Islam dan umat Islam. Dakwah kepada non-Muslim menerima padah dari angkara media yang tidak saksama ini.

2.1.2. Keadaan Ummah

Umat Islam umumnya pada hari ini berada dalam keadaan yang mundur dan lemah dalam pandangan mata dunia. Kebanyakan negara Islam digolongkan dalam "dunia ketiga" yang merupakan gelaran bagi negara yang mundur. Negara Islam amat bergantung kepada negara Barat dalam banyak perkara seperti kemajuan sains dan teknologi, kekuatan ketenteraan, dan sebagainya. Masyarakat non-Muslim tidak dapat melihat keagongan dan kebaikan Islam sebagai suatu cara hidup. Hakikat "khaira ummah" seperti yang dijanjikan oleh al-Quran tidak dapat dizahirkan. Dakwah Islamiah tidak mendapat galakan dari keadaan umat Islam hari ini.

2.1.3. Masyarakat dan Negara Islam

Contoh suatu masyarakat dan negara yang menjalankan Islam sebagai satu cara hidup tidak dilihat oleh non-Muslim pada hari ini. Apa yang diutarakan oleh Islam dalam pelaksanaan sistem politik, ekonomi, sosial dan kekeluargaan tinggal konsep sahaja kepada mereka. Penyelesaian yang dijanjikan oleh Islam belum dilihat dan masih teori yang belum diuji. Persoalan begini malah membingungkan setengah orang Islam sendiri, apatah lagi non-Muslim umumnya.

2.2 Masalah Mikro

Masalah mikro pula adalah masalah yang disebabkan oleh kedudukan atau waqi' individu Muslim yang menjadi penghalang dan penyebab negatif dalam dakwah kepada non-Muslim.

2.2.1 Kejahilan

Kejahilan dalam umat yang wujud dalam individu Muslim serta berbagai permasalahan yang disebabkan oleh kejahilan itu merupakan penghalang utama dalam dakwah kepada non-Muslim. Kejahilan berlaku dalam kehidupan seharian seorang Muslim kerana tidak mempunyai ilmu dan kefahaman Islam ayng basic. Seseorang yang menunaikan haji umpamanya akan melihat penzahiran kejahilan yang amat malang ini. Kita boleh mengambil iktibar dari keadaan umat Islam di beberapa tempat seperti di Kosova, Albania, Rusia mahupun Kemboja dan seumpamanya di mana umat Islam hanya tinggal nama dan jahil dalam amalan Islam. Individu muslim yang tidak beramal dengan Islam dari segi ibadat dam muamalatnya, dari segi aqidah dan akhlaqnya akan menjadi penghalang kepada dakwah umumnya dan dakwah kepada non-Muslim khususnya.

2.2.2. Kesedaran Dakwah

Individu Muslim yang tidak memainkan peranan dakwah tidak dapat membantu usaha dakwah kepada non-muslim. Ramai Muslim tidak menyedari bahawa tanggungjawab menyampaikan Islam walaupun sepotong ayat adalah tanggungjawab setiap individu Muslim. Ianya merupakan tugas utama para Rasul dan gelaran 'rasul' atau 'messenger' itu memberikan gambaran jelas terhadap peranan utama utusan Allah dari Adam as sehingga muhammad saw. Mengikut contoh baginda Rasulullah saw dengan sebaiknya adalah contoh baginda saw sebagai saw sebagai penyampai risalah ilahi yang merupakan penyampaian rahmat ke seluruh alam - rahmatan lil-alamin.

2.2.3 Penyelarasan dan Kerjasama

Usaha dakwah yang serous perlukan penyelarasan dan kerjasama dari pihak yang berkuasa. Sokongan moral dan material merupakan penggalak kepada usaha dakwah seperti yang telah sekian lama dilaksanakan oleh diayah Nasrani di seluruh dunia sejak zaman penjajahan lagi.

Penyelarasan boleh mengurangkan pertindihan kerja dan memastikan kesamaan dalam menangani isu-isu yang berkaitan. Keutamaan atau aulawiyah dalam menjalankan usaha dakah kepada non-Muslim boleh ditentukan dan disepakati dan perselisihan terutamanya dalam perkara-perkara furu' yang berkaitan dengan fiqah boleh dihindarkan.


Baca lagi, sila KLIK DI SINI

Respon Isu UM : Gejala Maksiat

Isu ini hakikatnya adalah isu remaja Islam kita di Malaysia. Kita boleh katakan ini merupakan wabak penyakit yang melanda dunia remaja Islam kita.. wabak ini berjangkit berleluasa kerana kumannya selalu di suburkan dengan keadaan negara kita ini yang beriklimkan hiburan melampau, kejahilan tntg Islam walaupun banyak sumbernya, ketidakpedulian kerajaan, kematerialan ust-ust @ gol. agama dll.

Kita sebenarnya, tak buat nahi mungkar, hanya buat amar ma'ruf shj.. secara teorinya memang banyak, kuliah sana-sini, tapi amat kurang yang turun untuk mencegah. Rasa malas, rasa tak mampu, rasa tak de ilmu, rasa tak de kuasa semuanya menghantui kita sehingga satu kerja nahi mgkar pun kita tak buat. Saya tak kata orang lain.. Kadang-kadang saya pun pernah rasa macam tuu.


Dalam tika tertentu, saya duk muhasabah diri.. kenapa kita semua jadi macam ni.. kita yang selalu dah ditarbiah, dibimbing, didotrin dan dimain-mainkan di telinga supaya membawa Islam, tapi kita begitu lemah untuk amar ma'ruf nahi mungkar.. kenapa?

Adakalanya kita selalu mengatakan kita cintakan Islam, kita sayangkan Islam, kita takbir beramai-ramai memuji kebesaran Allah, namun ramai kita hanya tahu berkata-kata, tapi menyisihkan diri dalam mengislahkan sahabat-sahabat remaja kita. Imam al-Gahazali pernah menyebut,ramai diantara kita lidahnya selalu menyebut, kami cintakan Allah. Tetapi pada hakikatnya semua itu hipokrik. padahal mereka itu di dalam hatinya jauh dari mengingati Allah.pada pandangan saya, kita sebenarnya kehilangan satu benda yang tersangat penting dalam diri kita iaitu TAQWA kepada ALLAH. Hilang atau kurangnya taqwa ini menjadi punca dan sebab kita kehilangan kekuatan dalaman kita.

Kita akui diri kita ini lemah, namun setakat manakah kebergantungan kita serta keyakinan kita pada Allah dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau isu. dalam hal ini, saya yakin dan percaya ramai di kalangan kita yang telah sedar dan mengakui kesilapan lalu.

Saya menyeru kepada sahabat-sahabat pembaca semua, ayuh kita bangun! Gerakkan semua tenaga kita, mengumpul kekuatan dan dekatkan lah diri kepada Allah. Kita sama-sama islah dan sebarkan dakwah Islam dan amar ma'ruf nahi mungkar.


JOM BERDAKWAH!!

wassalam.

SIKAP BARU UNTUK MALAYSIA BARU

Oleh : SaifulIslam.com

Kemenangan dan kekalahan di dalam Pilihanraya Umum ke-12 pada 8 Mac lalu adalah lembaran baru untuk Malaysia Baru. Kemenangan yang dicapai mengatasi teori-teori politik perdana yang mengisi wacana pra pilihanraya. Ia terlalu jauh dari jangkaan semua pihak. Hakikatnya, Allah SWT sudah pun memberitahu:

Dan mereka telah merancangkan (konspirasi), dan Kami pula merancangkan (balasannya), sedang mereka tidak menyedarinya.” (Al-Naml 27 : 50)

Saya yakin, rejim yang baru ditumbangkan itu tidak pernah sedar dan tidak pernah mengambil kira soal ‘perancangan Allah’. Mereka sangat yakin dengan segala keupayaan yang ada untuk meneruskan tradisi kemenangan yang sudah bagai tahu sebelum diberitahu. Kuasa majoriti besar, kuasa penguasaan media yang amat keterlaluan, kuasa wang, kuasa SPR dan segala-galanya, terungkap dalam keangkuhan hingga mereka lupa kepada Makar Allah terhadap makar mereka.

Mereka lupa siapa Allah terhadap KUASA.

“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi Kuasa pemerintahan kepada sesiapa Yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah Yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (Aal Imraan 3 : 26)

Setelah sekumpulan manusia membelakangkan tujuan Allah memberi kuasa, bahawa untuk mereka menegakkan keadilan dan memuliakan manusia dengan kemanusiaannya, Allah mencabut kuasa itu dan menyerahkannya kepada pasukan lain yang dengan sepenuh hati menyatakan kesediaannya untuk berlaku adil. Jika tidak Allah, siapakah yang mengubah hati pengundi hantu untuk mengundi Barisan Rakyat?

Siapakah yang membuang prejudis dari hati kaum non-Muslim untuk menyokong PAS?
Allah yang Maha Adil memuliakan keadilan, dan mengangkat manusia yang menjunjung keadilan, menghina dan menjatuhkan si zalim dan kezalimannya.
Itu sifir jatuh bangun setiap sudut kehidupan manusia sebagaimana yang tercatat di dalam rakaman sejarah.


baca lagi .. KLIK DI SINI

KEPUTUSAN PILIHANRAYA KE-12


Sila klik DI SINI

MENGUMPAT SKIT KAT UM NI.. TERUK SANGAT DAH..

Mai.. mai.. baca.. Saya nak ngumpat skit kat UM tu.. buruk benor dia tu.. ish-ish.. apa nak jadi.. umuq dah tua.. dah 100 tahun lebih tapi tak sedor2 lagi..

Penat saya dok fikiq. Apolah kaedah atau pendekatan yang sesuai untuk kurangkan budaya maksiat di UM ni.. hai.. kecewa pun ada.., sakit hati pun ada.., nak marah pun ada.. semua ada. Sabor je laa.

Macam-macam ada kat Um ni.. apa yang tak da? semmua ada. Complete satu pakej maksiat. Couple lelaki dengan pompuanlah. Couple laki dengan lakilah. Couple pompouan dengan pompuanlah. Dating sana, dating sini. Merayau tak tentu hala. Merayap sana sini. Pi mai pi mai tang tu gak duk buatnya. Kul 1-4 pagi duk sembang-sembang dalam gelap. Pi kelab malam la.. pi bukit bintang la. Apa ceritanya ni? Hangpa duk baca-baca ni, hangpa tau dak cerita ni? Pernah tengok Edisi Siasat NTV 7?

Mai.. baca lagi..

Kalau pasal couple ni.. dah biasa daa.. ni..saya nak cerita ni. Hang tau dak..kat UM ni ramai sangat daa yang duk berzina. Dalam keretala.. dalam kolej la.. dalam taman la.. hmm dalam apa lagi ye.. hah.. dalam rumah sewa pun ada. Duk sewa rumah sekali laki pompuan.. pah tu gak.. macam2 jadi. Orang kata kena husnu dhon.. tak baik ngata kat orang tak da bukti. Ye juga tuu. Tapi, peliknya.. tak pernah lak isytihar kawin.. mungkin kawin kat Thailand kot (husnu dhon lagi). Ntah laa.. ada lagii.. sugar daddy, pelacur pun dengar-dengar ada..

Nak tau lagi.. ke?

Pasal couple laki dengan laki ni..(gay la tu), saya ada bukti yang sahih, sanadnya kuat. Matannya copmlete btul. Kawan saya ada yang kena.. eh silap.. hampir kena. ish,ish, ish.. geli hidung rasanya.. tapi tak nak saya cerita panjang2 kat sni. Sekadar information.

Bila buat PMI Badar (rondaan), semua lari.. pah tuu esok lusa datang balik..

Maaflah, kalau kata-kata saya tak sihat untuk di baca. Saya cuba mengetengahkan isu ni agar kita semua alert. Dah banyak ceramah, kuliah, pembacaan kita buat. Semua ni teorinya sahaja. Mana praktikalnya..?

Jadi, saya nak minta pandangan sahabat pembaca sekalian, tentang isu ni, cara, bagaimana kita nak cuba kurangkan budaya ini. Nak basmi terus tak praktikal rasanya.. kalau nak kurangkan, isyaallah kita boleh buat. Tapi macam mana caranya..

Mohon pandangan ikhlas sahabat semua..

JOM BERDAKWAH!

*saya sedia menerima sebarang kritikan sahabat semua.

BERI DAN JAWAB SALAM NON-MUSLIM? BOLEH KE ?

Timbul persoalan di sini tentang memberi salam kepada orang bukan Islam. Rata-rata masyarakat Islam di Malaysia meyakini bahawa orang Islam tidak boleh memberi salam kepada orang bukan Islam, apatah lagi menjawab salam daripada bukan Islam. Saya teringat dulu ketika di bangku sekolah menengah, seorang ustaz pernah di dalam kuliahnya berkata, “ kalau orang bukan Islam memberi salam kepada kita, maka kita kena jawab, waalaikummussam maksudnya, ..ke atas kamu kecelakaan. Saya yakin dan percaya persoalan yang sama ini ada berlegar-legar di dalam pemikiran sahabat pembaca.


Pernah seorang cina bertanya kepada saya, “boleh ke kami memberi salam kepada orang Islam?”

Jawab saya ringkas, “Boleh.”

Dia bertanya lagi, “Kenapa? ”

Saya menjelaskan, “Salam itu merupakan satu ungkapan doa yang baik, yang membawa maksud Sejahtera ke atas kamu semua. Kalau di antara kamu bertemu, kamu ucapkan hello, hai, ngi hau ma (apa khabar) dan lain-lain lagi. Namun, di sebalik ucapan tersebut tidak membawa apa-apa makna. Tetapi di dalam ajaran Islam, Islam menggalakkan memberi dan menyebarkan salam antara sesama Islam bertujuan untuk kami saling mendoakan saudara kami apabila bertemu dan juga untuk merapatkan lagi ukhuwwah antara kami. Doa juga adalah tanda kami berkasih sayang. Ini kerana, Islam mementingkan hubungan persaudaraan dan melarang persengketaan.Tidak menjadi satu kesalahan untuk kami memberi salam kepada kamu sebagai doa kami agar kamu dalam keadaan sihat sejahtera dan kamu mendoakan kami”

Dalam satu peristiwa Ibn Abbas r.a pernah menjawab salam seorang Majusi yang memberi salam kepadanya. Ibn Abbas r.a membalas dengan lebih baik dan lebih mesra daripada apa yang diucapkan oleh lelaki Majusi itu dengan berkata, ”wa a’laikummus salam warahmatu Allah (dan sejahtera ke atas kamu dan juga rahmat Allah)”. Seorang sahabat keliru dengan kemesraan Ibn Abbas r.a itu lalu bertanya, ”(adakah) rahmat Allah untuknya! ” Ibn Abbas r.a memperjelaskan, ”Bukankah dengan rahmat Allah itu, dia hidup?” (Fatawa Mua’sarah : Yusof al-Qardowi, j.1, h. 271)

Oleh itu sahabat pembaca sekalian, saya melampirkan pandangan seorang ulama bagi menjelaskan lagi persoalan salam ini dan menjawab semua persoalan yang selama ini terbuku tanpa jawapannya. Saya petik maklumat ini daripada http://profiles.friendster.com/2787450 . Harapan saya, sama-samalah kita sentiasa berkongsi ilmu yang ada.

Syeikh Faisal Mawlawi (Naib presiden majlis penyelidikan dan fatwa Eropah) pula di dalam lamanwebnya (http//www.mawlawi.net/) pula menyebut dengan lebih jelas bukti-bukti yang menunjukkan memberi dan menjawab salam kepada orang bukan islam itu adalah dibenarkan. Bahkan inilah keadaan asal yang berjalan di tengah-tengah masyarakat yang didik oleh Nabi saw di Madinah. Beliau telah menyebut dalil-dalil yang banyak daripada al-Quran dan al-Sunnah yang menunjukkan kebenaran tersebut, antara dalil-dalil tersebut ialah:

1- Ayat al-Quran dari surah al-Nur ayat ke 27 maksudnya,

“Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu memasuki rumah yang bukan rumah kamu melainkan kamu meminta izin dan memberi salam kepada ahli rumah tersebut…”

Dalam surah yang sama pada ayat 61 Allah berfirman lagi yang bermaksud :

“Apabila kamu memasuki satu rumah, maka berilah salam kepada (penghuninya yang bererti memberi salam) kepada diri kamu sendiri, salam yang ditetapkan di sisi ALlah, yang diberi berkat lagi baik. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatnya mudah-mudahan kamu memahaminya.”

Syeikh Faisal Mawlawi berkata: "Kalimah Buyut (Rumah-rumah) yang terdapat di dalam kedua-dua ayat di atas adalah merangkumi rumah orang Islam atau bukan Islam... ayat ini merupakan nas yang am akan kewajipan memberi salam apabila hendak memasuki rumah, samaada kepada orang muslim atau bukan muslim. Al-Imam al-Tobari di dalam tafsirnya menyebut dari Ibrahim al-Nakha’ie yang berkata:

“Apabila kamu memasuki rumah, di dalamnya ada orang Yahudi, maka ucapkanlah Assalamu’alaikum, jika kamu tidak mendapati seseorangpun di dalamnya, ucapkanlah al-Salamu ‘alaina wa ‘ala ‘ibadillah al-Solihin.”

2- Surah al-Zukhruf : 89 yang bermaksud:

“Dan (Allah) mengetahui ucapan Muhammad: “Ya tuhanku, sesungguhnya mereka itu adalah kaum yang tidak beriman. Maka berpalinglah dari mereka dan katakanlah 'Salam', kelak mereka akan mengetahui nasib mereka yang buruk.”

Syeikh Faisol Mawlawi menyebut: "al-Syanqiti ketika menafsirkan ayat ini di dalam Adwa' al-Bayan menyebut ayat ini: "Mengandungi tiga perkara, salah satunya ialah, ucapan kepada orang kafir dengan 'Salamun'. Sesungguhnya Allah swt telah menjelaskan bahawasanya al-Salam kepada orang kafir itu adalah tindakan hamba-hambaNya yang baik-baik."

3- Ucapan Nabi Ibrahim kepada ayahnya yang tidak beriman, dirakamkan di dalam surah Maryam ayat 47, maksudnya:

"Berkata Ibrahim: Salamun 'alaikum, aku akan meminta ampun dari tuhanku untukmu, sesungguhnya dia amat baik terhadapku."

al-Qurtubi di dalam tafsirnya, ketika menafsirkan ayat ini menyebut perkataan Sufyan Ibn 'Uyainah yang ditanya: "Apakah harus memberi salam kepada orang kafir.?" Beliau menjawab: "Ya, firman Allah swt : "Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil." (al-Mumtahanah : 7). Dan Allah juga telah berfirman (maksudnya): "Adalah bagi kamu contoh yang baik dari nabi Ibrahim (al-Mumtahanah: 4), dan Nabi Ibrahim berkata kepada bapanya (yang tidak beriman): "Salamun 'alaika". Aku (al-Qurtubi) berkata: "Dan yang lebih nyata daripada ayat ini ialah apa yang dinyatakan oleh Sufyan bin 'Uyainah (yang mengharuskan memberi salam kepada orang kafir)." Setelah memilih pendapat Sufyan bin 'Uyainah yang mengharuskan memulakan salam kepada orang kafir, al-Qurtubi mendatangkan perkataan Ibrahim al-Nakhaie : "Apabila kamu mempunyai keperluan (hajat) terhadap orang Yahudi atau Nasrani, maka mulakanlah salam kepadanya." Seterusnya al-Qurtubi menyebut lagi perkataan al-Tobari : "Dan telah diriwayatkan daripada salaf, bahawasanya mereka memberi salam kepada ahli kitab..."

Syeikh Faisol Mawlawi di dalam tulisannya menyebut setelah al-Qurtubi memilih pendapat Sufyan bin 'Uyainah yang mengharuskan memberi salam kepada orang kafir, beliau juga menyebut ulama lain yang sependapat dengannya iaitulah al-Tobari dan beliau menasabkan pendapat itu kepada generasi salaf yang terdiri dari Ibn Mas'ud, Abu Umamah, al-Hasan al-Basri dan al-Auzaie.

Beberapa dalil dari orang-orang Yang Kontra dan jawapannya

Orang-orang yang membantah bolehnya memberi dan menjawab salam kepada orang kafir memberikan beberapa alasan, antaranya :

1- Hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya daripada Abu Hurairah r.a. maksudnya:

i- “Janganlah memulakan ucapan salam kepada Yahudi dan Nasrani..”.

Hadith ini umum, namun terdapat hadith lain yang menunjukan adanya larangan memulakan salam kepada orang kafir disebabkan berlakunya peristiwa khusus iaitulah peristiwa peperangan di Bani Quraizah, Abu Basrah menyebut bahawasanya Nabi saw bersabda:

ii- "Sesungguhnya kita esok pagi akan (bertemu di Bani Quraizah) orang-orang Yahudi, maka janganlah kamu semua memulakan salam kepada mereka, jika mereka memberikan salam kepada kamu, maka jawablah wa'alaikum." (Hadith ini riwayat Ahmad, al-Tobrani di dalam al-Kabir)

Syeikh Faisol Mawlawi telah memberi jalan penyelesaian dalam masaalah ini iaitulah dengan kaedah al-Jam'u baina al-Riwayatain (Mengabungkan antara dua riwayat). Secara ringkasnya:

a- Hadith pertama di atas menunjukkan larangan memulakan salam kepada orang-orang Yahudi tanpa diberikan sebab larangan tersebut, seolah-olah larangan itu kerana mereka adalah orang Yahudi atau Nasrani. Jika kita mengambil zahir hadith ini, ia akan membawa kepada kita mengabaikan riwayat hadith yang kedua di atas, yang terdapat illah (sebab) larangan memulakan salam kepada orang Yahudi iaitulah disebabkan wujudnya suasana peperangan. Berbeza jika kita mengambil hadith yang kedua, kita tidak perlu mengabaikan riwayat yang pertama, dengan kita mengatakan hadith pertama yang melarang itu disebabkan adanya sebab yang khusus iaitulah peperangan. Cara ini (al-Jam'u baina al-Adillah = Menggabungkan antara dua riwayat) adalah cara yang dipraktikkan oleh ahli usul berdasarkan kaedah mereka (إعمال الكلام خير من إهماله = Mempraktikkan nas-nas yang ada lebih baik dari mengabaikannya). Selain itu tidakkah kita terfikir mengapa Nabi saw melarang memberi salam ketika hendak pergi ke perkampungan Bani Quraizah untuk berperang ? Tidakkah ia menunjukkan sebelum itu salam diberikan termasuk kepada yang bukan Islam ?

b- Jika kita hendak memperaktikkan kaedah Nasikh dan Mansukh, ianya tidak dapat dilaksanakan disebabkan tidak dapat menentukan hadith mana yang awal dan mana pula yang akhir. (Disamping itu apabila usaha untuk menggabungkan antara dua riwayat boleh dilakukan maka tidak ada hajat kepada Nasikh dan Mansukh.) Selain terdapat banyak petunjuk dari nabi saw yang baginda memulakan salam dalam bentuk yang mutlak kepada bukan Islam melalui surat-suart baginda yang diutuskan kepada raja-raja yang tidak Islam dalam usaha dakwah baginda antaranya:

i- Surat baginda yang dihantar kepada Najasyi (Raja Habasyah) sebelum Islamnya, baginda memulakan surat baginda dengan menyebut : "Salamun Anta", kemudian baginda menyerunya kepada Allah yang satu yang tidak ada sekutu bagiNya, kemudian baginda mengakhiri surat baginda dengan menyebut: "wa al-Salam 'ala manit taba'a al-Huda"

ii- Surat baginda kepada أسقف إيلة , yang baginda memulakan surat baginda dengan menyebut : "Salamun Antum." kemudian baginda menyerunya kepada Islam.

iii- Surat baginda kepada العباد الاسبذبين , baginda telah memulakan juga surat dengan menyebut : "Salamun Antum", dan baginda mengakhiri surat dengan menyebut : "wa al-Salam 'ala manit taba'a al-Huda".

iv- Surat baginda kepada al-Hilal, pemilik al-Bahrain, dimana baginda memulakan surat dengan menyebut: Salamun Alaikum, dan diakhiri dengan ucapan "wa al-Salam 'ala manit taba'a al-Huda".

c-Dua hadith di atas menguatkan bahawasanya orang Islam di zaman Nabi saw menzahirkan salam sebagai beramal dengan nas-nas yang umum terdiri dari al-Quran dan Hadith. Kemudian datang larangan disebabkan, sebab yang khusus. Syeikh Rasyid Redha berkata: "Imam Ahmad meriwayatkan daripada 'Uqbah bin 'Amir katanya, sabda Nabi saw: :"Sesungguhnya kita esok pagi akan pergi ke perkampungan Yahudi, maka jangan kamu semua memulakan salam kepada mereka, Jika mereka memberi salam kepada kamu, jawablah, 'wa'alaikum.", jelas di sini Nabi saw melarang mereka memulakan salam kepada Yahudi kerana salam itu adalah keamanan, baginda tidak suka memberi khabar keamanan kepada mereka sedangkan, mereka tidak selamat daripadanya (ketika itu kerana peperangan), disebabkan pengkhianatan dan pembatalan perjanjian mereka dengan nabi saw.... al-Imam al-Nawawi di dalam syarh sahih muslim telah menukilkan keharusan memulakan salam (kepada bukan Islam) dari Ibn 'Abbas, Abu Umamah dan Ibn Muhairiz, katanya : "Ini dalah satu pendapat dari para sahabat kami." sepertimana yang dinukilkan dari al-Auzaie, katanya: "JIka kamu memberi salam (kepada orang kafir) maka telah memberi salam orang-orang yang soleh, jika kamu tidak memberi salam (kepada orang kafir) maka telah tidak memberi salam orang-orang yang soleh.", dan kata al-Nawawi lagi: "al-Qadhi 'Iyadh menceritakan daripada satu kumpulan (ulama) yang mengharuskan memulakan kepada orang-orang kafir salam disebabkan dharurah, hajat atau sebab, dan inilah pendapat 'Alqamah dan al-Nakhaie."

Ibn Hajar al-'Asqalani di dalam Fath al-Bari, juzu' yang ke11, ms. 33 telah menukilkan daripada Ibn Abi Syaibah, daripada jalan 'Aun bin Abdillah daripada Muhammad bin Kaab, bahawasanya dia (Muhammad bin Kaab) bertanya kepada 'Umar bin Abdul Aziz tentang memulakan salam kepada ahli zimmah, jawab 'Umar bin Abdul Aziz: "KIta menjawab salam mereka dan kita tidak memulakan kepada mereka salam." Kata 'Aun: "Bagaimana pandangan anda (Muhammad bin Kaab)?, Jawab beliau: "Aku tidak melihatnya apa-apa untuk kita memulakan salam kepada mereka." Aku ('Aun) berkata: "Bagaimana itu?", beliau menjawab: "kerana firman ALlah swt (masudnya): "Maka berpalinglah daripada mereka dan katakanlah Salamun.." (al-Zukhruf: 89)

2- Hadith Imam Muslim dan Abu Daud, bahawasanya para sahabat Nabi saw bertanya kepada baginda:

"sesungguhnya Ahli Kitab memberi salam kepada kami, bagaimanakah kami hendak menjawab salam mereka, sabda nabi saw: Jawablah wa'alaikum."

Selain hadith ini, ada lagi hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari:

"Seorang Yahudi lalu berhampiran dengan Nabi saw, lalu Yahudi tersebut mengucapkan : "al-Saam 'alaika (kematian/maut untuk engkau), lalu Nabi saw menjawab: "wa'alaik (untuk engkau juga)", kemudian baginda bersabda: "Apakah kamu semua tahu, apakah yang dikatakan oleh Yahudi tadi? dia berkata : al-Saam 'alaik (kematian/maut untuk engkau)," para sahabat berkata: " Wahai rasulullah, mengapa tidak kita bunuh sahaja dia.?" Sabda Nabi saw: "Tidak, Jika ahli kitab memberi salam, maka kamu semua jawablah : "wa'alaik."

Hadith ini menunjukkan arahan menjawab salam ahli kitab dengan mengucapkan wa'alaik mempunyai illahnya iaitulah jika mereka mengubah lafaz salam bagi tujuan mengelirukan umat Islam. Dr. Khalid Muhammad Abdul Qadir berkata:

"Berdasarkan hadith ini, jika ahli kitab mengubah cara salam mereka yang keji (dengan memberi salam yang betul), maka tidak ada larangan untuk menjawab salam mereka, ini kerana sesuatu hukum itu, berlegar bersama dengan illahnya (sebabnya), samaada wujudnya (illah yang membawa kepada wujudnya hukum) dan ketiadaannya (illah yang membawa kepada hilangnya hukum). Sesungguhnya Nabi saw telah melarang kita dari demikian itu, agar tidak berlaku balasan salam itu dengan doa ke atas kita untuk kematian (dari orang-orang Yahudi), apabial tidak berlaku perkara itu, maka aku (Dr. Khalid Muhammad Abdul Qadir) tidak melihat adanya satu bentuk larangan. Inilah apa yang difahami oleh sekumpulan daripada para Imam." Seterusnya Dr. Khalid Muhammad Abdul Qadir menyambung:

"Para ulama sepakat menjawab salam ahli kitab dengan mengucapkan wa'alaikum, berdasarkan sabda Nabi saw : Jika ahli kitab memberi salam, maka kamu semua jawablah : "wa'alaik." Akan tetapi apakah boleh ditambah lebih daripada jawapan ini? Sekumpulan ulama salaf berpendapat bolehnya menjawab salam orang kafir dengan Wa'alaikum al-Salam, sama seperti jawapan kepada orang muslim, ini adalah pendapat Ibn 'Abbas, al-Asy'ariy, al-Sya'biy, Qatadah dan al-Mawardi mehikayatkan ianya satu pendapat bagi ulama-ulama mazhab al-Syafie, akan tetapi tidak boleh menambah : Warahmatullah, (sedang ada pendapat lain) dikatakan juga boleh secara mutlak, dengan menjadikan maksud rahmat itu adalah hidayah. Sebaliknya jumhur (kebanyakan) ulama berpendapat, adalah suatu larangan menjawab salam orang kafir dengan Wa'alaikum al-Salam, (akan tetapi) mereka tidak mendatangkan dalil atas pendapat mereka itu melainkan hadith yang lalu (di atas). Aku (Dr. Khalid Muhammad Abdul Qadir) mengatakan: "Akan tetapi (larangan itu) berkaitan dengan sebab, apabila hilangnya sebab, maka tidak ada halangan untuk menjawab salam mereka (orang-orang kafir) dengan Wa'alaikum al-Salam... al-Imam Ibn al-Qayyim berkata: "Jika orang (musim) yang mendengar dengan pasti, seorang kafir mengucapkan salam kepadanya dengan ucapan Assalamu'alaikum, Maka berdasarkan dalil-dalil syara' dan kaedah-kaedah syara' jawapan kepadanya (prang kafir itu) ialah: Wa'alaikum al-Salam, sesungguhnya inilah dari bab keadilan dan ihsan, firman Allah swt (maksudnya): "Apabila kamu berikan satu ucap selamat, maka jawablah dengan yang lebih baik daripadanya atau sama dengannya."

3- Ucapan salam adalah ucapan kasih sayang, maka berkasih sayang kepada orang kafir adalah dilarang sama sekali.

Jawapan kepada kenyatan ini ialah, tidak semestinya ucapan salam itu sebagai menzahirkan rasa kasih sayang, kadang-kadang ianya adalah sebagai ucapan selamat untuk saling berkenalan, apatah lagi seorang muslim yang bertindak sebagai pendakwah, bukankah seorang pendakwah itu disuruh untuk berlembut dan berhikmah di dalam usaha dakwahnya, selain itu berkasih sayang yang dilarang di dalam al-Quran adalah berkasih sayang bersama orang-orang kafir yang memerangi Islam, bukan kesemua orang kafir, buktinya firman Allah swt :

“Kamu tidak akan mendapati kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan RasulNya...” (al-Mujaadilah, ayat 22), demikian juga ayat dari surah al-Mumtahanah ayat satu (maksudnya): "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuhmu menjadi teman-teman setia yang kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita Muhammad), kerana rasa kasih sayang, padahal sesungguhnya mereka telah engkar kepada kebenaran yang datang kepadamu, mereka mengusir Rasul dan kamu kerana kamu beriman kepada ALlah..." (sila lihat tulisan Syeikh Faisal Mawlawi al-Salam 'ala Ahl al-Kitab)

Bukti lain dalam perkara ini, dimana berkasih sayang yang dilarang bukanlah semata-mata orang itu kafir, tetapi kasih sayang yang dilarang itu ialah kepada orang kafir yang memerangi Islam, perkara ini jelas apabila al-Quran membenarkan lelaki Islam berkahwin dengan perempuan Kitabiyah (ahli kitab), Allah berfirman maksudnya:

"Dan Dia (ALLAH) menjadikan antara kamu (suami dan isteri) perasaan kasih sayang dan rahmat." (al-Rum: 21)

Maka dari ayat ini, jika seorang suami mengasihi isterinya yang kitabiah, perbuatan tersebut bukanlah suatu yang terlarang, walaupun isterinya yang kitabiah itu adalah seorang kafir. Dia berkasih sayang dengan isterinya sekadar hak ikatan perkahwinan, bukan atas kekufurannya. Ini menunjukkan larangan berkasih sayang dengan orang kafir itu bukanlah ditujukan kepada semua orang kafir, tetapi ditujukan kepada orang kafir yang memerangi Islam (الكافرون المحاربون).

4- Dakwaan ayat 86 dari surah al-Nisa merujuk kepada jawapan salam kepada sesama islam sahaja adalah tidak tepat. Ini kerana ada sebahagian ulama lain yang berpendapat sebaliknya. al-Imam Ibn Kathir dan al-Tobari menyebut di dalam kitab tafsir mereka pendapat beberapa ulama salaf (yang ramai) yang berpendapat ayat: "maka balaslah yang lebih baik" itu ditujukan kepada orang Islam, manakala ayat: "atau balaslah seumpama dengannya" itu kepada ahli kitab, dan orang-orang kafir. Bahkan ada riwayat daripada Ibn 'Abbas yang mengatakan: "Sesiapa yang memberi salam kepada kamu, dari makhluk Allah, maka jawablah kepadanya, walaupun ia seorang majusi." lalu beliau menyebut ayat 86 surah al-Nisa' ini.

Wassalam. JOM BERDAKWAH !

PENDEKATAN DAKWAH DENGAN LIDAH DAN QUDWAH

Written by al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri

1.0 Pendahuluan

Dakwah merupakan satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh setiap anggota masyarakat Islam. Tanpa usaha dakwah masyarakat akan menjadi pincang kerana perkara kebajikan tidak akan berlansng dan kemungkaran akan berleluasa. Namun, persoalan yang timbul ialah; apakah pendekatan yang perlu digunakan dalam melakukan dakwah. Kertas kerja ini menyorot dua pendekatan yang boleh digunakan iaitu dakwah dengan lidah dan dakwah dengan qudwah.


2.0 Pengertian Dakwah

Dakwah bermaksud menyeru dan memanggil. Dakwah yang dimaksudkan di sini ialah seruan kepada manusia untuk menerima Islam dan seruan untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran
Dalilnya ialah firman Allah:
ولتكن منكم أمة يدعون إلى الخير ويأمرون بالمعروف وينهون عن المنكر وأولئك هم المفلحون

Maksudnya:Hendaklah ada di kalangan kamu satu golongan yang menyeru ke arah kebaikan (Islam), menyuruh melakukan kebajikan dan mencegah melakukan kemungkaran. Justeru, hakikat dakwah sebenarnya ialah amar makruf, nahi munkar.

3.0 Pendekatan Dakwah Dengan Lidah

Al-Quran menjelaskan, pendekatan dakwah yang perlu dilakukan ialah dengan hikmah dan nasihat yang baik. Allah berfirman:ادعوا إلى سبيل ربك بالحكمة والموعظة الحسنة وجادلهم بالتي هي أحسن

Maksudnya:Berdakwahlah kamu ke arah jalan Tuhanmu dengan Hikmah dan nasihat yang baik dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik.

Hikmah mempunyai dua maksud iaitu kebijaksanaa dalam meletakkan sesuatu pada tempatnya dan juga bermaksud sunnah Nabi saw. Nasihat yang baik pula adalah dengan menggunakan lidah. Bergitu juga berbahas dan berdebat memerlukan kemahiran berbicara. Di sinilah pentingnya pendekatan dakwah menggunakan lidah.

4.0 Pendekatan Dakwah dengan Qudwah

Pendekatan yang asas dalam berdakwah ialah dengan qudwah atau tunjuk ajar. Ini kerana manusia lebih terpengaruh dengan apa yang dibuat berbanding apa yang didengar. Justeru itu, para anbiya’ yang membawa dakwah Islam ke seluruh umat ditarbiyah oleh Allah untuk menjadi manusia terbaik yang boleh diikuti oleh manusia. Pendekatan ini menuntut pendakwah menghiasi diri dengan dua perkara iaitu amal dan akhlak.

4.1 Amal Pendakwah

Amal para pendakwah perlu digilap Justeru pendakwah mesti menampilkan diri mereka sebagai
- seorang yang mempunyai keimanan dan keyakinan yang kuat terhadap persoalan ghaib iaitu hakikat alam akhirat, syurga dan neraka dan keyakinan pada janji-janji Allah seperti janji rezki dan kemenagan Islam.
- seorang yang prihatin dengan ibadah-ibadah khusus iaitu solat lima waktu, puasa wajib, zakat dan haji.
- seorang yang prihatin dengan amalan-amalan sunat seperti solat rawatib, solat dhuha, solat malam, puasa sunat, bersedekah, membaca al-Quran dan sebagainya.

4.2 Akhlak Pendakwah

Akhlak pendakwah juga perlu dibina. Justeru pendakwah perlu dilihat sebagai :
- Seorang yang amanah, merendah diri, pemalu, pemaaf dan tidak lekas marah.
- Seorang yang menjaga lidah.
- Seorang yang mencintai dan meyayangi orang lain
-Seorang yang mengutamakan kepentingan orang lain dengan melibatkan diri dalam aktiviti kebajikan

5.0 Dakwah Dengan Lidah

Dakwah dengan lidah memerlukan pendakwah menghiasi diri dengan beberapa perkara iaitu:
- Ilmu tentang perkara yang ingin disampaikan.
- Kepetahan lidah dalam menyampaikan dakwah.
- Bijak dalam mengukur dan melihat tahap ilmu sasaran dakwah.
- Bijak menggunakan pendekatan penyampaian yang sesuai berdasarkan sasaran dakwah.

5.1 Ruang Dakwah Dengan Lidah

Antara ruang-ruang dakwah dengan lidah yang boleh dimanfaatkan ialah:
- Nasihat menerusi perbualan dan pergaulan seharian
- Tazkirah ringkas pada waktu-waktu yang bersesuaian. Antaranya dengan membaca buku- buku nasihat agama yang sesuai pada kesempatan yang terluang seperti selepas solat waktu di surau dan masjid.
- pertemuan dalam kumpulan kecil (usrah)
- Ceramah, forum dan seminar di rumah, pejabat, masjid dan surau.

5.2 Dakwah Dengan Penulisan

Dakwah dengan penulisan juga adalah sebahagian dakwah yang berkesan dewasa ini. Antara ruang-ruang yang boleh dimanfaatkan ialah:
- menulis tazkirah ringkas untuk diedarkan kepada masyarakat setempat.
- mencetak bahan-bahan nasihat yang diperolehi menerusi sumber-sumber yang dipercayai.
- menggunakan ruang teknologi maklumat seperti email, blog dan web. menggunakan ruang penulisan dalam akhbar seperti surat pembaca dan lain-lain.

6.0 Penutup


Para pendakwah perlu meletakkan kerja dakwah sebagai satu usaha mendapatkan redha Allah. Dengan itu mereka perlu bertindak menurut kehendak Allah. Jika tidak amal dakwah hanya akan menjadi sia-sia.

BOLEH KE SAMBUT "CHINESE NEW YEAR " ?

Baru-baru ada seorang sahabat bertanya kepada saya, boleh ke kita orang Islam meraikan Tahun Baru Cina? Dan saya percaya masih ramai lagi yang mempunyai persoalan yang sama. Secara ringkasnya, saya mengatakan bahawa kita boleh menyambut Tahun Baru Cina. Bahkan digalakkan. Ini kerana, perayaan tahun baru bagi orang cina bukanlah perayaan ketuhanan, tetapi ini adalah perayaan kebudayaan bagi masyarakat cina.

Perayaan ini bukan sahaja disambut oleh orang-orang cina di Malaysia sahaja, bahkan diseluruh dunia terutamanya di Negara China. Di Negara China, terdapat lebih 100 juta umat Islam dan mereka merayakan Tahun Baru Cina.

Firman Allah:

“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu,dan tidak mengeluarkan kamu dari kampong halaman kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.” - al-Mumtahanah : 9

Prof. Dr. Hamka berkata berdasarkan ketegasan ayat ini, Allah s.w.t tidak melarang umat Islam berbaik, berbuatbaik, bergaul secara baik dan berlaku adil serta jujur dengan golongan lain, baik Yahudi atau Nasrani ataupun Musyrik, selama mereka tidak memerangi umat Islam. Dengan ini, hendaklah dipisahkan di antara perbezaan kepercayaan dengan pergaulan sehar-hari.

Sabda Rasullullah s.a.w:

“Bertaqwalah kepada Allah di mana sahajaengkau berada,ikutilah kejahatan dengan kebaikan yang akan menghapuskannya dan gauli manusia dengan akhlak yang baik” – sunan al-Tarmizi. Hadith hasan sahih. Musnad Ahmad : 20392.

Kenapa Rasullullah s.a.wtidak mengatakan, “gauli orang-orang Islam” sebaliknya Baginda berkata “gauli manusia”. Ini kerana,di sana terdapat tanggungjawab kita sebagai umat Islam terhadapbukan Islam supaya bergaul dan bercampur dengan orang bukan Islam.

Pergaulan ini bukanlah bermuka-muka atau kepura-puraan, tetapi penuh keseriusan. Kita menampilkan cirri-ciri mulia yang sesuai dengan keinsanan. Sayyid Qutb ada menyebut, bahawa dasar melayani orang-orang bukan Islam itu merupakan dasar yang paling adil yang paling sesuai dengan tabiat Islam.

Haruslah diingati bahawa adab dan akhlak merupakan tonggak hubungan Islam dengan bukan Islam. Kemuliaan dan ketinggian akhlak menjadi tugas dakwah lebih licin dan efektif. Inilah asas-asas rahsia kejayaan generasi Islam yang lalu. Oleh itu, meneladani apa yang telah ditunjukkan oleh Rasullullah s.a.w merupakan suatu kemestian. Gerak-geri Baginda telah menggamit ramai orang-orang bukan Islam untuk mendekati, merapati dan cuba berjinak-jinak dengan Islam.

Selalunya kita sentiasa mengharapkan orang bukanIslam datang mendampingi kita, namun amat kurang sekali kita merendahkan diri merapati mereka. Saya kira sahabat pembaca sudah jelas bahawa kenapa kita sangat digalakkan untuk bergaul dengan bukan Islam. Dekatilah mereka dengan perasaan mahabbah (kasih sayang) terhadap mereka.

Sempena tahun Baru Cina ini, saya ada beberapa saranan buat sahabat pembaca.tidak silap saya sekarang ini,masih ada lagi kad-kad tahun baru cina dijual di kedai-kedai dan di pasar malam. Kalau yang berada di UM, boleh dapatkan di Koperasi UM. Kad-kad ini murah sahaja. Baru-baru ini saya ada membeli 5 keping dalam satu paket RM 3.20. Saya hulurkan kepada jiran-jiran rumah saya. Yang tinggaldikolej, belilah untuk sahabat mahasiswa cina di bilik-bilik sebelah atau yang rapat dengan kita. Begitu juga yang tinggal di luar atau di rumah sewa, belilah khas untuk jiran-jiran kita. Dalam kad tulislah apa yang patut. Kalau tidak minat dengan kad-kad ini, boleh juga sahabat semua menghadiahkan mereka makanan ringan atau apa yang dirasakan sesuai. Yang paling baik jika mampu, ziarahilah rumah mereka dan jemput datang ke rumah kita meraikan tahun baru.

Kesimpulannya, marilah kita bersama-sama tampilkan diri, menjadi individu-individu yang bersedia untuk mempromosikan Islam kepada bukan Islam. Islam ini cantik dan indah, tetapi amat kurang di antara kita yang sanggup menyerlahkannya. Ayuh kita jadikan Islam produk kita. JOM BERDAKWAH.

KITA ADALAH DAI’E

Happy New Year.

Gong Xi Fa Cai..! saya ucapkan kepada semua mahasiswa Cina. Rasanya tak terlambat lagi.. kan? Saya doakan kamu semua sentiasa hidup ceria bersama keluarga tercinta dan dikurniakan jalan ke arah kebahagian hakiki. Tahun Baru Cina kali ini seolah-olah menggamit saya untuk turut meraikannya. Kalau sebelum ini saya hanya meraikan Tahun Baru 2008 dan Maal hijrah, namun kali ini pintu hati saya begitu terbuka untuk juga meraikan Tahun Baru Cina.

Kalaulah diberi peluang, saya ingin sekali meraikannya bersama sahabat-sahabat mahasiswa cina. Sebelum ini di UM sendiri pada tahun lalu, saya pernah menghadiri Majlis Perasmian Pesta AngPau yang diadakan di Dewan Tunku Canselor. Sungguh menarik dan mengkagumkan setiap acara yang dipersembahkan.

Alhamdulillah.. di pertengahan bulan Ramadhan lepas, saya dan sahabat-sahabat lain berkesempatan bermain tanglung bersama-sama masyarakat cina di Bagan Hailam. Kami dijemput oleh PERKIM Pusat mewakili PMIUM untuk menyertai XPDC Dakwah sempena Pesta Tanglung. Program ini diatur dengan begitu tersusun bersama-sama NGO-NGO lain seperti Yayasan Amal, Persatuan Cina Muslim (MACMA), Jemaah Islam Malaysia (JIM), beberapa NGO lain lagi dan melibatkan juga sejumlah kira-kira 40 orang anak-anak yatim.

Bertolak dari UM kira-kira pukul 5.30 petang dan syukur kepada Allah, kami dapat dengan selamat di Masjid Bandar Permaisuri, Klang pada pukul 6.10 petang. Selepas solat Terawih, kami, Ust Ann Wan Seng yang mewakili PERKIM, Dr. Halimah yang mengetuai Yayasan Amal dan NGO-NGO lain mula bergerak ke Bagan Hailam. Wah.. dah tak sabar rasanya nak bermain tanglung.

Maklumlah, dah lama tak main. Dulu-dulu semasa zaman hingusan, setiap kali nak tiba Hari Raya Eidul Fitri, menjadi kebiasaan kanak-kanak kampung bermain tanglung. Kalau tak ada tanglung, kami suruh ayah tebuk tin Milo sebagai ganti. Kalau tak ada tin, kami main lilin pun jadilah. Sekarang ini, apabila saya tanya sahabat-sahabat lain, mereka kata mereka tak pernah main tanglung. Pelik juga rasanya. Agaknya, masyarakat Terengganu banyak keturunan cina kot. Entahlah betul ke tidaknya. Setakat ini tak lagi sanad yang sahih yang saya jumpa. Kadang-kadangf ada juga orang tanya saya, saya ini keturunan cina ke..?

Setelah sampai di Bagan Hailam, aktiviti dimulakan dengan bermain tanglung oleh anak-anak yatim. Comel sungguh adik-adik ini. Yang lelakinya siap memakai baju melayu lengkap bersongkok dan yang perempuannya memakai baju kurung kuning bertudung hitam. Saya dan sahabat PMIUM yang lain menjadi penunjuk jalan membawa anak-anak yatim ini ke serata Bagan Hailam.

Masyarakat cina kepelikan memandang kami semua bermain tanglung. Tak lama kemudian, semakin ramai orang-orang cina menghampiri kami. Nampak pada air mukanya, mereka seolah-olah tidak percaya orang Islam bermain tanglung menyambut sama Pesta Tanglung. Kebanyakan mereka tersenyum gembira melihat kami. Akhirnya mereka datang bermain tanglung sekali.

Alangkah girangnya kanak-kanak mereka apabila dapat tanglung percuma dan berpeluang bermain dengan anak-anak yatim. Tak kurang juga ada iyang meminta kami menyalakan lilin tanglung dan ada juga ibu bapa yang bermain sekali dengan anak-anak mereka. Selain bermain tanglung, Dr. Halimah dan NGO-NGO lain meringankan kaki pergi ke rumah-rumah memberikan rawatan percuma dan menziarahi masyarakat cina. Sungguh indah sekali jalinan ukhuwah yang mula berpintal pada malam itu..

Mesej yang nak disampaikan sudah hampir tercapai. Islam bukan setakat agama, tetapi Islam adalah cara hidup manusia. Islam bersifat universal dan sangat sesuai untuk diamalkan oleh seluruh manusia tanpa melihat kepada adat, budaya, bangsa, kaum, puak, warna kulit dan negara. Cantik sungguh Islam ini, namun berapa ramai umat Islam betul-betul sedar hakikat kecantikan ini. Ramai di antara kita menutup pintu hati untuk bertemu mendekati no-muslim. Kalau beginilah hakikatnya umat Islam, maka dakwah Islam tidak berkembang. Bahkan akan menjadi fitnah kepada Islam. Tidak hairanlah, jika wujudnya pelbagai salah faham terhadap Islam oleh non-muslim.

Saya bercadang untuk Pesta tanglung pada tahun ini, PMIUM akan anjurkan bersama-sama persatuan-persatuan cina di bawah jawatankuasa saya, JKP Kebajikan dan Perpaduan. Tapi rasa-rasanya.. dah tak sempat kot. Bulan 3 ini dah nak AGM. Tak apalah, cadangan boleh bawa kepada pimpinan yang baru.

Saya menyeru dan mengajak sahabat-sahabat sekalian. Beranikan diri kita mendekati non-muslim. Bebaskan mereka. Mereka perlukan kita untuk merungkai persoalan-persoalan salah faham mereka terhadap Islam. Kita boleh melakukannya. Yakinlah sahabat-sahabat pada janji-janji Allah. Allah akan menolong kita. Allah akan memudahkan kita untuk menyampaikan dakwah Islam. Ingatlah, kita ini hanya menyampaikan. Yang mengubah hati manusia adalah Allah.

Allah jadikan sebahagiannya muslim dan sebahagian manusia non-muslim ada hikmahnya. Allah nak kita sebagai orang Islam yang faham tentang Islam, menyampaikan Islam kepada non-muslim. Kalau kita tidak melakukannya di kampus ini.. siapa lagi. Nak ke kita di akhirat kelak, melihat sahabat non-muslim kita dijilat api neraka..?Ramai di antara mereka nak kenal Islam, tetapi tiada sesiapa pun sanggup menghulurkan tangan memberi penjelasan. Islam ini mudah untuk difahami, tetapi jangan kita yang memayahkan mereka untuk memahami Islam. JOM BERDAKWAH..!!!

Wassalam.

WARKAH UNTUK WANG DI..

Wang Di,
berhati lembut ingin menyapa Nur-Nya,
jiwa rasa tidak senang jika tidak mengetahuinya..
hati terasa gelisah ingin mengetahuinya..
kau telah datang mencarinya..

kini..
ia datang kepadamu..
dengan pintu terbuka..
dengan tangan yang lembut memanggilmu
dengan senyuman yang indah..
terukir buatmu..


Ia berkata, " Wang Di, datanglah kamu bersamaku..
mengenal erti kehidupan ini..
yang penuh penipuan..
yang penuh kesangsian..
yang penuh kebuntuan..
yang penuh kekosongan..


Ia datang kepadamu Wang Di..
mengisi kekosongan hati..
yang sudah lama kegelisahan..

ia datang membawa cahaya..
menerangi hatimu ..
yang telah lama kegelapan

ia datang sebagai peunujuk diri buatmu ..

Pengenal siapakah yang menciptakanmu..


Aku hanya ingin mengingatkamu..
kau insan yang bertuah..
kau insan terpilih
diberi peluang untuk mengenalinya..
mengerti keteguhannya
merasai kelembutannya..
menyelami manisnya beramal dengannya..

Wang Di..
teruskan usahamu..
teruskan nekadmu..
teruskan perjalananmu
untuk bersama dengannya..

Ingat..
Ujian akan mengoncangkan imanmu..
menggentarkan jiwamu..
sabarlah..

kami bersamamu Wang DI..

Yakinlah jika kau bersamanya..
mengharapkan keredoan-Nya..
Kau akan berjaya..

nukilan buat Wang Di di Beijing.

KU BENCI BUDAK AKADEMI ISLAM..!!

Aku benci KAU !!
jangan KAU berpura-pura kenali aku..!
jangan KAU memandangku..!
jangan KAU mendekati aku..!
jangan KAU cuba mengekori aku..!
aahh...aku BENCI..!

KAU tahu?

Benciku bukan angin berlalu..
yang membawa debu-debu kekosongan..
Benciku bukan membabi buta..
yang tiada arahnya..
Benciku bukan mainan kanak-kanak..
yang tidak mengerti apa-apa..
Benciku bukan besi berkarat..
yang tiada nilai isinya...

Sebenarnya...
Kau BUTA dalam KECELIKAN!
Kau TEMPANG dalam KESEMPURNAAN!
Kau PEKAK dalam KEJELASAN!

Kau dikelilingi Nur-Nya..
Kau berlari meninggalkannya,
Kau dengar kebenaran..
Kau enggan mengakuinya,
Kau lihat keburukan..
Kau jahil menilainya,
Manusia apa kau ini!

Melihat tanpa mata..
Mendengar tanpa telinga..

Benciku bukan pada dirimu..
Hanyalah pada kelakuamu
yang jelik!
yang memualkan!

Rintihanku..
Air kasihku..
Menitis menatapimu....
Identitimu hilang ditelan kebebasan..
Harga diri jatuh dihanyut hambatan nafsu..

Kau..
Ku bentangkan rasa hatiku,
dari peti kamar cintaku,

Benciku bukan benci nafsuku,
Benciku..
Benci tanda sayangku
padamu..
demi Allah dan Rasul-Nya

Ku bukakan hatiku
Ku hulurkan tanganku
Kau adalah sahabatku..

Aku datang untuk membimbingmu..

nukilan buat diri yang alpa