PANDANGAN ISLAM TERHADAP SYIAH.

Secara umumnya, di dalam ajaran Syiah, mereka beranggapan bahawa Abu bakar r.a dan Umar r.a telah merampas kedudukan khalifah dari pemilik asalnya iaitu Ali r.a. Inilah yang menjadi sebab mereka mengutuk dan memaki hamun dua orang sahabat ni. Mereka memberikan kedudukan Ali melebihi daripada manusia biasa, iaitu merupakan perantaraan antara manusia dengan tuhan. Malahan ada di antara mereka berpendapat, Ali dan imam-imam yang lain memiliki sifat-sifat ketuhanan.[1]

Kesemua kumpulan Syiah mempunyai iktikad yang sama bahawa semua imam wajib ditentukan dan dinaskan oleh syarak. Begitu juga, para nabi dan imam-imam adalah wajib bersifat maksum daripada sebarang perbuatan dosa sama ada dosa kecl atau pun besar. Mereka berpendapat dengan fahaman tawalli(memberi kesetiaan), tabarri(berlepas diri) melalui perkataan, perbuatan dan iktikad kecuali semasa bertaqiyyah. [2]

Hakikatnya, ajaran-ajaran ini secara jelas menyimpang dari ajaran Islam yang sebenarnya. Para ulama’ Islam bersepakat menghukum syiah sebagai golongan yang terkeluar daripada Islam atau kufur kerana ajaran-ajaran yang mereka bawa bercanggah dengan ajaran Islam.

Di dalam tulisan al-Imam Ibn Hazm al-Andulisia (wafat 457 H), beliau mengatakan bahawa Syiah adalah bukan Islam kerana mereka mempercayai al-Quran yang ada pada umat Islam sekarang ini, telah ditukar ganti isinya dengan perkara yang baru dan dikurangkan sebahagaian besar daripada kandungannya.

Melalui Hadith.

Diriwayatkan dari Ibn. Abbas katanya : “ Aku mendengar Rasullullah bersabda : Akan muncul satu golongan di akhir zaman yang dinamakan Rafidhah. Mereka menolak Islam tetapi mendakwa (diri mereka) Islam. Bunuhlah mereka kerana mereka adalah golongan Musyrik[3].

Imam Az-Zahabi telah mengemukakan satu riwayat daripada Sayyidina Ali sebagaimana yang dinukilkan oleh Ibn Hajar al-Haithami bahawa Sayydina Ali berkata: “ Rasullullah bersabda,
“ Akan muncul di dalam ummatku di akhir zaman nanti satu golongan yang dinamakan Rafidhah. Mereka menolak Islam.” Imam ad-Daraqutnimengemuksksn hadith ini dengan sedikit tambahan, iaitu Rasullullah s.a.w berkata kepada Ali, “sekiranya kamu menemui mereka hendaklah kamu bunuh mereka kerana mereka adalah golongan musyrikun. “ Ali berkata: “ Aku bertanya kepada Rasullullah s.a.w: “Apakah tanda-tanda yang ada pada mereka?” Baginda bersabda: “mereka terlalu memuji engkau dengan sesuatu yang tidak ada pada engkau dan memburuk-burukkan para sahabat. [4]

Ulama Salaf dan Khalaf

Imam Abu Zur'ah (wafat 264 H) berkata: "Bila engkau melihat seseorang memburuk-burukkan seseorang sahabat Rasulullah s.a.w. maka ketahuilah bahawa sesungguhnya orang itu zindiq (orang yang lahirnya kelihatan Islam tetapi hakikatnya kafir), kerana Rasulullah s.a.w. di sisi kita benar, al-Qur'an juga benar. Al-Qur'an dan sunnah Rasulullah s.a.w. telah disampaikan kepada kita hanya oleh para sahabat Rasulullah s.a.w. Mereka mahu mencacatkan saksi-saksi kita dengan tujuan untuk membatalkan (menimbulkan keraguan terhadap) ajaran al-Qur'an dan as-Sunnah itu sendiri. Oleh kerana tujuan mereka begitu, maka merekalah yang perlu dicacatkan dan mereka adalah golongan zindiq[5]."

Imam Ibn al-Mubarak berkata bahawa Abu 'Ismah bertanya Imam Abu Hanifah, "Dari siapakah tuan akan menyuruh saya menerima hadits-hadits?" Beliau berkata: "Terimalah hadits dari semua walaupun dari golongan ahli bid'ah yang sederhana dalam fahamannya kecuali Syi'ah kerana prinsip 'aqidah mereka ialah mempercayai sesatnya para sahabat Nabi Muhammad s.a.w[6]"

Imam Syafi'i (wafat 204 H) berkata: "Tidak pernah aku melihat golongan yang menurut hawa nafsu, yang lebih pembohong dari golongan Rafidhah." [7]

Imam Malik (wafat 179 H) pernah berkata ketika ditanya tentang Syi'ah: "Jangan kamu bercakap dengan mereka dan jangan kamu meriwayatkan hadits dari mereka kerana mereka selalu berdusta[8]."

Imam Ibn al-Mubarak (wafat 181 H) berkata: "Agama itu bagi ahli hadits, percakapan dan putar belit bagi ahli falsafah dan pembohongan bagi golongan Syi'ah[9]."

Imam Ahmad (wafat 241 H) berkata: "Tidak harus bagi seseorang Islam memburuk-burukkan para sahabat Rasulullah s.a.w. Sekiranya ada sesiapa yang melakukan demikian maka wajiblah ia didera!" Beliau juga pernah berkata, “Apabila kamu melihat seseorang memburuk-burukkan seseorang sahabat, maka raguilah keislaman dan keimanannya[10]."

Namun, di sana ada segolongan Syiah di Yaman iaitu Zaidiyah, yang lebih hampir kepada ahli Sunnah wal Jamaah. Kebanyakan mereka tidak bersependapat dengan golongan syiah yang lain. Golongan ini mengakui kekhalifahan Sayyidina Abu Bakar dan sahabat-sahabat lain, walaupun sepatutnya, urutan keutamaan seharusnya Sayyidina Ali menjadi khalifah. Juga menolak pandangan yang mengatakan bahawa Imam-Imam adalah maksum, kerana mereka adalah manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan perbuatan dosa kecil mahupun besar seperti manusia lain.[11]

Di dalam satu rujukan yang lain[12], menyebut yang dimaksudkan oleh kebanyakkan para ulama Sunni sebagai Syiah yang menyeleweng ialah golongan Syiah yang selain daripada Imamiyyah/Ja'fariyyah [13]dan Zaidiyyah[14] yang diringkaskan sebagai Ghulat kerana mendewakan Ali. Golongan Ghulat juga ditolak oleh ulama-ulama Syiah Imamiyyah sendiri.

Imam al-Ghazali dalam bukunya Mustazhiri menentang keras Syiah ghulat kerana ia mengandungi pengajaran Batiniah. Imam Ja'far as-Sadiq AS, generasi kelima keturunan Ali bin Abi Talib dan Fatimah Zahrah, pula menyatakan Syiah ghulat tidak boleh dikahwini dan diadakan sebarang urusan keagamaan kerana aqidah mereka bertentangan dengan al-Qur'an dan Hadith. Golongan Syiah Imamiyyah mengganggap Ja'far as-Sadiq AS sebagai imam keenam umat Islam.


____________________________________________
[1] Rasyid, M, Haj. Apa itu Syiah. Cet. 1. Jakarta : Media dakwah, 1996. hlm. 53
[2] Imam Shahrastani, Agama dan Ideologi. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. 2006. fasal ke-6, hlm. 93.
[3] Ibnu Qutaibah, Takwilu Mukhtalifi al-Hadis. Hlm. 56
[4] Imam ibn Hajar al-Haithami, As-sawa I’qu Al-Muhriqah, hlm. 102. Petikan daripada buku, Syiah Rafidhah : Di antara Kecuaian Ulama dan Kebingungan Ummah, karangan Maulana Muhammad ‘Asri Yusoff.
[5] Al-Khatib al-Baghdadi, Al-Kifayah Fi Ma^rifati *llmi Ar-Riwayah, halaman 49
[6] Al-Kifayah Fi Ma'rifati 'Ilmi Ar-Riwayah, halaman 146
[7] Al-Kifayah, halaman 49, as-Suyuti, Tadrib Ar-Rawi, jilid I, halaman 327
[8] Ibn Taimiyyah, Minhaj As-Sunnah An-Nabawiyyah, jilid 1, halaman 16
[9] Az-Dzahabi, Al-Muntaqa, halaman 68
[10] As-Sharimu Al-Maslul, halaaman 568 dan Mufti Muhammad Syafi', Maqami Sahabah, halaman 118
[11] Ibid, hlm. 6
[12] http://ms.wikipedia.org/wiki/Syiah
[13] Di dalam buku Apakah itu Syiah, karangan Prof. Dr. H.M. Rasjidi, menyedut bahawa Syiah Imamiah memberikan kedudukan kepada Ali setingkat lebih tinggi dari manusia biasa. Ia merupakan perantaraan antara manusia dengan Tuhan. Malahan da yang berpendapat Ali dan imam-imam yang lain mempunyai sifat-sifat ketuhanan.
[14] Mazhab Syiah dari golongan Al-Zaidiyah dan Jaafariah sahaja yang diterima untuk diamalkan di Malaysia- Fatwa Muzakarah Jaw. Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam

Konsep Islam di dalam Pengurusan Pembangunan dan Perbandaran.

Pembangunan

Pendekatan Islam terhadap usaha membangun dan memanfaatkan sumber-sumber asli dapat disimpulkan dari nasihat Sayyidina Ali bin Abi Talib, Khalifah keempat kepada seorang pengusaha yang telah membangunkan tanah terbiar:

”Usahakanlah dengan rasa gembira, asalkan engkau seorang yang membawa kepada kebaikan bukan kejahatan; yang berniat untuk membangunkan ladang bukan untuk mendatangkan kemusnahan”.[1]

Salah satu manifestasi ketidak syukuran manusia kepada Allah S.W.T. ialah pembaziran dan pemborosan yang telah mengakibatkan pemusnahan sumber dan penghasilan bahan buangan yang bertambah-tambah kuantitinya setiap tahun. Hutan tropika yang penuh dengan khazanah yang tidak ternilai diterokai dan dimusnahkan dengan rakusnya melalui eksploitasi yang tidak berteraskan pengurusan lestari.

Habitat untuk hidupan liar juga dimusnahkan bahkan hidupan itu sendiri dibunuh dengan kejam dimana sebahagian daripada badannya akan dijadikan hiasan. Inilah sifat syaitan yang sentiasa tidak bersyukur kepada Tuhannya. Allah S.W.T. berfirman:

Maksudnya :
”Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara syaitan dan syaitan itu amat engkar akan Tuhannya.[2]


Perbandaran

Dari perspektif sejarah perabadan Islam, unsur keseimbangan antara manusia dan alam sekitar sangat ditekankan. Secara langsung unsur ini telah diaplikasikan di dalam kelompok masyarakat Islam sama ada di perkampungan kecil ataupun di bandar besar.

Aspek perbandaran dan senibina ini sangat diberi perhatian serius kerana ketika ini kebanyakan pusat-pusat bandar merupakan pusat berlakunya masalah alam sekitar. Dalam menghadapi permasalahan alam sekitar ini, ramai tokoh mencadangkan supaya disepadukan antara perancangan senibina dengan aspek langskap. Kemudian keduanya diharmonikan dengan alam sekitar yang semulajadi.

Dalam peradapan Islam, penyepaduan ketiga-tiga unsur ini, iaitu senibina, langskap dan alam sekitar, telah dilaksanakan dengan jayanya. Kejayaan ini masih lagi wujud biarpun hanya tinggal sejarah[3]. Namun inilah hakikat yang menjadi bukti bahawa Islam pernah menempa kejayaan di dalam pembangunan bandar.

Pelaksanaan penyepaduan ini telah membentuk suatu kehidupan yang sangat harmoni, berlatarbelakangkan panorama yang indah, serta penggunaan unsur-unsur alam sekitar secekapnya tanpa menjejaskan kualiti alam sekitar. Namun, Sains dan kepakaran tentang langskap serta perancangan bandar ini, yang dikuasai umat Islam tidak dibukukan tetapi hanya diperturunkan secara warisan daripada satu generasi ke satu generasi.

Menurut Profesor Nasr lagi, ”Senibina dan perancangan bandar yang dibangunkan di dalam bandar-bandar Islam tidak pernah bertentangan dengan alam semulajadi”. Inilah hasil penggunaan Sains Islam secara praktikalnya yang merangkumi hampir semua disiplin ilmu, seperti Kosmologi, Geografi, Geometri, Hidrologi, Astronomi, Alkimia, teknologi dan seumpamanya.

Perancangan terhadap rumah-rumah, masjid, jalanraya, bazar, pasar dan lain-lainnya (tentang kehidupan sesebuah bandar) telah menggunakan pelbagai faktor yang telah sedia wujud semaksima mungkin. Contohnya, di gurun yang panas, lorong-lorong sempit telah dibina untuk memerangkap udara malam yang sejuk pada waktu siang. Manakala di kawasan yang bersuhu panas eperti di tengah kawasan gurun Kavir di Parsi, menara-menara angin[4] telah digunakan untuk mengalihkan udara ke rumah, aras bawah tanah pula digunakan sebagai tempat perlindungan pada musim panas serta tangki air diletakkan di bawah tanah untuk membekalkan air sejuk. [5]
_____________________________________________
[1] Athar diriwayatkan oleh Yahya ibnu Adam dalam kitab al-Kharaj
[2] Surah Al-Israk : 27
[3] misalnya : kawasan selatan Motoko, Mazandaran di utara Parsi dan di sepanjang kaki-kaki bikit Aborz serta banjaran Hindu Kush.
[4] Contohnya di pusat-pusat Bandar Parsi, seperti di Yazd, Kashan dan Kerman.
[5] Zaini Ujang. Environmemtalisme dalam Tata Baru Dunia. Kuala Lumpur. Institut Kajian Dasar.1992. hlm. 39-41.